Connect with us

AGAMA

Ustaz Pesan Jangan Simpan Anak Patung Cukup Sifat, Patung Walaupun Tidak Bernyawa Sebenarnya Boleh Mengundang Jin

Avatar of kidin

Published

on

gvubib

Ustaz Pesan Jangan Simpan Anak Patung Cukup Sifat, Patung Walaupun Tidak Bernyawa Sebenarnya Boleh Mengundang Jin

Menjadi kebiasaan bagi ibu bapa untuk membelikan anak-anak anak patung sebagai permainan. Tak kurang juga ada yang membeli pelbagai jenis patung sebagai koleksi ataupun perhiasan.

Namun anda harus berhati-hati kerana patung yang cukup sifat walaupun tidak bernyawa sebenarnya boleh mengundang jin untuk menumpang di dalam patung tersebut. Perkara ini dikongsi oleh Ustaz Zulaffendi Mohamad ketika mengubati pesakitnya.

Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan-bukan dalam rumah, dan rasa seram bila masuk bilik dia.

2 hari lepas kena settle satu kes. Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja.

136147532 4059019930798143 2607581005016485418 n 11 15 375747

Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa macam diperhatikan pada satu sudut. Saya pon percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yang memerhatikan. Bila diperiksa sedetail mungkin, akhirnya saya menemui patung POOH yang sebesar saya.

Jadi, kita pon mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut. Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang-sorang anaknya pulak. Diringkaskan cerita, anaknya yang bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis. Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut-takut ada benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah.

Aduhhh, macam kembaq dah rasanya. Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa macam patung tersebut dok perati.

136430172 4059020074131462 6437852534884896410 n 11 03 713260

Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab depa dok atas flat, susah untuk buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.

Bila ke ruang tamu, ada lagi patung kembar macam saya jugak. Betul-betul mengejek ni. Hahaha…dan yang terakhir ada patung harimau.

137267285 4059020014131468 420174041901726483 n 11 09 793691

Kerap mimpi disetubuhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya. Rasa tersebut membuak-buak setiap hari pada masa yang sama takut bila masuk bilik ayah dia.

Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yang cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yang ada pesakit jugak menunjukkan ada gangguan jin asyik.

PESANAN

*Jangan simpan patung yang cukup sifat di dalam rumah

*Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yang geram bila tengok kita seksi ketika tidur

*Jangan pasang lagu-lagu yang melalaikan di dalam rumah

Sumber: Zulaffendi Mohamad / Pa&Ma

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.