Connect with us

SEMASA

Azwan Omar Atau Abang Viva Tak Kutip Derma “Saya tidak pernah mengenakan apa2 bayaran untuk khidmat saya”

Published

on

6rdf79fgiuh

Azwan Omar Atau Abang Viva Tak Kutip Derma “Saya tidak pernah mengenakan apa2 bayaran untuk khidmat saya”

Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ memberi amaran kepada pihak yang menggunakan nama beliau untuk mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi.

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook peribadi, Azwan berkata beliau mendapat maklumat bahawa ada pihak yang menggunakan nama ‘Abang Viva’ untuk mendapatkan bantuan derma banjir.

azwan omar

“Hari ini ada hamba Allah mengatakan kepada saya ada seseorang yang menggunakan nama saya untuk mengaut keuntungan.

“Sejujurnya saya tidak pernah melantik pembantu peribadi atau orang tengah jika ingin dihubungi,” katanya menerusi hantaran Facebook semalam.

Azwan juga menegaskan bahawa dia tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan beliau dalam membantu mangsa banjir.

“Saya juga tidak pernah menggenakan apa-apa bayaran untuk khidmat apatah lagi jika ingin bercakap dengan saya semata-mata.

“Di sini saya sertakan nombor telefon jika ingin menghubungi saya, mohon maaf jika terlambat atau tidak menjawab panggilan kerana mungkin sedang bekerja,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ‘Abang Viva’ menjadi perhatian di media sosial apabila sanggup membawa Perodua Viva dari Melaka ke Lembah Klang untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Difahamkan ‘Wira Banjir’ itu kini menuju ke Pahang pada Jumaat lalu.

Sumber : K! ONLINE

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.