AGAMA
Tiga Orang Ulama Besar Dari Nusantara Yang Dicatatkan Pernah Diangkat Menjadi Imam Besar Masjidil Haram
Tiga Orang Ulama Besar Dari Nusantara Yang Dicatatkan Pernah Diangkat Menjadi Imam Besar Masjidil Haram
Siapa sangka rupanya ada 3 orang melayu yang pernah jadi Imam Besar Masjidil Har4m. Semasa Daulah Uthmaniyah (1299-1923) menguasai Tanah Har4m Mekah, jawatan Imam Besar Masjidil Haram terbuka kepada umat Islam dari seluruh dunia yang benar-benar berkelayakan. Dalam tempoh tersebut, hanya ada tiga orang ulama besar dari Nusantara yang dicatatkan pernah diangkat menjadi Imam Besar Masjidil Haram. Mereka ialah :-
1) Syeikh Junaid Al Batawi
Lahir di perkampungan yang melahirkan ramai ilmuan Betawi iaitu Pekojan, Jakarta Barat. Beliau sangat masyhur di Tanah Arab kerana keilmuannya sehingga diberi gelaran Syaikhul Masyaikh Dikatakan panggilan ‘Siti Rahmah’ oleh orang-orang Arab kepada wanita-wanita Indonesia di Arab Saudi pada hari ini berasal dari nama isteri Syeikh Junaid Al Batawi. Beliau meningg4l dunia di Mekah sekitar tahun 1840 an
2) Syeikh Nawawi Al Bantani
Lahir di Kampung Tanara, S3rang, Banten pada tahun 1815. Mendapat gelaran Sayyidul Ulama Al Hijjaz (penghulu Ulama Nusantara di Hijjaz). Karyanya yang ditemui adalah sekitar 38 buah dalam pelbagai bidang seperti tafsir, hadith, tauhid, fiqh, tasawwuf dan lain-lain. Beliau meningg4l dunia di Mekah pada tahun 1897 dan dikebumikan berhampiran dengan makam isteri Rasulullah SAW, Sayyidatina Khadijah R.ha.
3) Syeikh Ahmad Khatib Al Minankabawi.
Lahir di Koto Tuo, Agam, Sumatera Barat pada tahun 1860. Beliau berguru dengan beberapa orang ulama besar Mekah antaranya mufti Mekah, Syeikh Ahmad Zaini Dahlan. Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang agama, malah beliau juga mahir dalam ilmu matematik. Antara karya matematik tulisannya ialah Raudatul Hisab & Alam al-Husab fi Ilm al-Hisab. Beliau meningg4l dunia pada tahun 1916 di Mekah.
Sumber: thepatriot
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah