Petua
Cara Keluarkan Pokok Kunyit Yang Sudah Penuh Di Pasu Untuk Dibiakkan, 7 Hari Sudah Keluar Tunas Baru

Cara Keluarkan Pokok Kunyit Yang Sudah Penuh Di Pasu Untuk Dibiakkan, 7 Hari Sudah Keluar Tunas Baru
Kunyit adalah salah satu daripada rempah yang kerap kita gunakan di dalam masakan. Ramai juga yang menanam pokok kunyit ini di halaman rumah. Apabila tanam di dalam pasu dan pokok sudah besar, elok juga jika dikeluarkan untuk dibiakkan supaya dapat lebih banyak lagi pokok kunyit ini.
Cara untuk kita biakkan pokok kunyit anda boleh ikut perkongsian daripada Mohd Amri.
Cara untuk biakkan pokok kunyit supaya dapat lagi banyak
1. Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.
2. Seterusnya saya kongsikan cara saya biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru. Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar.
Daun saya potong. Sebab memang akan layu. Daripada layu macam tu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran.
3. Lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah.
4. Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab. Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru. Yeah!
5. Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa. Baja seperti dalam gambar. Baja ini adalah campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat RM7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba.
6. Untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.
Setakat ini, inilah perkembangannya. Dah dapat banyak pasu.
Majalah ilmu: Semoga cara perkongsian ini dapat anda pratikkan sendiri dirumah. Lumayan juga kalau dapat kunyit free kan?
Semoga bermanfaat.
Sumber: Mohd Amri / Vanillakismis
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.