Connect with us

Petua

tips Nak Bezakan Restoran Mamak Muslim Dengan Restoran Hindu

Published

on

jkj

tips Nak Bezakan Restoran Mamak Muslim Dengan Restoran Hindu

Gerai mamak, juga dikenali sebagai “mapley”, merupakan sejenis tempat makan yang menyajikan masakan mamak. Di Malaysia, istilah “mamak” merujuk kepada orang India beragama Islam, dan secara amnya, gerai mamak dimiliki dan dikendali oleh golongan ini. Sungguhpun lazimnya dibuka sebagai gerai tepi jalan, sebilangan pengendali gerai mamak zaman moden telah mengembangkan perniagaan mereka sehingga menjadi penubuhan seakan-akan restoran atau kafe (kedai mamak) yang mempunyai beberapa cawangan. Gerai mamak diminati rakyat Malaysia sebagai tempat istirahat, kerana makanan dan minumannya berharga murah dan lazimnya gerai sebegini dibuka 24 jam sehari.

Gerai mamak sudah sebati dengan budaya Malaysia kerana boleh didapati di merata tempat di negara ini, terutamanya di kawasan bandar raya. Budaya popular berlepak di gerai mamak telah ditanam dalam semua peringkat masyarakat Malaysia. Maka, gerai mamak menjadi gabungan pelbagai budaya, satu lambang keharmonian sesama kaum. Tanpa mengira kaum, agama dan umur, orang ramai sentiasa mengunjungi gerai mamak unutk bergosip atau menonton perlawanan bola sepak larut malam sambil meminum teh tarik panas. Gerai mamak merupakan tempat di mana adalah amat senang untuk mengenal pasti “pemburu kegemilangan” bola sepak (orang yang menyokong sesebuah kelab bola sepak kerana saiz, mutu dan/atau popularitinya dalam media). Tiada jenis tempat makan yang lain setanding dengan gerai mamak dari segi kepentingan budaya, kecuali kopi tiam.

Begitupun, tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook, Afyan Mat Rawi di mana dia berkongsi panduan umum dan cara untuk memilih restoran mamak Muslim.

Berikut di bawah adalah posting penuh yang dimuat naik olehnya di Facebook:

11

Antara panduan umum dan cara untuk memilih restoran mamak Muslim dengan Hindu:

1. Biasanya restoran Hindu akan ditutup ketika cuti Deepavali

Sebagaimana kebiasaannya orang Islam akan tutup kedai waktu raya Aidilfitri, orang Cina akan tutup kedai ketika musim Gong Xi Fa Cai.

– Advertisement –
Beberapa tahun lepas saya pernah menulis perihal ini, ada seorang owner restoran Mamak yang bercuti ketika Deepavali, mesej saya secara personal dan mengakui pekerjanya ramai hindu walaupun beliau Muslim.

Terkejut beruk saya dibuatnya sebab restoran tersebut pernah saya pergi beberapa kali.

Isu utama ialah berkenaan Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Contohnya restoran tadi, pekerjanya memakai kopiah yang memberi persepsi bahawa mereka Muslim.

Selepas insiden itu, saya semakin berhati-hati jika ke restoran Mamak.

Cara ini bukanlah konkrit untuk mengenalpasti sama ada sesebuah restoran Mamak itu Muslim atau fake. Sebab ada juga yang bercuti pada mana-mana perayaan atau ada sebab-sebab lain.

Jangan risau, ada cara lain.

1 40 1536x728 1

1 41 1536x728 1

2. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak

Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak.

Restoran mamak Muslim biasanya akan ada masakan daging lembu. Jika restoran Hindu atau mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.

Saya pernah test satu restoran “mamak”.

“Mamak, daging ada?”

“Kambing ada. Lembu tak ada”

“Kenapa lembu tak ada?”

Dia jawab tergagap-gagap, terus saya angkat kaki.

Namun, ia bukan cara paling ampuh. Ada juga restoran Mamak Muslim yang menyediakan kambing sebagai menu utama mereka, tanpa daging lembu.

3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”

Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka.

Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim. Saya pernah beberapa kali menggunakan “test” cara ini dan dapati ada juga restoran Mamak Muslim yang mengambil pekerja pekerja dari kalangan Hindu.

Ada sesetengah restoran Mamak yang famous tapi pekerja mereka gagal apabila saya gunakan “test” ini. Terus saya angkat kaki jika pekerjanya gagal jawab salam. Pada saya, ia agak mengecewakan kerana sepatutnya restoran dengan imej Muslim, sepatutnya mengambil pekerja Muslim sahaja.

Cara ini paling ampuh berbanding cara-cara lain. Mustahil orang Islam tak boleh jawab salam. Kalau nak lebih dramatik, test bacaan surah al-fatihah. Saya pernah test ke atas seorang peminta sedekah selepas solat Jumaat, dan terketar-ketar akhirnya apabila mengaku bukan Islam.

Saya ulangi, isunya ialah bukan kepada restoran Muslim menggunakan pekerja Muslim. Isunya ialah orang Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Tidak kira sama ada tauke atau pekerja.

4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat

Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak akan ada.

5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi

Yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.

6. Semak nama restoran dengan website Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)

Anda boleh saja klik di pautan ini PRESMA

Persatuan ini memang dipelopori oleh para pengusaha restoran mamak Muslim. Ada database keahlian mereka di seluruh negara.

Namun berdasarkan semakan saya tadi, ada juga restoran mamak Muslim yang tidak mendaftarkan diri sebagai ahli PRESMA.

Apabila ditutup pada hari Deepavali, bukanlah secara automatik ia adalah restoran mamak palsu

Hanya owner restoran sahaja yang tahu kenapa ia ditutup. Jika hari lain ia dibuka dan para pekerjanya memang lulus “test” Assalamualaikum tadi, kemudian namanya ada dalam direktori PRESMA, insya-Allah mamak Muslim.

Pagi tadi saya pusing-pusing sekitar Sri Gombak dan Prima Gombak, dan inilah hasilnya. Restoran Mamak dibuka dan meriah. Restoran yang saya sudah tahu memang dimiliki oleh Hindu, memang tutup sebagaimana dijangka. Tapi ada juga beberapa restoran Mamak Muslim yang tutup. Kenapa tutup? Wallahua’lam, hanya pemiliknya sahaja yang tahu.

Sebenarnya bukan isu halal haram yang saya ingin highlightkan. Tapi isu Hindu yang mengelirukan dan menyamar sebagai Muslim. Pekerja Hindu tapi dipakaikan kopiah supaya nampak macam orang Islam.

Jika dia Hindu dan tidak mengelirukan pelanggan Muslim, dan pelanggan yakin ia halal, tiada masalah di situ. Cuma saya akan elakkan jika tahu begitu.

a

b

Sebenarnya posting seumpama ini, pernah saya kongsikan beberapa tahun lalu, juga ketika cuti Deepavali.

Pagi tadi kebetulan hantar anak sekolah, pusing-pusing kawasan sekitar ini. Sekolah anak saya tak cuti ketika Deepavali, maka saya pun tak cuti juga. Huhu…

Masa buat aktiviti ini tadi, saya baru perasan beberapa perkara;

1. Banyak betul restoran mamak di sini. Rasanya kedai makan Melayu pun tak sebanyak ini.

2. Restoran mamak majoritinya berada corner lot atau paling kurang end lot. Susah nak cari kedai Melayu yang berkedudukan strategik sebegini.

3. Nama restoran mamak memang simple. Selalunya ada perkataan Arab (Thaqwa, Berkat, Haji, Al-Azhaar, Abdullah, Al) atau ada perkataan “Maju” atau kedua-duanya.

4. Awal-awal pagi dah buka. Mungkin juga sebab 24 jam.

5. Kebanyakan masa di restoran mamak sentiasa ramai orang. Apa rahsia mereka?

Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Petua

Cara Membersihkan Papan Pemotong Lama yang Nampak Kusam dan Kotor

Published

on

Add a heading 2024 05 31T112823.319

Cara Membersihkan Papan Pemotong Lama yang Nampak Kusam dan Kotor

Cara Membersihkan Papan Pemotong

Ramai yang mencari cara membersihkan papan pemotong, terutamanya yang diperbuat daripada plastik, kerana memang mudah untuk menjadi kotor dan kehitaman, lebih-lebih lagi jika sering digunakan dalam aktiviti memasak harian. Kadangkala, walaupun dicuci dengan sabun, kesan kotoran masih tidak dapat dihilangkan. Berikut adalah cara mudah dan berkesan untuk membersihkan papan pemotong plastik anda. Dengan cara ini, papan pemotong anda akan kelihatan seperti baru! Jom cuba dan lihat hasilnya yang pasti mengagumkan.

Bahan-Bahan Diperlukan:

– Limau nipis
– Baking soda
– Cuka

Langkah-Langkah Pembersihan:

1. Sediakan Limau dan Baking Soda
Ambil limau nipis dan belah dua. Kemudian, taburkan baking soda ke atas permukaan papan pemotong yang kotor.

Cara Membersihkan Papan Pemotong

2. Gosok dengan Limau Nipis
Gunakan potongan limau nipis tadi untuk menggosok permukaan papan pemotong. Biarkan seketika selama 10 minit supaya baking soda dan asid dari limau nipis dapat bertindak balas menghilangkan kotoran.

Cara Membersihkan Papan Pemotong

3. Tambah Cuka untuk Kesempurnaan
Selepas 10 minit, tuangkan cuka ke atas permukaan papan pemotong yang telah digosok dengan limau dan baking soda. Gosok lagi papan pemotong tersebut sehingga semua kotoran benar-benar hilang.

4. Sentalan Akhir dengan Berus Besi
Untuk kesan yang lebih menyeluruh, anda boleh menggunakan berus besi untuk menyental permukaan papan pemotong. Pastikan anda bilas papan pemotong dengan air bersih sehingga semua kesan bahan pembersih hilang. Hasilnya, papan pemotong anda akan kelihatan lebih bersih dan seperti baru.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh memastikan papan pemotong plastik anda sentiasa dalam keadaan bersih dan siap digunakan untuk pelbagai aktiviti memasak. Kaedah ini bukan sahaja mudah tetapi juga sangat berkesan untuk mengekalkan kebersihan dan kekemasan alat dapur anda. Cubalah dan saksikan perbezaannya!

Continue Reading

Petua

Panduan Lengkap Menghilangkan Karat pada Pisau: Tips dan Trik

Published

on

majalahilmu.com 8

Panduan Lengkap Menghilangkan Karat pada Pisau: Tips dan Trik

Bagaimana kita boleh menghilangkan karat pada pisau dan memastikan ia sentiasa dalam keadaan terbaik? Karat adalah musuh utama bagi kebanyakan peralatan logam, termasuk pisau. Ia terbentuk apabila besi atau keluli berinteraksi dengan oksigen dan kelembapan, menghasilkan oksida besi yang dikenali sebagai karat. Kehadiran karat bukan sahaja membuat pisau kelihatan usang dan kurang menarik, tetapi juga boleh menjejaskan fungsi dan keselamatannya. Jadi,

1. Mengapa Penting untuk Menghilangkan Karat?

hilangkan Karat pada Pisau

  • – Keselamatan dan kebersihan
    – Ketahanan dan prestasi pisau

2. Bahan-bahan dan Alat yang Diperlukan

hilangkan Karat pada Pisau

  • – Cuka putih
    – Baking soda
    – Lemon
    – Garam
    – Minyak zaitun
    – Alat-alat lain

3. Langkah-Langkah Menghilangkan Karat pada Pisau

  • – Menggunakan cuka putih
    – Menggunakan baking soda
    – Menggunakan lemon dan garam
    – Menggunakan minyak zaitun

4.Cara Mencegah Karat Pada Masa Hadapan

  • – Pengeringan yang betul
    – Penyimpanan yang sesuai
    – Penyapuan minyak pelindung

5. Perawatan Rutin Pisau

  • – Membersihkan selepas digunakan
    – Mengasah pisau secara berkala

Mengapa Penting untuk Menghilangkan Karat pada Pisau ?

Keselamatan dan Kebersihan

Pisau yang berkarat bukan sahaja kelihatan tidak menyenangkan, tetapi juga boleh menjejaskan kebersihan makanan yang dipotong dengannya. Karat boleh mengandungi bakteria dan bahan kimia yang tidak selamat untuk dimakan. Selain itu, pisau yang berkarat lebih cenderung patah atau pecah, yang boleh menyebabkan kecederaan.

Ketahanan dan Prestasi Pisau

Karat boleh melemahkan struktur logam pisau, menyebabkan ia menjadi rapuh dan kurang berkesan. Pisau yang bersih dan bebas karat bukan sahaja lebih tahan lama, tetapi juga lebih tajam dan mudah digunakan.

Bahan-bahan dan Alat yang Diperlukan

Untuk menghilangkan karat pada pisau, anda memerlukan beberapa bahan dan alat mudah yang boleh didapati di rumah:

Cuka putih: Bahan asidik yang boleh melarutkan karat.
Baking soda: Bertindak sebagai penggosok yang lembut.
Lemon: Asid sitrik yang membantu menghilangkan karat.
Garam: Bahan pelengkap untuk lemon.
Minyak zaitun: Melindungi logam daripada kelembapan.
Alat lain: Berus gigi lama, kain lap, dan mangkuk.

Langkah-Langkah Menghilangkan Karat pada Pisau

Menggunakan Cuka Putih

1. Rendam pisau dalam mangkuk yang berisi cuka putih selama beberapa jam.
2. Keluarkan pisau dan gosok dengan berus gigi lama untuk menghilangkan karat.
3. Bilas dengan air bersih dan keringkan dengan teliti.

Menggunakan Baking Soda

1. Campurkan baking soda dengan sedikit air untuk membentuk pes.
2. Sapukan pes ini pada kawasan berkarat dan biarkan selama 30 minit.
3. Gosok dengan berus gigi atau kain lap hingga karat hilang.
4. Bilas dan keringkan pisau.

Menggunakan Lemon dan Garam

hilangkan Karat pada Pisau

1. Taburkan garam pada kawasan berkarat.
2. Gosok dengan setengah lemon, biarkan jus lemon melapisi garam.
3. Biarkan selama 2-3 jam, kemudian gosok dan bilas.

Menggunakan Minyak Zaitun

1. Sapukan minyak zaitun pada pisau yang telah dibersihkan.
2. Biarkan selama beberapa minit untuk membentuk lapisan pelindung.
3. Lapkan minyak berlebihan dengan kain bersih.

Cara Mencegah Karat Pada Masa Hadapan

Pengeringan yang Betul

Selepas mencuci, pastikan pisau dikeringkan sepenuhnya dengan kain lap. Pengeringan yang tidak betul adalah punca utama karat.

Penyimpanan yang Sesuai

Simpan pisau di tempat yang kering dan sejuk. Gunakan sarung pisau atau blok pisau untuk mengelakkan pendedahan kepada udara lembap.

Penyapuan Minyak Pelindung

Sapukan minyak mineral atau minyak zaitun secara berkala pada pisau untuk melindungi permukaannya daripada kelembapan.

Perawatan Rutin Pisau

Membersihkan Selepas Digunakan

Sentiasa bersihkan pisau segera selepas digunakan untuk mengelakkan sisa makanan melekat dan menyebabkan karat.

Mengasah Pisau Secara Berkala

Asah pisau secara berkala untuk memastikan ia kekal tajam dan berfungsi dengan baik. Pisau yang tajam kurang terdedah kepada kerosakan dan karat.

Menghilangkan karat pada pisau adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan, kebersihan, dan prestasi pisau. Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti cuka, baking soda, lemon, dan minyak zaitun, anda boleh mengembalikan pisau anda kepada keadaan asalnya. Penjagaan yang betul dan pencegahan karat akan memastikan pisau anda tahan lama dan sentiasa sedia untuk digunakan.

Soalan Lazim

1. Bagaimana karat mempengaruhi prestasi pisau?

Karat boleh melemahkan struktur logam pisau, menjadikannya kurang tajam dan berkesan.

2. Bolehkah pisau berkarat digunakan untuk memotong makanan?

Tidak, kerana karat boleh mengandungi bahan kimia dan bakteria yang tidak selamat untuk makanan.

3. Berapa kerap pisau perlu diasah?

Pisau perlu diasah setiap beberapa bulan, bergantung pada kekerapan penggunaan.

4. Apa yang perlu dilakukan jika pisau mula berkarat semula?

Segera bersihkan karat dan sapukan lapisan pelindung minyak untuk mencegah karat berulang.

5. Adakah semua jenis pisau boleh berkarat?

Ya, semua pisau yang diperbuat daripada besi atau keluli boleh berkarat jika tidak dijaga dengan baik.

Continue Reading

Petua

Panduan Lengkap: Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian dengan Bahan Semula Jadi

Published

on

Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian

Panduan Lengkap: Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian dengan Bahan Semula Jadi

Dalam artikel ini, kita akan meneroka pelbagai cara untuk menghilangkan tahi lalat pada pakaian dengan mudah dan berkesan.Tahi lalat pada pakaian boleh menjadi masalah yang menjengkelkan. Noda ini bukan sahaja merosakkan penampilan pakaian, tetapi juga boleh meninggalkan bau yang tidak menyenangkan.

Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian

Tahi lalat pada pakaian adalah bintik-bintik atau noda yang disebabkan oleh kulat atau bakteria yang tumbuh pada kain. Ini biasanya berlaku apabila pakaian disimpan dalam keadaan lembap atau basah untuk jangka masa yang panjang.

Punca Terjadinya Tahi Lalat

1. Kelembapan Berlebihan
2. Penyimpanan Pakaian yang Salah
3. Kurang Ventilasi
4. Pakaian Tidak Kering Sepenuhnya

Langkah Pencegahan

Pastikan Pakaian Kering Sepenuhnya

Sebelum menyimpan pakaian, pastikan ia benar-benar kering. Kelembapan adalah punca utama pertumbuhan kulat dan bakteria.

Simpan di Tempat Kering dan Berangin

Simpan pakaian di tempat yang kering dan mempunyai ventilasi yang baik untuk mengelakkan kelembapan berlebihan.

Gunakan Penghalau Kelembapan

Gunakan produk seperti silica gel atau penyerap kelembapan di dalam almari untuk memastikan keadaan sentiasa kering.

Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian

Cara Menghilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian

Kaedah Alternatif Cara Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian

Pelarut Komersial

1. Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian Menggunakan Noda Khas

– Gunakan produk penghilang noda khas yang boleh didapati di pasaraya. Ikuti arahan pada label untuk hasil yang terbaik.

2. Sabun Anti-Bakteria

– Sabun ini dirumus khas untuk membunuh bakteria dan kulat pada pakaian. Cuci pakaian seperti biasa menggunakan sabun ini bagiMenghilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian.

Penggunaan Teknik Tradisional

1. Rendaman Air Garam

– Campurkan garam dalam air suam dan rendam pakaian selama 30 minit. Garam mempunyai sifat anti-bakteria yang boleh membantu menghilangkan tahi lalat.

2. Cahaya Matahari

– Jemur pakaian di bawah cahaya matahari terik. Sinar UV dari matahari bukan sahaja membunuh kulat tetapi juga membantu menghilangkan bau.

Pemulihan Kain yang Terjejas Teruk

Pemutihan dan Pewarnaan Semula

1.Pemutihan

– Bagi pakaian putih yang terkena noda yang teruk, pemutihan boleh menjadi pilihan. Namun, pastikan kain tersebut tahan terhadap bahan kimia ini.

2. Pewarnaan Semula

– Jika noda tidak dapat dihilangkan sepenuhnya, pertimbangkan untuk mewarnakan semula pakaian tersebut bagi menutup noda yang ada.

Penambahbaikan Manual

1. Menjahit Tambahan

– Jahitkan kain atau corak tambahan pada pakaian untuk menutupi noda yang tidak dapat dihilangkan.

2. Aplikasi Hiasan

– Gunakan aplikasi seperti butang, manik, atau tampalan hiasan untuk menutup kawasan yang terjejas.

Langkah-Langkah Khusus Untuk Jenis Pakaian Berbeza

Kain Kapas

1. Cuka dan Baking Soda

– Bahan ini selamat digunakan pada kain kapas. Rendam dan gosok secara lembut pada noda.

2. Pemutih (Hanya Untuk Kain Putih)

– Gunakan pemutih untuk menghilangkan noda pada kain kapas putih.

Kain Sutera

1. Sabun Lembut

– Gunakan sabun lembut yang dikhususkan untuk kain sutera. Elakkan bahan kimia yang keras.

2. Penggunaan Air Dingin

– Sentiasa cuci kain sutera dengan air dingin untuk mengelakkan kerosakan.

Kain Sintetik

1. Penghilang Noda Komersial

– Kain sintetik biasanya tahan terhadap penghilang noda komersial. Ikuti arahan pada produk.

2. Air Panas

– Kebanyakan kain sintetik boleh dicuci dengan air panas untuk membunuh bakteria dan kulat.

Penyimpanan Pakaian Yang Betul

Kotak Penyimpanan Kedap Udara

Simpan pakaian dalam kotak penyimpanan kedap udara untuk mengelakkan kelembapan dan pertumbuhan kulat.

Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian

Penyimpanan Dengan Penghalau Kelembapan

Gunakan penyerap kelembapan atau sachet silica gel dalam almari atau tempat penyimpanan pakaian.

Pemeliharaan Pakaian Setelah Dibersihkan

Pencucian Berkala

Cuci pakaian secara berkala untuk mengelakkan pengumpulan kotoran dan kelembapan.

Penggunaan Pelembut Fabrik

Gunakan pelembut fabrik yang mempunyai sifat anti-bakteria untuk menjaga kesegaran pakaian.

Mengapa Penting Menjaga Kebersihan Pakaian?

Kesihatan dan Kebersihan

Menjaga kebersihan pakaian bukan sahaja penting untuk penampilan, tetapi juga untuk kesihatan kulit dan kebersihan persekitaran.

Kepuasan Diri

Pakaian yang bersih dan bebas dari noda memberikan kepuasan diri dan meningkatkan keyakinan diri.

Dengan pengetahuan dan alat yang betul, menghilangkan tahi lalat pada pakaian bukanlah satu tugas yang sukar. Pastikan untuk mencegahnya dengan menjaga pakaian dalam keadaan kering dan bersih. Gunakan kaedah yang sesuai dengan jenis kain dan ikuti langkah-langkah yang disarankan untuk hasil yang terbaik.

 

Continue Reading

Trending