Connect with us

Kisah

Pasangan Bvta Membesarkan Tiga Orang Anak Mereka Dengan Hasil Jualan Minyak Angin Dan Tisu Terbalas Dengan Kesemuanya Berjaya Menjejakkan Kaki Ke Menara Gading

Published

on

Pasangan Bvta Membesarkan Tiga Orang Anak Mereka Dengan Hasil Jualan Minyak Angin Dan Tisu Terbalas Dengan Kesemuanya Berjaya Menjejakkan Kaki Ke Menara Gading

Pasangan bvta, Azmi Abd Manaf, 50, dan Noraini Majid, 51, dikurniakan tiga anak, Mohd Afiq Nazhan Azmi, 26, Nur Azra Nadhirah, 21, dan Nur Atihirah Nadhilah, 19.

J3rit p3rih yang dilalui pasangan suami isteri bvta membesarkan tiga anak mereka dengan hasil jualan minyak angin dan tisu terbalas dengan kesemuanya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Anak sulung, Mohd Afiq Nazhan adalah gaduan Ijazah Perniagaan di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

Nur Azra Nadhirah kini menuntut jurusan Diploma Perniagaan di UiTM Machang manakala Nur Atihirah Nadhilah pula mengikuti pengajian Diploma Kejururawatan di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Azmi berkata, kedua-dua belah matanya s4kit dan r4bun sejak kecil sebelum lama-kelamaan menjadi bvta sepenuhnya menyebabkan dia terpaksa menggunakan tongkat.

2

Azmi (kanan) dan Noraini berpimpin tangan serta saling membantu ketika keluar rumah di Jelawat, Bachok.

“Saya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 25 tahun lalu dan melakukan pelbagai kerja sebelum bertemu jodoh serta dikurniakan tiga anak.

“Saya berniaga minyak angin dan tisu di pasar-pasar malam di Jalan Tengku Abdul Rahman, Setiawangsa dan Chow Kit untuk menyara kehidupan kami sehinggalah tiga anak berjaya ke universiti,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Ujarnya, hasil jualan tidak menentu sekitar RM30 sehari manakala isterinya yang bvta sebelah mata kanan pula hanya suri rumah sepenuh masa.

3

“Sebagai orang kurang upaya (OKU) kami memang memerlukan pertolongan orang lain tetapi saya tidak boleh malas atau hanya menunggu sahaja kerana rezeki tidak turun dari langit.

“Saya perlu berusaha agar mendapat keberkatan daripada Allah selainnya berserah dan bertawakal kepada-Nya,” katanya.

Azmi berkata, dia dan isteri setiap seorang menerima bantuan bulanan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Nur Azra Nadhirah berkata, mereka tiga beradik berasa amat bangga mempunyai ibu bapa yang dapat membesarkan mereka sehingga berjaya ke menara gading walaupun dalam keadaan kekurangan fizikal buta mata.

4

Anak kedua, Nur Azra Nadhirah Azmi, 21, (kanan) sentiasa menemani dan membantu kedua ibu bapanya yang buta.

“Kami tidak pernah malu untuk mengaku mereka adalah ibu bapa kami malah berbesar hati dan kini sudah dewasa serta tiba giliran untuk membalas jasa dengan menjaga mereka pula“.

“Sejak C0v!dI9, kami sudah berpindah ke Kelantan dan ibu bapa tidak lagi dapat berniaga tetapi diganti dengan abang sulung yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk menyara kami sekeluarga,” katanya.

Jelas Nur Azra Nadhirah, abangnya bekerja sebagai penghantar makanan sementara mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.