Connect with us

Petua

Pening Minyak Masak Naik Harga Lagi? Ini 8 Petua Bagaimana Jimat Minyak Masak Di Rumah

Avatar of hannani juhari

Published

on

jimat minyak masak

Pening Minyak Masak Naik Harga Lagi? Ini 8 Petua Bagaimana Jimat Minyak Masak Di Rumah

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pengumuman dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, bahawa subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini. Hal ini juga automatik akan menyebabkan harga minyak di pasaran naik mendadak. Bertambah rungsing kita sebagai rakyat marhaen ini memikirkannya. Sudahlah gaji pun tidak naik, inikan pula keperluan harian dapur dinaikkan. 8 petua bagaimana jimat minyak masak di dapur ini mungkin boleh membantu anda.

Petua jimat minyak masak yang boleh dicuba

Jimat minyak masak dirumah boleh mengurangkan belanja kita di dapur setiap bulan. Tidak dinafikan pola makanan rakyat Malaysia suka yang bergoreng dan berminyak. Agak sukar untuk kita “cut” terus penggunaan minyak dalam diet makanan setiap hari. Apa yang boleh dilakukan adalah memanjangkan hayat minyak masak untuk lebih jimat.

  • Jangan panaskan minyak masak dalam tempoh yang lama.
  • Jangan biarkan minyak panas tanpa bahan gorengan.
  • Sejukkan minyak dahulu selepas proses menggoreng sebelum disimpan.
  • Gunakan jangka suhu jika anda gunakan proses masak menggunakan cara deep fry.
  • Tapis minyak goreng dengan penapis untuk asingkan keladak sebelum simpan.
  • Jangan campur minyak baru dan minyak lama dalam satu botol.
  • Simpan minyak yang telah digunakan ke dalam peti sejuk dan biarkan ia beku. Jika ingin guna, keluarkan dan biarkan ia cair dalam udara biasa.
  • Bersihkan minyak goreng yang sudah hitam dengan tepung jagung dan air.
  • Pastikan suhu minyak masak digunakan dalam kadar yang sesuai iaitu sekitar 180 sehingga 190 darjah celcius dengan api sederhana.
  • Simpan minyak dalam beks kedap udara.
  • Cepat-cepat padam api selepas siap menggoreng.

Jenis-jenis minyak masak dan cara penggunaanya

Mungkin selama ini yang kita ketahui di pasaran hanyalah minyak masak daripada kelapa sawit atau pokok kelapa. Sebenarnya untuk pengetahuan anda, ada 14 jenis minyak masak di seluruh dunia. Namun begitu, setiap satu mempunyai penggunaan yang berbeza-beza jika dicampur aduk semua, mungkin ia akan merosakkan tekstur rasa makanan kita nanti.

1. Minyak kelapa

jimat minyak masak

Minyak kelapa asalnya dari buah kelapa sendiri. Seperti yang kita maklum dari sebatang pohon kelapa kita boleh dapat banyak manfaatnya seperti penghasilan minyak. Kegunaan minyak kelapa bukan sahaja sesuai untuk masakan tetapi juga untuk penjagaan kulit, dan rambut yang menawan.

2. Minyak zaitun

Minyak zaitun extra virgin adalah aslinya dari masakan mediterranean. Jika kita menggunakan minyak zaitun yang original, kita boleh rasa sendiri kualitinya yang jauh berbeza dengan minyak-minyak lain. Makanan western banyak menggunakan minyak zaitun dalam masakan.

3. Minyak avocado

Minyak avocado adalah minyak Matthew McConaughey. Rasanya berkrim dan berlemak seakan-akan buah avocado sendiri. Sangat bagus untuk semua jenis masakan yang sihat kerana ia membantu mencegah kerosakan arteri, penyakit jantung, dan menstabilkan tekanan darah.

4. Ghee

jimat minyak masak

Selalu kita guna ghee untuk masak nasi briyani, nasi minyak, nasi ayam, roti bakar, atau sebagainya. Ia adalah sejenis mentega yang tidak mengandungi protein susu.

5. Minyak biji pumpkin

Biji dari labu boleh dijadikan minyak yang kaya dengan khasiat vitamin A, K, E, asid lemak omega-3, dan omega-6. Warna minyak biji pumpkin ini berwarna hijau yang menarik mata memandang. Sesuai dicampur sekali dalam menu salad.

6. Minyak walnut

jimat minyak masak

Kekacang adalah sumber protein yang tinggi pada tubuh. Kelebihan walnut berbanding jenis kacang lain memberikan ia kebaikan pada masakan dan minuman. Ia sarat dengan asid lemak omega-3, zat besi, zink, kalsium, dan magnesium.

7. Minyak kumpulan

Jika anda pernah gunakan minyak anggur untuk produk rawatan rambut dan kulit, inilah ia minyak kumpulan. Minyak biji anggur sesuai untuk segala jenis proses masakan termasuklah menumis, menggoreng, memanggang, membakar, caramelize, dan sebagainya. Lauk akan mendapat rasa manis dari buah anggur itu.

8. Minyak kacang

Minyak kacang lebih berat teskturnya berbanding minyak walnut. Harganya lebih tertinggi sedikit di pasaran tetapi sepadan dengan kebaikannya untuk kesihatan. Ia boleh digunakan semasa menumis untuk memberikan aura manis dan wangi dalam masakan.

9. Minyak bijan

Minyak bijan lazimnya banyak digunakan sebagai vinaigrettes, dressing, dan perap. 17 peratus vitamin K dalam minyak bijan boleh membantu dalam kesihatan tulang yang baik, dan mencegah pembekuan darah.

10. Minyak biji HEMP

jimat minyak masak

Jika anda gemar pada makanan timur tengah seperti humus, ini adalah minyak biji HEMP memang sesuai digunakan. Selain itu, ia juga boleh diletakkan dalam smoothie, dan sandwic. Kalau rasa-rasa hendak pakai produk penjagaan badan semula jadi, minyak ini adalah pilihan yan tepat.

11. Minyak flaxseed

Minyak flaxseed ada bau yang sangat kuat apabila diletakkan terlalu banyak dalam masakan. Ia bertindak baik pada sistem pencernaan, membantu mengurangkan kolsterol, dan terhindar dari penyakit jantung.

12. Minyak biji bunga matahari

Ramai yang gunakan minyak bunga matahari dalam masakan harian walaupun memang harganya mahal berbanding minyak kelapa sawit tetapi nilai khasiatnya tinggi sekali. Minyak ini bagus untuk membakar segala jenis masakan seperti ikan, ayam, tauhu, dan sebagainya.

13. Minyak canola

jimat minyak masak

Khasiat Canola yang mengandungi campuran omega-6 hingga omega-3 ini sudah tidak boleh disangkal lagi. Rasa neutral pada minyak tersebut boleh menambahkan selera ketika bersarapan di waktu pagi.

14. Minyak sayuran

Perkataan sayur tidak semuanya baik. Contohnya untuk minyak sayuran, ia sangat tidak disyorkan kepada pengguna yang mempunyai masalah kesihatan yang serius termasuklah kolesterol, jantung, dan sebagainya. Namun, penggunaan yang bersederhana cukup memadai.

Bagaimana tentukan minyak masak di rumah sihat atau tidak?

jimat minyak masak

Semoga artikel ini memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk kita sama-sama amalkan.

Sumber: rasa.my & streamerium.com

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.