SEMASA
Wakil 7 Eleven Buat Penjelasan Selepas Seorang Wanita Yang Dikenali Sebagai Kak Long Menerima Kec.aman Bertubi-tubi Daripada Netizen Gara-gara Meng.amuk Di Sebuah Outlet 7 Eleven

Wakil 7 Eleven Buat Penjelasan Selepas Seorang Wanita Yang Dikenali Sebagai Kak Long Menerima Kec.aman Bertubi-tubi Daripada Netizen Gara-gara Meng.amuk Di Sebuah Outlet 7 Eleven
Pada malam Rabu 2 Mac, kecoh di media sosial susulan tersebarnya Video tular selepas wanita membuat siaran langsung di akaun TikTok miliknya. video tersebut memaparkan seorang wanita meng.amuk di kedai serbaneka, 7-Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak lelakinya dit.uduh menc.uri.
Bagaimanapun, wanita tersebut dik.ecam hebat kerana bertindak b.iadap dengan meninggikan suara serta dilihat enggan mendengar penjelasan daripada staf kedai serbaguna berkenaan.
Namun kurang daripada 24 jam selepas am.ukan berkenaan, wanita itu tampil membuat permohonan maaf kepada staf yang terlibat dan sekali lagi menyiarkan pertemuannya menerusi siaran langsung di Facebook.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega kerana insiden berkenaan diselesaikan dengan baik.
“Alhamdulillah, bermaaf-maafan amat indah.
“Apa pun, puji tindakan 7Eleven. Siap cakap jangan k.ecam ibu tu. Terbaik team 7Eleven.
“Penjelasan murni. Terima kasih 7Eleven,” demikian antara komen netizen.
Video penjelasan tersebut meraih melebihi 1 juta jumlah tontonan dalam tempoh empat jam ia dimuat naik.
Wakil 7E Buat Penjelasan
Selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long menerima kec.aman bertubi-tubi daripada netizen gara-gara meng.amuk di sebuah outlet 7 Eleven, terbaharu, seorang wakil daripada kedai serbaguna itu tampil meminta orang ramai berhenti bertindak sedemikian.
Menerusi satu perkongsian video, wakil tersebut berkata, keja.dian yang berlaku pada malam Rabu lalu hanyalah salah faham antara stafnya dengan pelanggan.
“Di sini saya merayu kepada semua agar tidak meng.ecam ibu kepada adik ini,” ujarnya.
Menerusi video berdurasi 1 minit 11 saat yang dimuat naik di akaun TikTok 7elevenmalaysiaofficial, wakil itu juga berkata, kedua-duanya sudah bertemu empat mata dan saling bermaaf-maafan.
“Ibu kepada adik ini dan pekerja kami telah bertemu dan saling bermaafan, juga telah mengakui kes.ilapan serta salah faham ini,” katanya lagi.
Dalam pada itu, wakil tersebut turut menjelaskan perkara sebenar yang terjadi sekaligus meleraikan persoalan yang timbul ekoran tularnya video berkenaan.
“Adik ini datang ke 7 Eleven bersama tiga rakannya dan rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini menc.uri. Jadi pekerja saya telah bertanya kepada adik ini.
“Adik ini telah berasa takut dan menangis lantas dia berlari keluar mendapatkan ibunya.
“Dalam pada itu, kami telah membuat semakan melalui kamera litar tertutup CCTV dan mendapati adik ini tidak menc.uri dan tidak ada barang yang hilang,” jelasnya lagi.
Kredit : Mstar
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.