Petua
Ustaz Ibnu Syam Kongsi Doa Mudah Ke Tanah Suci Yang Diajarkan Oleh Arwah Gurunya, Ramai Yang Amal Dengan Izin Allah Telah Berjaya Menjejakkan Kaki Ke Mekah
Ustaz Ibnu Syam Kongsi Doa Mudah Ke Tanah Suci Yang Diajarkan Oleh Arwah Gurunya, Ramai Yang Amal Dengan Izin Allah Telah Berjaya Menjejakkan Kaki Ke Mekah
Dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah pastinya impian bagi semua umat Islam di dunia ini. Selain ia merupakan Rukun Islam kelima, memgerjakan ibadah haji dan umrah juga banyak manfaatnya dari segi rohani seseorang antaranya dengan menjadi tetamu Allah SWT. Tetapi bagaimana untuk pergi ke tanah suci dengan mudah? Ini adalah doa mudah ke tanah suci yang diijazahkan kepada seorang ustaz muda dari Indonesia.
Doa mudah ke tanah suci untuk membantu permudahkan urusan mengerjakan ibadah haji atau umrah
Untuk berangkat ke tanah suci mengerjakan umrah contohnya, kita memerlukan sekurang-kurangnya RM10,000 di dalam tangan. Nilainya memang besar bagi kita orang biasa yang hidup pun serba kekurangan dan sederhana khususnya bagi yang bergaji rendah.
Tetapi impian itu sentiasa membara untuk tetap ke tanah suci. Yakinlah setiap jalan kebaikan yang kita inginkan pasti Allah tidak akan membiarkan kita sendiri menjalaninya tanpa bantuan. Ujian yang besar, pahalanya juga besar, hikmahnya juga berkali ganda besar untuk kita.
Direzekikan untuk ke bumi baraqah itu adalah satu nikmat istimewa oleh Sang Khaliq, Allah SWT dengan menjadi tetamu yang diundang untuk mengerjakan ibadah di samping kaabah. Dikongsikan dari sebuah akaun Tik Tok @amikartika13, mengenai doa mudah ke tanah suci kepada sesiapa yang mahu ke sana setiap tahun yang diijazahkan oleh Ustaz Ibnu Syam, seorang pemilik Pesantren Ibnu Syam.
“Allahhummarzukni ziyarata baitikalmua’zam warasulikal mukarram fi a’zal a’m wafi kul li a’m bi ah sanil hal”
Sekiranya doa ini dibaca untuk seisi keluarga maka digantikan perkataan “Allahhummarzukni” kepada “Allahhummarzukna”.
Maksudnya: Ya Allah, beri aku rezeki untuk aku berkunjung ke rumah Mu yang Agung dan Rasul Mu yang mulia di tahun ini dan setiap tahun dengan keadaan sebaik-baiknya.”
Ustaz Ibnu Syam juga ada berkata disarankan untuk amal doa ini banyak kali setiap kali selesai solat agar Allah permudahkan urusan kita mengerjakan umrah saban tahun seperti yang diajarkan oleh gurunya. Bahkan sudah ramai juga yang mengamalkan doa ini dan Allah izin dengan memberikan mereka kemudahan ke tanah suci tanpa sebarang masalah.
Manfaat mengerjakan ibadah haji dan umrah
Banyak hadis yang membicarakan tentang manfaat dan kelebihan kepada seseorang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah. Antara kelebihan yang boleh kita perolehi adalah seperti:
1. Menjadi sebahagian dari tetamu Allah
Dalam kitab Ihya ‘Ulumiddin berkata Jarir Bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya: “Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah, dan berperang.”
2. Memperoleh ganjaran pahala yang berganda-ganda
Abu Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah: “Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipat gandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham.” – (Al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
3. Sebagai penghapus dosa-dosa lalu
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Ibadah umrah ke umrah lainnya akan menghapuskan dosa-dosa yang ada antara keduanya-duanya.”- (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Tidak dihisab mereka yang meninggal ketika dalam ibadah haji atau umrah
Dalam kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan Imam Al-Ghazali, menyebut bahawa Rasulullah SAW ada bersabda,
Maksudnya: “Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, “Masuklah ke dalam syurga.”
Diharapkan dengan panduan doa ini, kita semua boleh dipermudahkan segala urusan khususnya untuk mengerjakan ibadah mulia haji dan umrah ke Mekah Al Mukaramah.
Sumber: Tik Tok @amikartika13
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.