Connect with us

Petua

bagaimana Budaya Orang Cina Pesan Makanan Laut Di Restoran

Avatar of kidin

Published

on

majalah ilmu 6

Bagaimana Budaya Orang Cina Pesan Makanan Laut Di Restoran

Sebagaimana baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai harga ikan siakap sebuah restoran berharga lebih RM1000 mengejutkan sebuah keluarga yang pergi bercuti.

Menjadi pengajaran untuk semua, di Facebook, seorang lelaki tampil berkongsi cara orang Cina pesan makanan laut di restoran mengikut budaya mereka.

Menerusi Facebook Tai Zee Kin, beliau berkongsi cara orang Cina yang selalunya akan melakukan kiraan bajet sebelum melakukan perbelanjaan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

1. Di sudut akuarium di tepi restoran makanan laut, akan adanya nama dan jenis makanan laut yang ada dan harga setiap 100g, 1kg atau sukatan yag sesuai.

2. Di tepi akuarium akan adanya penimbang. Pelanggan boleh meminta peniaga untuk menimbang terlebih dahulu makanan atau meminta peniaga memberikan anggaran berat.

643C7C22 D858 4E93 821D 13DB7BC5B4EF

3. Sekiranya tiada akuarium, pelanggan akan terus memesan jenis makanan mengikut berat, sekiranya bukan harga tetap. Jika tiada mengikut berat yang ditetapkan, peniaga akan memberikan anggaran berat.

4. Pelanggan akan melakukan kira-kira sebelum bersetuju atau tidak dengan berat yang ditawarkan.

Menurut Zee Kin, tabiat melakukan kira-kira memang sudah terpahat di dalam DNA mereka. Untuk acara makan besar, kiraan bajet akan dibuat, barulah pesanan dan tempahan dilakukan. Budaya ‘makan dahulu, bayar kemudian’ bagi beliau sangat bahaya kerana ketidakselesaan kadar bayaran yang terlampau adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak.

sumber : Tai Zee Kin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU