Connect with us

INFO

Teknik Bayar Rumah Dengan Cepat Style Cina Lagi Untung? Perbandingan Dari Sudut Pembayaran Prinsipal & Pelaburan ASB

Published

on

teknik bayar rumah dengan cepat

Teknik Bayar Rumah Dengan Cepat Style Cina Lagi Untung? Perbandingan Dari Sudut Pembayaran Prinsipal & Pelaburan ASB

Pada artikel yang lalu, kita ada mengulas tentang isu cara langsai hutang rumah melalui bayaran lebih kepada pihak bank. Cara ini untuk mengurangkan cas bunga yang tinggi dan lebih cepat tempoh masa hutang  tersebut dibayar. Bagi perkongsian kali ini, kami berikan teknik bayar rumah dengan cepat dari fahaman masyarakat cina dengan memasukkan elemen sudut pandang dari segi pembayaran prinsipal dan pelaburan ASB.

Apakah itu pembayaran prinsipal?

teknik bayar rumah dengan cepat

Pembayaran prinsipal adalah kaedah bayaran tambahan yang dilakukan oleh pelanggan untuk menikmati penjimatan faedah atau keuntungan yang perlu dibayar untuk pinjaman khususnya perumahan.

3% cas setahun yang dikenakan dalam pinjaman loan diibaratkan dengan kita mendapat 3%. Contohnya, sama seperti kita letak dalam Fixed Deposit (FD) dapat 2%, atau ASB dapat 5%, atau juga unit trust.

Bagi orang yang tidak boleh buka ASB, pilihan mereka tidak banyak. Tempat yang paling selamat dan liquid hanyalah bank. FD pada bank memang akan lebih rendah kadar bunganya untuk rumah.

Bank suka kita letakkan duit melalui FD. Melalui FD, bank hanya perlu bagi kita 2% setahun, contohnya. Tetapi sedar atau tidak bila kita pinjam dengan bank, mereka akan cas kita sebanyak 3%. Jadi sekiranya kita ada hutang rumah yang dikenakan cas sebanyak 3% setahun, dan kita ada duit dalam FD dengan dapat keuntungan 2%, adakah ia berbaloi?

Contohnya, jumlah loan yang dibuat adalah sebanyak RM519,683, interest rate 3% manakala tempoh loan pula adalah 420 bulan. Jadi selepas membuat pembayaran prinsipal, bunga daripada pinjaman loan ini akan dikira mengikut reducing balance.

Apabila capital (loan balance) rendah, bunga yang dikira setiap hari juga akan rendah. Jika jumlah bayaran lebih yang dibuat adalah sebanyak RM500, tempoh masa pembayaran akan semakin pendek iaitu 126 bulan. Dalam masa yang sama, kita selamat dari bayar bunga sebanyak RM 105,774.77

teknik bayar rumah dengan cepat

 

Banyak bank menawarkan kaedah ini dan ia juga mendapat sambutan yang hangat oleh masyarakat. Tidak dinafikan ada kebaikannya yang tersendiri. Tetapi bagi masyarakat yang mendapat keistimewaan Bumiputera, adakah ia cukup menguntungkan?

Bagaimana teknik bayar rumah dengan cepat melalui pelaburan ASB?

Pelaburan dalam ASB boleh menjanjikan keuntungan yang lebih berbanding dalam pembayaran rumah keadah prinsipal bank. Kaedah ini boleh menyelamatkan kita dari bunga berlebihan dan meningkatkan jumlah duit dari pelaburan secara tidak langsung.

teknik bayar rumah dengan cepat

Skenario Mr A (pembayaran prinsipal) dan Mr B (pelaburan ASB)

Cuba anda perhatikan skenario ini, ada dua orang yang perlu bayar rumah iaitu Mr A dan Mr B.

Mr A menggunakan kaedah teknik bayar rumah dengan cepat melalui pembayaran prinsipal, manakala Mr B pilih untuk melabur dalam ASB. Mr A akan bayar RM500 lebih kepada pihak bank, sedangkan Mr B melabur  RM500 dalam akaun ASB setiap bulan.

Masing-masing mempunyai nilai yang sama dari segi:

  • Bayaran rumah sebulan: RM2000
  • Bulan kiraan ke: 294 bulan
  • Bayar lebih: RM500
  • Jumlah capital outlay: RM735,000

Kelebihan untuk Mr A (bayar RM500 lebih kepada bank)

Mr A yang membayar lebih RM500 kepada bank boleh menyelesaikan pembayaran loan perumahan kurang dari tempoh masa yang ditetapkan. Rumah tersebut akan menjadi hak miliknya, tiada hutang lain yang perlu dibayar tetapi dia tiada pengangan duit di tangan lagi.

Kelebihan untuk Mr B (melabur RM500 dalam ASB)

Mr B perlu selesaikan bayaran loan dalam tempoh 420 bulan atau 35 tahun. Pada bulan yang ke-294 atau 25 tahun, Mr B ada hutang kepada bank sebanyak RM215,939.90. Maknanya 10 tahun berbaki sebelum tempoh bayaran loan itu tamat.

teknik bayar rumah dengan cepat

Memang wajar baki hutang loan rumah masih ada. Tetapi ingat Mr B pilih untuk melabur RM500 setiap bulan dalam ASB dalam sistem ASB Auto Labur. Dengan pengiraan seperti di bawah:

teknik bayar rumah dengan cepat

Mr B letakkan RM500 sebulan dalam akaun ASB untuk 294 bulan pada pulangan setiap bulan sebanyak 5%. Pada nilai maturity kita boleh nampak, ada RM288,659.37. Ini bermakna, duit dekat tangan Mr B ada RM288K sedangkan hutang loan hanya tinggal RM216K. Baki RM68K milik Mr B selepas selesai bayar pinjaman loan. Menarik tak?

Antara interst rate ASB dan loan, mana satu lebih menguntungkan?

Untuk rekod sebelum ini sama ada ASB return naik atau turun, biasanya pinjaman perumahan akan lebih rendah dari ASB return. Contonya pada tahun 2021, ASB return menjangkau nilai 5% untuk semua unit. Tetapi interest rate perumahan biasanya dalam 3% sahaja atau rendah.

Berbanding dengan FD, ia akan lebih rendah dari pinjaman perumahan. Sebab bank akan berikan 2% jumlah FD kepada kita, dan selebihnya dia ambil. Oleh kerana itulah, untuk mereka yang mempunyai kelebihan buka akaun ASB, keadah pembayaran prinsipal tidak terlalu releven dan menguntungkan.

Sumber: Youtube Financial Faiz

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

​“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260602 174236 0000

“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba terus mengundang tragedi berdarah apabila empat nyawa sekeluarga yang tidak bersalah melayang dalam sekelip mata.

​Insiden menyayat hati yang berlaku di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor itu turut mendapat perhatian pelakon popular, Kamal Adli.

​Kamal, 40, meluahkan rasa kesal dan berang dengan tindakan melulu pemandu terbabit yang langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kamal Adli Luah Rasa Bengang

​Menerusi hantaran di platform Threads, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini menyifatkan perbuatan berlumba di jalan raya yang sibuk terutamanya ketika musim orang ramai pulang ke kampung sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.

“Memang bodoh boleh berlumba tengah jalan-jalan sibuk orang balik dari kampung! Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila!

“Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman,” tulisnya penuh emosi.

 

​Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersetuju dengan kenyataan Kamal dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan.

Kronologi Kemalangan Ngeri

​Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari Isnin, kemalangan ngeri itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah Mercedes-Benz A250, sebuah BMW 530e, Toyota Vios, Perodua Alza dan Proton Wira.

​Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan dua kenderaan mewah yang dipandu secara laju dan melulu.

​Akibatnya, kereta BMW berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga tersebut.

Pelumba Rupanya Adik-Beradik

​Lebih mengejutkan, pemandu Mercedes-Benz yang terselamat dan pemandu BMW yang maut rupa-rupanya merupakan pasangan adik-beradik.

​Pemandu BMW berusia 22 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada. Manakala adiknya yang berusia 19 tahun, pemandu Mercedes-Benz, kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

​Tragedi ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menggesa pihak polis menyegerakan siasatan agar tindakan pendakwaan yang setimpal dapat diambil terhadap pelaku.

Majalah ilmu 

Sumber: ohmymedia

Continue Reading

INFO

​’Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

Published

on

1 20260602 114046 0000

‘Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

SIAPA sangka, perjalanan petang yang disangka tenang bertukar menjadi sebuah tragedi berdarah yang paling menyayat hati. Kegembiraan sebuah keluarga hancur berkecai dalam sekelip mata apabila empat ahli keluarga terkorban serentak dalam satu kemalangan ngeri melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam.

​Lebih memilukan, insiden hitam ini dipercayai berpunca daripada sikap mementingkan diri dan ego pemandu dua buah kenderaan mewah yang memandu secara laju dan melulu di jalan awam.

Detik Cemas Rempuhan Berantai, BMW Meluncur Masuk Laluan Bertentangan

​Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta Mercedes-Benz A250 dan sebuah BMW 530e. Kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai dipandu secara berbahaya dari arah Kluang menuju ke Simpang Renggam.

​”Pemandu BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju sebelum ia meluncur masuk ke laluan bertentangan.

​”Kereta terbabit kemudiannya merempuh empat buah kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan berkenaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz,” katanya.

​Akibat impak rempuhan yang tersangat kuat, kereta BMW tersebut dilaporkan tercampak lalu terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan.

Empat Beranak Dalam Toyota Vios Maut Di Tempat Kejadian

​Sesiapa sahaja yang melihat foto kejadian pasti akan menitiskan air mata. Rempuhan itu telah mengorbankan pemandu Toyota Vios, seorang lelaki berusia 36 tahun, isterinya (33 tahun), seorang warga emas (73 tahun) dan seorang kanak-kanak perempuan sekecil 10 tahun. Dipercayai, kesemua mereka adalah ahli keluarga terdekat.

​Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Sementara itu, pemandu BMW berusia 22 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

​Tragedi ini turut menyebabkan dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan tujuh tahun yang menaiki Perodua Alza mengalami kecederaan parah di kepala dan kini sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Beberapa pemandu lain turut mengalami kecederaan di kaki, muka, dan dada.

Remaja 19 Tahun Ditahan Polis, Netizen Mula Berang

​Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pemandu Mercedes-Benz A250 yang baru berusia 19 tahun bagi membantu siasatan. Kenderaannya turut dirampas, bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

​Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

​Berita ini ternyata mengundang kemarahan netizen di media sosial. Rata-rata mengecam tindakan pemandu-pemandu tersebut yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba peribadi sehingga mengorbankan nyawa orang lain yang tidak bersalah.

“Moga Ada Syurga Buat Kalian…” – Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjengah ke ruangan komen di platform media sosial, suasana pilu menyelubungi netizen apabila memikirkan nasib waris yang ditinggalkan. Bayangkan, dalam satu tengah hari, terus hilang empat ahli keluarga sekaligus.

“Ya Allah, luluh hati saya membaca berita ni. Hilang satu keluarga sekaligus. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis seorang netizen.

“Tolonglah haramkan pemandu-pemandu melulu macam ni daripada guna jalan raya. Kerana ego nak tunjuk hebat, anak orang lain jadi yatim piatu, keluarga orang lain hancur!” komen seorang lagi dengan nada kesal.

​Pihak polis turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah, keluarga kita da



n keluarga orang lain sedang menunggu di rumah.

​Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat para mangsa yang terkorban dan doakan kesembuhan buat anak-anak kecil yang masih kritikal di hospital.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

INFO

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Published

on

1 20260602 102442 0000

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Anak Pendaki Wanita Hilang

SEJAK dilaporkan hilang pada 24 Mei lalu di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, misi pencarian pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, masih menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia.

​Terbaharu, tular di media sosial satu luahan hati yang amat menyayat hati daripada anak mangsa yang setia menanti kepulangan ibunya di rumah.

​Warkah ringkas namun penuh emosi itu dikongsikan semula oleh pengguna akaun TikTok @darwisyahfaizal, sekali gus mengundang simpati dan air mata dalam kalangan netizen.

Anak Pendaki Wanita Hilang

Anak Pendaki Wanita Hilang

“Ibu Insan Paling Kuat Saya Kenal”

​Menerusi hantaran tersebut, si anak menyatakan keredaan dan ketabahannya dalam mendepani ujian yang amat berat ini, biarpun mengakui ada ketikanya dia berasa sangat tidak berdaya.

“Hai Ibu, saya tahu ibu kuat. Malah, ibu adalah antara insan paling kuat yang saya kenal. Saya tak dapat membayangkan apa yang sedang ibu lalui sekarang, tapi saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan ibu kekuatan, ketenangan dan perlindungan untuk terus bertahan,” tulisnya.

 

​Lebih meruntun jiwa, anak mangsa turut menitipkan kata-kata semangat agar ibunya tidak berputus asa di dalam hutan belantara berkenaan.

​Dia juga memegang erat pesanan ibunya yang sering mengingatkan tentang kebaikan pencipta dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Kami semua sedang menanti kepulangan ibu. Ada masanya saya berasa sangat tak berdaya, tapi saya cuba ingat kata-kata ibu: ‘Allah Maha Baik’. Ibu tak keseorangan. Allah sentiasa bersama ibu, dan kami juga sentiasa bersama ibu dari sini. Kami sayang ibu sangat-sangat,” luahnya lagi.

FB IMG 1780369564050

Anak Pendaki Wanita Hilang

Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak dapat menahan sebak malah turut menumpahkan air mata membaca titipan rindu seorang anak kepada ibunya itu.

​Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa agar terus cekal sementara menanti perkhabaran gembira daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Allahuakbar, luruh jantung baca luahan anak dia. Semoga ada keajaiban buat Puan Jaslinda. Ya Allah, pulangkanlah ibu ini ke pangkuan anak-anaknya dalam keadaan selamat,” komen seorang netizen.

“Tak dapat bayangkan perasaan anak dia sekarang. Semoga pasukan SAR dipermudahkan urusan dan diberikan petunjuk segera,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.

​Untuk rekod, operasi SAR bagi mengesan Jaslinda Saludin yang hilang di kawasan pergunungan tersebut masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pelbagai agensi dan malim gunung.

Anak Pendaki Wanita Hilang

​Sama-sama kita doakan agar Puan Jaslinda segera ditemui dengan selamat.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

Trending