Connect with us

SEMASA

Elon Musk, Jutawan Dan Pengasas SpaceX, Bersedia Untuk Membantu Ukraine

Avatar of kidin

Published

on

DWGVFR

Elon Musk, Jutawan Dan Pengasas SpaceX, Bersedia Untuk Membantu Ukraine

Rakyat Ukraine tak perlu risau Starlink sedia berkhidmat untuk membantu. Elon Musk, jutawan dan pengasas SpaceX, bersedia untuk membantu Ukraine dengan menyediakan perkhidmatan jalur lebar satelit Starlink dan menambah lebih banyak terminal ke negara itu yang mengalami gangguan internet.

Ketegangan krisis Rusia-Ukraine telah membuatkan rangkaian internet di Ukraine tergganggu, terutamanya di kawasan selatan dan timur negara tersebut yang diserang Rusia.

Ekoran daripada itu, Elon Musk dalam satu kenyataan berkata, satelik Starlink milik SpaceX akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar ke Ukraine, selain turut akan menambah lebih banyak terminal bagi penguasaan rangkaian internet di negara tersebut.

Panduan Lengkap Mula Trade Forex
Tindakan Musk tersebut adalah respon kepada tweet yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorov, yang secara halus meminta bantuan daripada Musk dengan menyatakan roket milik SpaceX sudah sampai ke Marikh, tetapi roket milik Rusia sudah menyerang Ukraine.

Sebagai pengetahuan, teknologi satelit mampu untuk membekalkan internet mereka yang tinggal di kawasan luar bandar atau tempat yang sukar untuk dapatkan perkhidmatan gentian kabel optik.

Selain itu, teknologi satelit juga dapat menjadi sandaran kepada situasi kritikal seperti taufan atau bencana alam yang mengganggu rangkaian komunikasi.

Setakat 15 Januari, Musk mengatakan bahawa SpaceX memiliki sebanyak 1,469 satelit Starlink yang aktif dan 272 bergerak ke orbit yang akan beroperasi tidak lama lagi.

Sumber; intraday

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU