Kisah
Ustaz Zaki Atau Lebih Dikenali Sebagai ‘Wali Gunung’ Berkayuh Basikal Sejauh Beratus Kilometer Bagi Menghadiri Majlis Ijtima’ Ulama Dunia
Ustaz Zaki Atau Lebih Dikenali Sebagai ‘Wali Gunung’ Berkayuh Basikal Sejauh Beratus Kilometer Bagi Menghadiri Majlis Ijtima’ Ulama Dunia
Tidak semua umat Islam mampu melaksanakan seperti yang dilakukan oleh insan hebat Ustaz Zaki atau lebih dikenali ‘Wali Gunung’ sepertimana yang dikongsikan melalui media sosial Facebook oleh anggota tent3ra Thailand. Ustaz Zaki berkayuh basikal sejauh beratus kilometer bagi menghadiri Majlis Ijtima’ Ulama Dunia di sana.
Usaha menyebarkan dakwah boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara, namun usaha yang bersungguh-sungguh dan menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah SWT adalah perbuatan yang amat terpuji.
Kelibat seorang warga emas yang sedang mengayuh basikal dari kejauhan, telah mendorong beberapa anggota t3ntera Thailand yang berkawal di sempadan Malaysia-Thai untuk mendekatinya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Dek-chai-Yuyee iaitu salah seorang anggota t3ntera tersebut, warga emas ini dalam perjalanan untuk ke Yala kerana menghadiri Majlis Ijtima’ Ulama Dunia di sana.
Kagum dengan semangat warga emas ini, Dek-chai-Yuyee dan rakan-rakannya telah menghulurkan bantuan minuman kepadanya, sebelum beliau meneruskan perjalanannya ke destinasi yang dituju.
Video berkenaan telah menjadi vir4l dan mendapat lebih 414 ribu tontonan di media sosial.
PERNAH TULAR PADA TAHUN 2015
Ketika itu seorang penunggang basikal amatur terserempak dengannya ketika basikalnya rosak di Banjaran Titiwangsa.
Penunggang basikal yang dikenali sebagai Che Wan pernah menul4rkan kisahnya dan memohon sumbangan ikhlas orang awam bagi membelikan basikal baru untuk pak cik ini.
Pak cik ini terkenal dengan panggilan Wali Gunung, kerana semangatnya berulang alik dari Perlis ke Kelantan memb3lah Banjaran Titiwangsa untuk berdakwah menyebarkan agama Islam.
DIKENALI SEBAGAI WALI GUNUNG ATAU USTAZ ZAKI
Menurut sumber, namanya Pak Cik Zaki atau Ustaz Zaki yang berasal dari Utara Tanah Air. Seorang hamba Allah yang c3kal berdakwah ke mana-mana sahaja demi untuk menyampaikan ilmu Allah.
Selepas tul4rnya kisah beliau, ramai netiz3n yang telah meninggalkan komen mengenali insan ini. Rata-ratanya mereka amat kagum dengan semangat dan kecekalan beliau yang kuat. Ada juga orang kampung beliau yang mengenalinya, dan berkongsi cerita tentang dirinya yang sejak kecil gemar menaiki basikal.
Beliau seorang yang kuat pegangan agama dan sangat peramah apabila berjumpa sesiapa sahaja, maka tidak hairanlah jika ramai orang awam yang mengenali beliau.
“SIMPANLAH DUNIA DI TAPAK TANGAN, BUKANNYA DI HATI.” – WALI GUNUNG
Jika ada yang terserempak dengan pak cik ini, jangan segan-segan untuk bertegur sapa dan membantunya. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memberkati kehidupan Pak Cik Zaki.
Video;
Sumber: Facebook
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.