Connect with us

Petua

Pekerja Asing Pun Boleh Buat Ibadah Korban? Ini 3 Trik Bagaimana Anda Boleh Kumpul Duit Untuk Berkorban

Published

on

kumpul duit untuk berkorban

Pekerja Asing Pun Boleh Buat Ibadah Korban? Ini 3 Trik Bagaimana Anda Boleh Kumpul Duit Untuk Berkorban

Ibadah korban adalah sunat muakkad bagi setiap orang yang berkemampuan untuk melakukannya. Walaupun ia bukanlah ibadah yang diwajibkan tetapi amat digalakkan untuk umat Islam laksanakan. Bagi yang sedang bercita-cita untuk melakukan ibadah korban pada tahun hadapan, ini adalah tips paling bermanfaat bagaimana kumpul duit untuk berkorban.

Pekerja Bangladesh stesen minyak berkorban tiap tahun

kumpul duit untuk berkorban

Dikongsikan perbualan ringkas antara seorang lelaki Melayu dan pekerja asing di sebuah stesen minyak tanpa sengaja itu membuatkan kita mungkin akan terkedu tiba-tiba.

Entah dari mana, tiba-tiba datang seorang pekerja asing menawarkan untuk cuci cermin kereta sementara pelanggan stesen minyak itu sedang mengisi minyak.

“Bang, nak cuci cermin?” sapa pekerja asing dari Bangladesh itu.

“Oh, ok,” jawab lelaki Melayu itu ringkas.

Dalam masing-masing berdiam, sempat juga bertanya nama pekerja asing tadi.

“Nama siapa?” lelaki Melayu bertanya.

“Ibrahim,” jawabnya pendek.

Sebenarnya nama itu diberikan oleh ibu kepadanya kerana dia lahir ketika Hari Raya Korban. Ibrahim sempena dengan panggilan untuk Nabi ulu azmi, Nabi Ibrahim AS.

“Abang ada korban tahun ini?” tanya lelaki asing itu tiba-tiba.

“Ada.” jawab lelaki Melayu spontan.

Sempat juga dia bertanyakan sama ada lelaki asing itu juga berkorban. Alangkah terkejut apabila dia rupanya tiap-tiap tahun tidak pernah terlepas untuk melaksanakan korban. Dalam kekaguman itu timbul rasa ingin tahu bagaimana dengan gaji yang sedikit tetapi boleh cukup menampung hidupnya di negara kita bahkan boleh berkorban juga.

“Duit tak banyak bang. Makan pun tak cukup, tapi simpan tiap-tiap bulan. Alhamdulillah, saya sayang Nabi, sebab Nabi bagi saya agama.”

Kata-katanya membuatkan lelaki Melayu itu befikir tentang nikmat gaji setiap bulan yang diterima. Ditenung wajah lelaki asing itu dalam-dalam ada raut wajah soleh dan jernih sahaja air mukanya.

Bagaimana dengan hanya bergaji RM 900, dia boleh berkorban dengan alasan mencintai Nabinya.

Dalam kereta, tanpa sedar lelaki Melayu itu menitiskan air matanya yang telah sekian lama di sembunyikan sepanjang perbualan. Sempat dihulurkan RM 5 sebagai upah kepada lelaki asing tersebut sebelum berlalu pergi.

Ada kereta, ada motor, ada rumah tetapi tidak mahu berkorban

Perbualan ringkas tadi sebenarnya banyak menjentik hati kita untuk bermuhasabah diri. Benar mungkin kita akan bandingkan warga asing yang bekerja di Malaysia tidak perlu membayar apa-apa cukai seperti rakyat Malaysia sendiri. Di tambah mereka juga tiada tanggungan di sini.

Tetapi, cuba fikirkan juga orang bujang dan belum berkeluarga tetapi mempunyai kerja yang kukuh, bergaji ribu setiap bulan, mempunyai sekurang-kurangnya motor untuk bergerak ke sana ke mari tetapi juga mungkin tidak terlintas di fikiran sama sekali untuk melakukan ibadah korban.

Kita hanya tengok orang lain setiap tahun berkorban, tidakkah kita sendiri terasa untuk menjadi orang yang berkorban?

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Tips bagaimana kumpul duit untuk berkorban

kumpul duit untuk berkorban

Untuk menabung bunyinya mungkin susah tetapi dengan trik ini anda tidak akan terasa beban, tahu-tahu sudah cukup duit untuk berkorban.

1. Ambil tahu harga haiwan untuk korban pada tahun tersebut

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah semak harga terkini haiwan untuk berkorban sama ada kambing, lembu, kibas, atau sebagainya mengikut kemahuan sendiri.

Bila sudah tahu harga, jadi bila kita hendak merancang pun lebih mudah. Kita nampak jumlah yang perlu kita peroleh untuk realisasikan impian hendak berkorban pada tahun depan.

2. Menabung setiap hari bukan sebulan sekali

Elakkan menabung sebulan sekali. Kalau boleh paksa diri masukkan walaupun RM 1 dalam tabung setiap hari. Ini untuk memastikan kita terbiasa untuk mengasingkan gaji, sebahagiannya untuk disimpan dan sebahagian lagi digunakan bagi keperluan lain.

3. Bahagikan jumlah harga haiwan untuk korban dengan 345 hari

Katakan 1 bahagian lembu bersamaan RM 700. Apabila dibahagikan kepada 345 hari, anda hanya perlu menabung RM 2.05 sahaja sehari.

Atau jika anda mahu berkorban seekor lembu bersamaan dengan RM 4,900. Apabila dibahagikan kepada 345 hari, anda perlu menabung RM 14.25 sehari.

Jumlah ini mungkin sedikit tetapi jika anda istiqamah simpan selama 345 hari tanpa diusik sedikit pun, anda boleh berkorban untuk tahun tersebut.

Untuk harga yang lebih murah, anda juga ada pilihan untuk berkorban di luar negara seperti Bangladesh, Kemboja, dan Indonesia. Harga haiwan ternakan di negara mereka jauh lebih murah seperi seekor lembu mungkin boleh dapat dalam RM 2,240 yang memerlukan anda simpan RM 6.50 sehari.

Banyak kaedah hari ini untuk kita lakukan ibadah korban. Hanya bergantung kepada diri mahu atau tidak. Semoga suatu hari nanti kita semua dapat merasai pengalaman melakukan korban sendiri.

Sumber: kunantaofficial

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.