Tips mudah cara elak gangguan jin dan shya itan di rumah

Tips mudah cara elak gangguan jin dan shya itan di rumah

Ada banyak cara nak elakkan kita dari gangguan jin dan shyaitan, walau di mana kita berada. Cara paling mudah tentulah memulakan sesuatu pekerjaan dengan ucapan,

“A’uzubillahi minassyaitoonirrajiim..”

maksudnya aku berlindung dari gangguan syaitan yang direjam. Selain dari itu, ada perbuatan dan zikir tertentu yang Nabi ajarkan agar kita terselamat dari gangguan jin dan syaitan.

Di bawah ini adalah antara cara yang boleh dilakukan untuk elakkan gangguan jin dan shyaitan ketika di rumah. Perlahan-lahan kita praktikkan hinggalah ia jadi kebiasaan yang diamalkan setiap masa.

  • Jangan sidai baju dalam bilik air . Shyaitan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.
  • Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik… nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.
  • Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.
  • Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang2 yang terbuka.
  • Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit… termasuk penya kit hati, hasad dengki.
  • Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.
  • Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.
  • Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.
  • Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.
  • Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.
  • Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah.. kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.
  • Jangan makan makanan yang terbuka lama.. sebab dah jadi makanan jin/setan
  • Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat.. sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.
  • Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.
  • Jangan pamerkan patung di dalam rumah.
  • Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf.
  • Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.
  • Amalkan ayat Manzil.
  • Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.
  • Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan da rah.
  • Jangan makan/minum dengan tangan kiri.
  • Basuh pinggan makan selepas makan malam.
  • Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa2 boleh digunakan.
  • Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Masuk rumah bagi salam, A’uzubillah, Bismillah hissami’il ‘alim dan masuk menggunakan kaki kanan.
  • Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.
  • Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.
  • Peluk dan ci um anak bila hendak keluar.
  • Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak2 masa tidur dan niatkan .
  • Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.
  • Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.
  • Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.
  • Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.
  • Mandi garam pagi dan petang.
  • Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi2an.
  • Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.
  • Dilarang berhubu ngan dengan isteri/suami dalam tandas.
  • Amalan zikir asma ul husna.
  • Makan kurma 1 hari 1 biji
  • Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.
  • Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri.. tiup kat ubun dan telinga dia.
  • Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.
  • Baca bismillah 5, 3 kali sebelum makan. Bismillahillazi… terlindung dari santau.
  • Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil​ daun pada waktu malam.
  • Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.

Segalanya serah pada Allah taala.. Tawakal pada Dia… berdoa setiap pagi waktu subuh. Insyaa Allah.. pertolongan Allah selalu dekat.

Diharap perkongsian di atas dapat membantu kita menambah ilmu yang bermanfaat kepada diri sendiri dan keluarga kita. Perkongsian di atas adalah dari Fa ce bo ok dan saya siarkan semula dalam blog agar lebih ramai yang boleh baca dan kongsikan pula kepada orang lain.

Semoga kita semua dalam perlindungan Allah Azzawajalla.

Wallahalam.

 

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*