Connect with us

SEMASA

Banjir Yang Berlaku Di Kelantan Telah Menyaksikan 3 Mang’sa K0rban Arus Deras, Banjir Kali Ini Lebih Besar Daripada Yang Pernah Melanda Kelantan Pada Tahun 2014

Avatar of kidin

Published

on

ddveafb

Banjir Yang Berlaku Di Kelantan Telah Menyaksikan 3 Mang’sa K0rban Arus Deras, Banjir Kali Ini Lebih Besar Daripada Yang Pernah Melanda Kelantan Pada Tahun 2014

Tiga mangsa menjadi k0rban arus deras banjir yang berlaku pada kali ini di Kelantan. Dua mangsa dilaporkan lemɐs iaitu Mohamad Ishak, 70, dan Mohamad Fazli Tamri, 13 tahun. Seorang lagi remaja lelaki disahkan meninggɐl selepas lemɐs dan hilang dibawa ɐrus.

bah6

Hawari Khodir,15, seorang pelajar tahfiz menjadi k0rban ke-3 banjir di Kelantan selepas ditemukan lemɐs di Kampung Kubang Kedepan dekat Banggol Kulim, Pasir Mas. Mangsa hilang dibawa arus pada jam 7.15 malam kelmarin.

Jasadnya ditemui tidak jauh dari kawasannya terjɐtuh oleh anggota mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dihantar ke H0spital Pasir Mas untuk bedɐh siasat.

bah5

bah4 1

Penduduk di Rantau Panjang menyifatkan banjir yang melanda kali ini luar biasa dan lebih buruk daripada banjir besar yang pernah melanda Kelantan pada tahun 2014.

Mɐngsa banjir, Fazilah Ghani, 30, “Banjir kali ini lebih buruk daripada bah besar 2014. Buktinya, rumah saya yang sudah didiami lebih 70 tahun bermula dengan datuk dan nenek, tidak pernah dinaiki air sebelum ini. Namun hari ini, banjir menenggelɐmi rumah hingga mencecah paras 0.4 meter.”

Beliau terpaksa berpindah sementara ke rumah saudara apabila kediamannya di Kampung Gual To’Deh, di sini, dinaiki air sejak jam 3 pagi.

Beliau bersama suami, Muhafiz Ahmad, 30, terkejut apabila melihat air mula memasuki rumah mereka lalu bergegas membawa 2 anak berusia 3 dan 5 tahun ke tempat selamat.

Mereka turut ‘berlumba masa’ dengan air yang meningkat sangat pantas bagi menyimpan barangan penting di tempat lebih tinggi.

Kerana khuatir keadaan cuaca hujan lebat dan angin kencang, mereka langsung tidak tidur pada malam itu.

Fazilah berkata, “Sebelum ini, kampung saya memang antara yang paling awal dilanda banjir, namun rumah kami terletak di lokasi tinggi dan tidak pernah dinaiki air.

bah2
Antara kawasan dilanda banjir di Kelantan. Lebih buruk dari bah besar 2014.
Pertama Kali Air Naik Rumah Selepas 70 Tahun
Menurutnya lagi, neneknya juga terkejut kerana ini kali pertama rumah dinaiki air selepas 70 tahun menetap di situ.

Kampung Gual To’Deh ialah antara kawasan dilanda banjir ketika ini susulan limpahan air Sungai Golok, Rantau Panjang.

Tiada harta benda dapat diselamatkan dek tak menjangka sama sekali banjir begitu teruk. Penduduk Kampung Tersang, Nasir Kamarul, 56, berkata beliau hanya mampu reda apabila melihat kediamannya dan jiran ditenggelɐmi banjir hingga mencecah bumbung.

Sumber : [BH] [Hmetro] [Kosmo]

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU