Connect with us

SEMASA

Video, Salji Turun Pada Awal Pagi Di Puncak Gunung Kinabalu 

Published

on

KUYFUYI

Video, Salji Turun Pada Awal Pagi Di Puncak Gunung Kinabalu

Dikongsi dari Sinar Harian, dimaklumkan salji turun di puncak Kinabalu dan ia dikongsikan di fb. Bila Puncak Kinabalu turun salji, ia pasti disambut dengan perasaan gembira. Gunung Kinabalu yang terletak di daerah Kundasang, Ranau, Sabah sering menjadi tumpuan pendaki. Puncak Kinabalu mencecah 4,095 meter dari aras laut itu tidak hanya tertinggi di Malaysia malah merupakan yang ke-29 tertinggi di Asia Tenggara.

274939651 428106885753983 5218692177255315997 n274918757 428106929087312 5430502620512600939 n

Bagi negara beriklim Khatulistiwa iaitu panas dan hujan sepanjang tahun pasti akan teruja bila salji turun membasahi bumi bertuah ini. Ini kerana peristiwa begini sangat luar biasa dan jarang terjadi kecuali ada perubahan angin monsun.

274925969 428106965753975 7829624846428320806 n

Ini fakta menarik tentang salji yang turun dan 5 keistimewaan Gunung Kinabalu kena tahu.

1-Jurulatih Mountain Torque Via Ferrata, Hajiris Sulomin merakamkan video pemandangan dari pondok Sayat-Sayat pada ketinggian 3.668 meter dari aras laut.

2-Hajiris meluahkan rasa gembira apabila melihat salji turun pada awal pagi itu.
“Wah, salji turun di Gunung Kinabalu. Opurak…opurak (bermaksud putih dalam bahasa Dusun) sama seperti di tempat orang kulit putih. Pemandangan yang cantik!” katanya.

3-Menerusi tinjauan SinarPlus, perkongsian rakaman seminit Hajiris yang telah dimuat naik di laman sosial Facebook Mountain Torque itu telah dikongsi oleh sekurang-kurangnya 10,000 pengguna.

4-Suhu Gunung Kinabalu biasanya ialah dari -4 darjah Celcius hingga 8 darjah Celcius pada bulan Disember hingga Januari. Manakala pada bulan Jun hingga September, suhu adalah sekitar 3 darjah Celcius hingga 12 darjah Celcius.

5 Persekitaran sejuk di puncak gunung berkenaan di bulan Disember hingga Januari menyebabkan adakalanya salji dan ais ditemui di sana.

SALJI PERNAH TURUN 1993

Namun, dilaporkan kejadian salji turun di Kinabalu pernah dilaporkan media pada tahun 1993. Pengalaman dialami Renjer Taman-Taman Sabah, Palimin Jasli tentang kejadian gunung diselubungi salji pernah disiarkan pada 20 Jun 1993 mengejutkan orang ramai.
Pengalaman yang diceritakan Palimin terjadi ketika dia mendaki gunung bersama 10 yang lain pada 15 Jun 1993.
Salji biasanya terbentuk apabila wap air melalui aras atmosfera di bawah suhu kurang daripada 0 darjah Celcius dan kemudian jatuh semula ke bumi.

5 FAKTA GUNUNG KINABALU

1.Gunung Kinabalu merupakan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara di belakang Gunung Hkakabo Razi di Myanmar dan Gunung Puncak Jaya di Indonesia.

2.Ia terdiri daripada batuan beku dan kubah granit berbentuk bujur yang terbentuk ketika magma pecah ke permukaan kerak bumi dianggarkan berusia lebih 10 juta tahun yang lalu.

3.Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu Puncak Low, Puncak St. John, Puncak Oyayubi Iwu, Puncak Kakak Buruk, Puncak Raja Edward dan Puncak Telinga Keldai.

4.Taman Negara Kinabalu yang ditubuhkan pada 1964 disenaraikan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2010.

5.Puncak gunung itu pertama kali ditawan pada tahun 1888 oleh ahli zoologi British, John Whitehead.

Kredit : Fb PakLong Hery

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

“8 Hari Selepas Pemergiannya, Suami Baru Tahu Arwah Rupanya Ada Anak Angkat” – Kisah Alang Eppy Buat Ramai Sebak

Published

on

Kisah Alang Eppy

“8 Hari Selepas Pemergiannya, Suami Baru Tahu Arwah Rupanya Ada Anak Angkat Dan Banyak Bersedekah Dalam Diam”

Ada waktu, Allah memperlihatkan kepada kita betapa luasnya kebaikan seseorang hanya selepas dia pergi.

Begitulah kisah menyentuh hati seorang wanita bernama Afenorain, atau lebih dikenali sebagai Alang Eppy, yang menghembuskan nafas terakhir pada 5 April 2026 selepas bertarung dengan kanser usus tahap empat.

Penyakit yang dihidapinya dikesan kira-kira seminggu sebelum cuti sekolah tahun lalu di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Ketika itu, sel kanser sudah sangat agresif dan telah merebak ke paru-paru serta hati.

Namun di sebalik kesakitan yang ditanggung, Alang tetap dikenali sebagai seorang wanita yang lembut hati, suka membantu, suka memberi dan tidak pernah berkira dengan sesiapa.

Malah, suaminya sendiri, Muhamad Naim, mengakui masih banyak kebaikan isterinya yang hanya diketahui selepas pemergiannya.

ummi

“Sepanjang saya mengenalinya, saya tahu dia seorang yang sangat lembut hati. Dia suka memberi, suka membantu dan suka menggembirakan orang lain.

“Tetapi banyak kebaikannya tidak pernah dia ceritakan. Dia tidak menjadikan amalnya sebagai cerita. Dia hanya melakukannya dengan diam, dengan ikhlas dan dengan hati yang penuh kasih,” tulisnya.

Lebih menyentuh hati, lapan hari selepas pemergian isterinya, Naim menerima mesej menerusi nombor telefon arwah daripada pihak Baitus Solehah.

Ketika itulah beliau mengetahui bahawa arwah isterinya selama ini banyak menyumbang kepada rumah kebajikan tersebut.

naim md

Bukan itu sahaja, Alang juga rupanya mempunyai seorang anak angkat bernama Saad yang kini sudah berusia tujuh tahun.

Menurut Naim, isterinya sentiasa mengikuti perkembangan Saad sejak kecil. Malah setiap kali Saad menyambut hari lahir, arwah pasti akan menghantar hadiah dan tidak pernah lupa bertanya khabar.

“Alang follower page Baitus Solehah dan selalu ikuti perkembangan Saad. Alang ikuti perkembangan Saad dari Saad bayi,” kongsi pihak Baitus Solehah.

Lebih membuatkan ramai sebak apabila pihak Baitus Solehah sendiri memaklumkan bahawa segala sedekah jariah yang dilakukan Alang akan terus menjadi teman buatnya di alam barzakh.

“Sedekah dalam senyap. Alhamdulillah, itulah amalan yang orang tak tahu,” tulis mereka.

 Kisah Alang Eppy

Dalam satu lagi perkongsian yang sangat menyentuh hati, Naim berkata dia kini sedar ada manusia yang hidupnya tidak pernah riuh. Tetapi apabila dia pergi, barulah orang nampak betapa banyak kebaikan yang telah ditinggalkan.

“Arwah isteri saya sudah tiada di sisi saya. Tetapi hari ini, saya melihat sendiri bahawa kasihnya masih hidup. Kebaikannya masih berjalan. Dan jejak amalnya masih menyentuh hati orang lain.”

Menurutnya lagi, kehilangan paling berat ialah apabila seseorang yang terlalu baik dipanggil pulang, lalu yang tinggal hanyalah rindu, kenangan dan doa yang tidak pernah putus.

Pemergian Alang bukan sahaja meninggalkan luka buat suami dan keluarga, malah membuatkan ramai tersentuh dengan kisah hidupnya yang penuh kasih sayang.

Naim sendiri memaklumkan bahawa pada hari terakhir isterinya, dia menjadi imam solat jenazah, mengusung sendiri keranda arwah ke kubur dan turun sendiri ke liang lahad untuk menyempurnakan persemadian wanita yang paling dicintainya itu.

“Setiap satunya terlalu berat untuk abang lalui. Tetapi sebagai suami, itulah tanggungjawab terakhir yang abang mampu lakukan untuk sayang.”

Di antara sijil nikah dan sijil kematian, tersimpan seluruh kisah cinta mereka.

 Kisah Alang Eppy

Ada kasih, ada pengorbanan, ada sabar, ada air mata dan terlalu banyak kenangan yang belum sempat dihabiskan bersama.

Namun di sebalik semua kesedihan itu, Alang meninggalkan sesuatu yang jauh lebih besar daripada harta dan kemewahan.

Dia meninggalkan nama yang baik.

Dia meninggalkan doa.

Dia meninggalkan sedekah jariah.

Dan dia meninggalkan bukti bahawa kebaikan yang dibuat dalam diam, akhirnya akan tetap dikenang walaupun tuannya sudah tiada.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa Alang Eppy, menerima segala amal baiknya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Continue Reading

SEMASA

“Ramai Terkejut Nampak Kereta Remuk Di Tepi Highway, Rupanya Siti Nurhaliza Ada Dalam Kereta Itu”

Published

on

“Ramai Terkejut Nampak Kereta Remuk Di Tepi Highway, Rupanya Siti Nurhaliza Ada Dalam Kereta Itu”

Biduanita Negara Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di Lebuh Raya MEX pada Khamis.

Menurut pengurusnya, Rozi Sangdewi, kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat persembahan di RedQ AirAsia Sepang.

670920490 1505986411085204 441749758406472620 n

Katanya, dua kereta mereka baru sahaja meninggalkan lokasi sebelum berlaku kemalangan di KM14.2 Lebuh Raya MEX. Empat buah kenderaan dilaporkan terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti.

Menerusi perkongsian di media sosial, ramai netizen mengakui mereka terkejut apabila melihat keadaan kereta yang remuk di tepi lebuh raya.

Bagaimanapun, ramai turut bersyukur apabila difahamkan keadaan Siti tidak serius.

671729047 1505986441085201 6968649937477257151 n

Menurut Rozi, Siti telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mengalami kecederaan ringan termasuk lebam serta bengkak pada bahagian kaki.

Dalam masa sama, Siti sempat memuat naik perkongsian di Instagram Stories dengan meluahkan rasa syukur selepas kejadian tersebut.

Ramai netizen turut menitipkan doa agar Siti Nurhaliza cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Continue Reading

SEMASA

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Published

on

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengalami masalah saluran jantung sempit.

Perkembangan tersebut dikongsikan oleh abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Menurut beliau, Ustaz Kazim, 54, dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesakitan yang teramat sangat sebelum doktor mengesahkan terdapat saluran jantung yang sempit dan memerlukan prosedur khas bagi melancarkan aliran darah.

Untitled design 64

“Ya betul, sekarang di ICU selepas dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit.

“Selepas satu belon dimasukkan, doktor mendapati terdapat satu lagi saluran sempit yang memerlukan tambahan satu belon lagi,” katanya.

Difahamkan, prosedur memasukkan belon dilakukan bagi membantu membuka saluran darah yang tersumbat atau sempit supaya aliran darah ke jantung kembali lancar.

Untitled design 65

Berita mengenai keadaan Ustaz Kazim itu nyata mengundang rasa sedih dan bimbang dalam kalangan masyarakat, khususnya para pengikut ceramah beliau yang sentiasa mengikuti perkongsian ilmu dan dakwah disampaikan.

Sejak sekian lama, Ustaz Kazim dikenali sebagai antara tokoh dakwah yang aktif menyampaikan ceramah agama di seluruh negara. Selain itu, beliau juga merupakan Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah yang banyak melahirkan pelajar dan menjadi pusat penyebaran ilmu.

Menurut Mohd Najmuddin, buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan daripada orang ramai kecuali isteri beliau.

“Buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan kecuali isteri beliau,” katanya.

Beliau turut merayu kepada seluruh peminat, pencinta ilmu dan masyarakat agar bersama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kazim.

“Saya merayu kepada semua peminat dan pencinta ilmu supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Pusat Al Barakah yang diterajuinya,” katanya.

Orang ramai kini terus menanti perkembangan terkini mengenai keadaan Ustaz Kazim dan berharap beliau segera pulih seperti sediakala.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ustaz Kazim dan mempermudahkan segala urusannya.

Video Penuh :

Continue Reading

Trending