Connect with us

Petua

Cara Dan Tips Untuk Pokok Hasilkan Buah Yang Manis, Cili Lebih Pedas. Hanya Guna Bahan Ini

Avatar of majalahilmu

Published

on

Cara Dan Tips Untuk Pokok Hasilkan Buah Yang Manis Cili Lebih Pedas. Hanya Guna Bahan Ini

Cara Dan Tips Untuk Pokok Hasilkan Buah Yang Manis, Cili Lebih Pedas. Hanya Guna Bahan Ini

Cili dan mangga adalah satu makanan bagai kawan yang tidak boleh dipisahkan bagi semua penggemar memakan buah ini. Banyak penggemar buah ini yang menanam di halaman rumah namun tidak tahu tips untuk mendapat hasilnya yang lebih memuaskan. Bahan rahsianya adalah garam. Garam yang dimaksudkan ini ialah bukanlah garam yang selalu kita guna dalam masakan tapi adalah garam epsom.

Garam ini ada banyak manfaat untuk tanaman. Bagi yang tanam pokok buah dan sayur elok digunakan untuk dapatkan buah yang manis dan lebat.

Bukan itu saja, garam ini juga berguna untuk merawat pokok yang daun kekuningan, kerinting serta terkena serangga perosak. Jika nak cili yang ditanam lebih pedas juga boleh gunakan garam ini.

a2b15f5ef701088f3fdde047479e6c30

Tapi sebelum itu pastikan cara pengunaannya adalah betul. Boleh ikut perkongsian dari nurseri Fig Farm ini.

1. Dapatkan buah yang manis

Tabur garam Epsom pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran. Fungsi garam ini dapat meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan buah yang manis.

Cara penggunaan: Kadar siraman 1 sudu dicampur dengan 4 liter air. Siram 2 minggu sekali. Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali.

Bagi pokok tomato guna 2 sudu garam untuk setiap 4 liter. Siram setiap 2 minggu.

43573bd5ddd5ade961e3456fb50d4ffd

2. Melebatkan buah cili, lebih besar dan lebih pedas

Untuk tujuan ini pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu. Cara penggunaan untuk pokok cili taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2 minggu sekali.

baja cili

3. Atasi daun kekuningan

Pokok yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun kuning. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil.

Cara penggunaan: Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali supaya daun hijau semula. Siraman, 1 sudu + 4 liter air. Siram 2 minggu sekali

28795583 1670009576425515 3504299202999605884 n

4. Elak daun kerinting (pokok cili)

Tambah garam Epsom di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat boleh mencampurkan 2 sudu besar garam Epsom dalam segelen air dan siram terus kepada daun.

Cara penggunaan: 2 sudu + 4 liter air. Siram pada daun sebulan sekali.

5. Elak perosak tanaman

Garam epsom juga boleh elak kehadiran siput, ulat bulu dan bena, selaik cegah jentik jentik dalam bekas hidroponik.

Cara penggunaan: Tabur garam ini di pangkal pokok yang terdapat kehadiran ulat perosak.

Majalah ilmu: Semoga perkongsian ini dapat memberi anda satu ilmu pengetahuan tips untuk memberinya hasil yang lebih lumayan. Mana tahu boleh buat hasil yang lebih.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Fig Farm / Vanillakismis

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU