Connect with us

SEMASA

Usahawan Produk Kosmetik, Sha Hasan Menyatakan Hasrat Menghadiahkan Sebuah Kereta Baharu Kepada Azwan Omar atau ‘Abang Viva’ Yang Tular Selepas Menyelamatkan Mangsa Banjir

Published

on

Usahawan Produk Kosmetik, Sha Hasan Menyatakan Hasrat Menghadiahkan Sebuah Kereta Baharu Kepada Azwan Omar atau ‘Abang Viva’ Yang Tular Selepas Menyelamatkan Mangsa Banjir

Sha Hasan seorang usahawan produk kosmetik menyatakan hasrat bagi menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada  Azwan Omar atau ‘Abang Viva’  yang tular selepas menyelamatkan mangsa banjir.

Posting berkenaan dikongsi sebanyak 1,000 kali serta ratusan komen netizen yang menyambut baik hasrat ibu kepada seorang cahaya mata itu selain mendoakan Sha dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda.

Selain itu, ada juga segelintir individu berharap supaya orang ramai memberikan masa dan ruang buat Azwan sekiranya mahu menyumbangkan sesuatu selepas nama lelaki itu ‘trending’ di semua platform media sosial.

Tenang2 dulu, dia tengah sibuk tu

Semalam, seorang pengguna Twitter @ushardaniele yang juga wartawan memaklumkan pihak Perodua mencari Azwan namun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai tujuan tersebut.

Sumber: Twitter

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!