Connect with us

AGAMA

Tips elak di tipu Scammer berjubah putih di tanah suci mekah, jangan sangka semua orang kat sini malaikat.

Avatar of majalahilmu

Published

on

Tips elak di tipu Scammer berjubah putih di tanah suci mekah jangan sangka semua orang kat sini malaikat.

Tips elak di tipu Scammer berjubah putih di tanah suci mekah, jangan sangka semua orang kat sini malaikat.

Aku keluar dari hotel agak lewat sikit utntuk solat jumaat, ruang solat di sebelah dalam sudah penuh. Jadi, aku hanya solat di kawasan dataran Masjid Nabawi.

Selesai solat jumaat, jemaah berpusu-pusu keluar. Aku masih duduk di atas sejadah, berzikir dan berdoa.

Bila jemaah sudah mula bersurai, aku pun bangun. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang lelaki berjubah putih dan berjanggut senyum kepada aku. Adakah dia adalah malaikat utusan Tuhan di tempat dan hari yang mulia ini?

Lalu, dia memeluk bahu aku dan bertanya.

“Malizi?”

“Naam” jawab aku.

Kemudian dia pegang poket jubah aku tanda ingin meminta wang sambil buat cerita sedih.

Aku dah dapat agak niat ja hat dia.

Aku pun terus membentak sambil menghalau dia.

“Kau Apahal!!?” (Acah-acah je bagi dia takut)

Bila dia lihat aku mengamuk, dia pun beredar dan cari mangsa lain.

Aku perhati dari jauh, dia pergi kepada orang melayu lain. Samada warga Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura ataupun Brunei.

Aku rasa dia tau orang Melayu ni terlalu baik hati. Kalau pergi dekat orang arab, memang kena maki la.

Dia mendekati seorang jemaah Indonesia ni, dia guna modus operandi yang sama sepertimana yang dia buat kat aku tadi.

Mula-mula mamat tu keluarkan duit seriyal seriyal. Lepas tu, scammer ni pau lagi. Dia bagi 5 riyal lagi. Lepas tu, scammer ni terus ambil semua duit kat tangan mamat tu tanpa rasa bersalah dan terus blah.

Mamat tu macam blur dan macam terpukau bagi je semua duit dia dalam poket. Mungkin dia rasa orang yang dia bantu tu orang soleh atau sheikh.

Bayangkan, kalau dia jumpa 10 orang mangsa setiap hari dan ada yang terpedaya. Jemaah yang datang ni bukan semua orang senang. Menabung bertahun-tahun untuk boleh tunaikan fardhu haji.

Orang seperti ini, memang ada merata-rata. Contoh lain, ada yang jual produk ubat tepi jalan katanya khasiat produk tersebut boleh sembuhkan bermacam penya kit. Kita pun tak tau apa kandungan dan ada kelulusan tak produk tu.

Pesanan saya kepada para jemaah haji semua, memang niat kita dan semua jemaah datang tanah suci ni untuk ibadah. Tapi, jangan sangka semua orang kat sini malaikat. Selagi namanya manusia pasti ada yang berniat tidak baik dan mengambil kesempatan di atas kebaikan kita.

Kalau ada ahli keluarga anda yang sedang mengerjakan haji, tolong pesan-pesan ye.

Kesimpulannya, Para jemaah haji Malaysia yang kini berada di Tanah Suci, Mekah, diingatkan supaya berhati-hati jika didatangi individu yang tidak dikenali dan meminta wang daripada anda.

Ikuti tip-tip berikut bagi mengelakkan anda terperangkap dan terpedaya dengan helah suspek:

1. Segera beredar dan tolak permintaan individu berkenaan dengan baik.

2. Jangan bawa wang yang banyak ketika melakukan ibadah. Memadai untuk kegunaan jika berlaku kecemasan.

3. Sentiasa amalkan kesederhanaan ketika melakukan ibadah. Jangan tunjuk dan bawa barangan berharga di khalayak ramai. Simpan di tempat yang selamat dan berkunci.

4. Para jemaah juga dinasihatkan untuk bergerak di dalam kumpulan dan bukannya berseorangan. Ia bagi mengelakkan anda tersesat dan seterusnya menjadi sasaran suspek.

Diharapkan agar peringatan ini dapat dikongsikan dengan ahli keluarga, saudara mara atau rakan taulan yang sedang melakukan ibadah haji.

Semoga urusan mereka dipermudah dan dianugerahkan haji yang mabrur.

Sumber : Facebook Zabidi Haji Azhar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU