Petua
6 Cara Pilih Beg Sekolah Anak Paling Selesa, Ajar Mereka Menggalas Beg Dengan Betul Supaya Tidak Sakit Badan
6 Cara Pilih Beg Sekolah Anak Paling Selesa, Ajar Mereka Menggalas Beg Dengan Betul Supaya Tidak Sakit Badan
Bila tiba untuk membei peralatan persekolahan baru untuk anak-anak khususnya beg sekolah, mereka sangatlah gembira sehingga rambang mata ibu bapa dibuatnya. Keliru untuk pilih design dan jenis beg yang bagaimana sesuai untuk anak-anak. Ada sesetengahnya yang lebih mementingkan soal harga yang mahal kerana yakin kualitinya juga ekslusif. Namun sebenarnya, cara pilih beg sekolah anak bukan terletak pada jenama sebaliknya rekaan yang ergonomik dan selesa.
Bukan penat belajar, tetapi penat pikul beg sekolah
Masalah beg sekolah terlalu berat bukanlah satu perkara baru yang disuarakan para ibu bapa kepada Kementerian Pendidikan. Sehinggakan ada juga yang mendesak untuk pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menubuhkan lokar simpanan persendirian di setiap belakang kelas untuk memudahkan para pelajar menyimpan segala buku-bukunya.
Namun yang berlaku tiada tindakan pengurusan atas yang memberikan arahan mewujudkan sistem lokar di setiap sekolah. Yang ada hanyalah inisiatif sesetengah sekolah dan ibu bapa sendiri yang kasihan melihat anak-anak mereka.
Bayangkan, pelajar sekolah rendah dan menengah terpaksa menggalas beg seberat hingga 7 kg ke sekolah setiap tahun. Satu subjek sahaja ada lebih dari 3 buah buku yang perlu di bawa apabila ada subjek tersebut di dalam jadual.
“Kesian anak-anak. Satu hari berapa mata pelajaran. Kadang lima, kadang enam. Kalau enam maknanya ada enam buah buku teks perlu dibawa ini tidak termasuk buku tulis dan buku aktiviti,” kata seorang ibu pelajar.
Berkata bapa kepada seorang anak sekolah rendah, “Beg sekolah anak saya yang pikul dari tingkat tiga (rumah flat) sampai ke bawah. Sampai sekolah anak pula pikul. Sampai rumah, saya pula pikulnya. Ada yang balik sekolah, tak sempat makan terus tidur sebab penat pikul beg bukannya penat belajar.”
Masalah tulang bengkok dan skoliosis kerana beg sekolah?
Bahkan baru-baru ini ada seorang bapa pelajar yang juga seorang doktor mengadu tentang nasib anaknya yang bengkok 40 darjah tulang belakang dan didakwa kerana memikul beg sekolah yang berat melampau.
Pelajar sekolah menengah itu bukanlah secara tiba-tiba mempunyai masalah pada tulang belakangnya. Sebaliknya ini terjadi memakan masa yang lama kesan dari rutin menggalas beg sekolah yang berat selama bertahun-tahun.
Malah kesan dari masalah tulang yang bengkok menyebabkan remaja tersebut tidak boleh lagi berjalan terlalu lama, bersukan, dan naik tangga. Menurut Pakar Bedah Ortopedik, Tulang Belakang Trauma, Hospital Orthopaedic ALTY, Dr Lim Sze Wei, di Malaysia, kajian mendapati skoliosis dialami oleh dua hingga tiga peratus populasi, iaitu kira-kira 600,000 hingga 900,000 penduduk.
Yang merisaukan adalah ianya banyak terjadi pada golongan remaja dalam lingkungan 10 hingga 17 tahun sewaktu masih lagi di peringkat tumbesaran. Kebanyakan kes skoliosis adalah tidak serius, namun lengkungan tersebut akan menjadi lebih parah seiring dengan tumbesaran kanak-kanak, dan skoliosis yang dikategorikan sebagai parah mampu melumpuhkan penghidapnya.
Selain itu, kesan dari beg sekolah yang berat juga boleh menyebabakn sakit otot belakang. ketidakselesaan pada tulang rusuk dan tulang belakang, ketegangan pada otot leher, sakit kepala, sakit bahu, dan lenguh pada bahagian sendi.
Cara pilih beg sekolah anak yang tepat
Untuk cara pilih beg sekolah anak yang tepat adalah dengan mementingkan beberapa aspek seperti jenis, dalaman, saiz, berat, dan sebagainya.
- Mempunyai jenis material yang ringan dan tahan air.
- Mempunyai dua tali penyandang bahu yang lebar dan berspan.
- Tidak mempunyai aksesori berlebihan pada beg.
- Mempunyai pembahagi ruang dalam beg seperti pembahagi beg, poket, dan slot beg
- Bahagian atas beg haruslah berada di paras belikat dan bahagoan bawah hanya di lengkung pingang.
- Pilih jenis backpack bukan sling, beroda, atau strap tangan.
- Berat beg tidak melebiji 10% hingga 20% berat badan anak.
- Elakkan beg yang jahitannya longgar.
- Kelebaran beg harus berpadanan dengan kelebaran seseorang.
Bagaimana menggalas beg sekolah dengan betul
Selepas ibu bapa memilih beg yang terbaik untuk anak-anak, kita juga haruslah ajar mereka cara bagaimana menggalas beg sekolah dengan betul untuk mengelakkan anak dari terseliuh dan lenguh sebaliknya sentiasa selesa. Antara perkara yang perlu dikenal pasti adalah seperti;
- Beg galas 25 cm hingga 28 cm. Mereka sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah, berumur antara 2 hingga 4 tahun.
- Dengan ukuran 33 hingga 38 cm. Ia sesuai untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 8 tahun.
- Beg galas antara 40 dan 42 cm. Ini adalah langkah yang sesuai untuk kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun, untuk semua anak kecil yang berada di peringkat sekolah rendah.
- Tali penyandang perlu rapat ke bahu dan tidak londeh.
- Tidak menggalas beg dengan sebelah bahagian tubuh sahaja.
Diharapkan dengan artikel ini dapat menyedarkan para ibu bapa untuk sentiasa melihat pada perkembangan anak-anak di rumah khususnya yang masih kecil.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah