SEMASA
Wanita Tampil Beri Penjelasan Selepas Gambarnya Di Mydin Tular, “Dalam Kotak Tu Makanan Bukan Oven, Anak Saya Dah 3 Hari Tak Makan”
Wanita Tampil Beri Penjelasan Selepas Gambarnya Di Mydin Tular, “Dalam Kotak Tu Makanan Bukan Oven, Anak Saya Dah 3 Hari Tak Makan”
Minggu lalu tular di media sosial ramai warga asing memecah masuk beberapa buah pasaraya seperti Mydin Mart, Speedmart dan lain-lain lagi di kawasan terbabit. Ketika itu Shah Alam dilanda banjir besar hingga menenggelamkan banyak kawasan perumahan khususnya di Taman Sri Muda.
Ada video dan gambar memperlihatkan mereka tidak hanya mengambil makanan sebaliknya banyak barangan elektrik dan jam turut “disapu” oleh individu-individu ini. Ramai yang bersimpati kalau mereka sekadar mengambil makanan untuk mengalas perut yang lapar malah Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin turut menghalalkan makanan diambil kerana tahu bantuan lambat tiba di kawasan terbabit.
Namun apa yang ditular di media sosial, mereka turut dilihat mengangkut barangan elektrik. Antara gambar yang ditularkan termasuklah seorang wanita dan lelaki dipercayai suaminya sedang memegang satu kotak oven didakwa sebagai barangan elektrik.
Hal ini menimbulkan kemarahan dan perlian netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak patut kerana golongan ini mengambil kesempatan ke atas barangan bukan keperluan.
Menyedari dirinya sudah tular di media sosial, wanita ini tampil di tik tok @largh_dawson memperjelaskan isu sebenar.
Katanya, kotak berisi oven itu hanyalah makanan dan bukan barangan elektrik seperti disangka oleh orang ramai sehingga dirinya dianggap sebagai pencuri.
Jelasnya, kotak itu diisi barang makanan kerana anaknya sudah menangis kelaparan. Saya letak biskut, sardin dan barangan lain, bukan oven didalamnya. Kalau oven saya ambil pun apa guna sebab tak boleh guna di rumah.
“Anak saya dah tiga hari tak makan. Saya pergi hari ke dua, jam 2.30. Dalam itu tiada oven, hanya makanan,” katanya yang memaklumkan sudah membuat laporan polis berikutan kecaman diterimanya dari orang ramai.
Malah dengan hati yang sangat besar, dirinya turut meminta maaf jika orang ramai salah sangka kerana berpendapat di dalam kotak itu ada barangan elektrik sebaliknya ia hanya makanan semata-mata. Saya tak ambil kesempatan atas perkara-perkara ini, tak masuk akal. Tahu halal haramnya.
Apa pun semoga kekeliruan ini terjawap dan siapa yang pernah tuduh akak nie pergilah minta maaf ya kerana dosa sesama manusia hanya boleh dimaafkan jika kita bertemu orangnya.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.