Connect with us

INFO

“Nak Harap Bank Tambah Baik Sistem Sekuriti Belum Tentu Duit Sempat Selamat,” 7 Tips Elak Kena Scam Bank Berkali-Kali Dalam Akaun

Published

on

tips elak kena scam bank

“Nak Harap Bank Tambah Baik Sistem Sekuriti Belum Tentu Duit Sempat Selamat,” 7 Tips Elak Kena Scam Bank Berkali-Kali Dalam Akaun

Jenayah penipuan hari ini boleh terjadi dalam pelbagai cara tidak terkecuali dari jarak jauh seperti scammer akaun bank atau sebagainya. Masyarakat simpan duit dalam bank dengan harapan ia selamat, terjaga, dan boleh digunakan ketika waktu kecemasan nanti. Bayangkan duit yang disimpan bertahun-tahun akhirnya lesap begitu sahaja tanpa kita tahu. Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda tips elak kena scam bank dalam akaun.

Kecoh RM13 ribu lesap kerana akaun bank digodam

tips elak kena scam bank

Baru-baru ini berita hangat mengenai Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah apabila terlibat dengan kerugian bernilai RM13,000 selepas akaun bank miliknya digodam.

Menerusi Facebooknya, dia mendedahkan bahawa mengalami kerugian tersebut selepas tiga transaksi tidak sah dibuat menggunakan akaun simpanannya. Tiga transaksi itu berlaku sekitar pukul 2 pagi hingga 2.30 pagi tanpa telifon pintar yang menghubungkan dengan akaun tersebut menerima apa-apa nombor TAC untuk pengesahan.

“Ia tidak masuk akal. Nampaknya duit tidak selamat dengan CIMB bank. Saya sudah laporkan ke CIMB, polis dan sebagainya. Setakat ini maklum balas (diterima) adalah kalau scammer sudah keluarkan duit, duit itu tidak akan dapat dipulangkan.

“Tidak apa, Saya reda. Yang pasti saya langsung hilang kepercayaan kepada CIMB. Saya akan tutup akaun dalam masa terdekat ini,” luahnya.

Pengguna Facebook ajar 3 tips elak kena scam bank dari akaun

Prihatin dengan isu penipuan scammer yang tidak berkesudahan, Fariz Hazwan telah berkongsi 3 tips elak kena scam bank dari akaun dengan mudah.

“Ramai mempertikaikan bagaimana transaksi duit secara atas talian boleh berlaku ke akaun scammer tanpa pengesahan TAC. Menjawab persoalan itu, ia berkemungkinan besar disebabkan akaun kita sudah pun dipautkan ke telefon scammer tersebut,” jelasnya.

Setiap orang pastinya meletakkan harapan yang tinggi kepada bank yang mereka berurusan. Perkara utama yang dititikberatkan adalah sistem keselamatan dan pencerobohan maklumat peribadi. Namun, kita hanya sebatas pengguna bukan pemilik yang boleh mengubah sistem perbankan agar lebih baik untuk masa akan datang.

Oleh kerana itu, sebagai pengguna selain berharap agar bank menaik taraf sistem mereka, kita juga boleh ikhtiar untuk meningkatkan keselamatan akaun diri sendiri.

Antara tips elak scammer bank khusus untuk CIMB adalah seperti:

1. Login apps CIMB anda dengan memasukkan butiran akaun. Kemudian slide ke tepi dan pergi ke bahagian Setting.

tips elak kena scam bank

2. Tekan pilihan Setting

tips elak kena scam bank

3. Periksa, sekiranya ada peranti lain yang bersambung dengan akaun anda selain telefon anda sendiri. Sekiranya ada peranti yang pelik atau mencurigakan, boleh padamkannya.

tips elak kena scam bank

Selain itu, dari pandangan dan perkongsian Fazilah Ismail pula dia menyenarikan 4 tips elak kena scam bank iaitu:

1. Periksa dan buang segala aplikasi mudah alih, platform pembelian, atau aplikasi beli-belah yang menggunakan autobiling terus ke kad bank kita. Contohnya seperti Shopee Spylater, atau apa-apa autobiling yang memerlukan nombor CVC di belakang kad bank atau nombor pada hadapan kad bank.

2. Tetapkan semua had transaksi duit menjadi RM0. Nampak leceh kerana setiap kali kita hendak buat transaksi perlu tukar tetapkan semula had transaksi tetapi cara ini akan menyebabkan akaun lebih selamat dan terjaga dari ancaman scammer di luar sana.

3. Jangan pandai-pandai tekan apa-apa pautan yang diterima baik dari mesej, WhatsApp, email, atau sebagainya. Biarpun email itu dari sumber yang kita percayai seperti Astro, Netflix, Unifi, Coway, Cuckoo, Celcom, atau sebagainya. Jangan malas untuk semak semula kesahihan pautan tersebut.

4. Buat pecahan duit simpanan dalam bank. Elakkan dari letak semua duit simpanan dalam satu akaun. Buat “backup plan” awal. Kalau hangus duit kita dalam akaun 1 setidaknya ada lagi 2 hingga 3 akaun lain yang ada duit.

Diharapkan dengan perkongsian dan tips ini dapat berikan informasi dan pengetahun yang berguna untuk anda semua. Pepatah ada mengatakan, “Sediakan payung sebelum hujan” lebih-lebih lagi dalam dunia yang penuh dengan kelicikan teknologi seperti ini. Makin canggih sesuatu zaman, maka kita sendiri perlu bersiap-sedia dengan keselamatan kendiri untuk mengelakkan dari jenayah penipun seperti ini berlaku lagi.

Sumber: Facebook Fariz Hazwan

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

​”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 230827 0000

​”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

​Orang kata, bagaimana kehidupan kita sehari-hari, begitulah kemungkinan besar pengakhiran kita nanti. Pengakhiran arwah Haji Mazri Bin Hussin bukan sahaja menyentuh hati, malah menjadi iktibar dan jentikan jiwa buat kita yang masih bernyawa.

Perbualan Di Tepi Liang Lahad

​Semasa proses penggalian liang lahad dijalankan, seorang jemaah masjid tiba-tiba datang menghampiri dan memegang bahu anak lelaki arwah.

“Tercapai dah hajat abah mu,” bisik jemaah tersebut.

​Anaknya yang terkejut lantas bertanya, “Hajat apa?”

​Rupa-rupanya, sekitar 2 hingga 3 hari sebelum pemergiannya, arwah sempat berbual mesra dengan jemaah berkenaan. Arwah ada meluahkan satu dorongan rasa di hatinya:

“Rasanya semua dah dapat kat dunia ni. Satu je lagi tak dapat… Meninggal hari Jumaat.”

​Siapa sangka, kata-kata itu menjadi kenyataan. Allah SWT memakbulkan hajat terakhirnya tepat pada hari Jumaat, jam 7.20 pagi — sejurus selepas beliau selesai menunaikan solat Subuh berjemaah dan mengikuti kuliah Subuh di masjid.

Istiqomah Memakmurkan Rumah Allah

​Keindahan pengakhiran ini bukanlah satu kebetulan. Menurut perkongsian anaknya, arwah merupakan seorang yang sangat menjaga solat.

​Seluruh ahli keluarga menjadi saksi bahawa sepanjang hayatnya, arwah tidak pernah menunaikan solat fardhu di rumah. Beliau sentiasa berulang-alik ke masjid untuk solat berjemaah, walaupun ketika dalam permusafiran. Di rumah, beliau hanya menunaikan solat-solat sunat sahaja. Malah, amalan solat sunat Isyraq selepas Subuh sentiasa dipelihara dengan istiqomah.

Rindu Yang Tiada Penghujung

“Sebulan dah abah. Tak pernah selama ini kami tak tengok kelibat abah… Ya Allah, jagakanlah abahku di sana sebagaimana Engkau menjaga kami di dunia.”

​Sungguh, pemergian seorang ayah yang soleh meninggalkan kerinduan yang mendalam, namun meninggalkan kenangan paling manis buat bekalan ahli keluarga di dunia.

​Mari kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah buat Almarhum Haji Mazri Bin Hussin. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkan rohnya di dalam Syurga Firdaus bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin

Kredit asal: fatinmzri

Continue Reading

INFO

Pemergian kapten zainol afiq, Ratusan hadir iringi ke liang lahad

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 221418 0000

PENUMPANGAN TERAKHIR KAPTEN ZAINOL AFIQ BEE SHAM: SELAMAT BEREHAT DI NEGERI ABADI

​Suasana pilu dan hiba menyelubungi pekarangan Masjid Bandar Baru Senawang petang tadi apabila jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, selamat disolatkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang (Forest Heights).

​Kehadiran sanak saudara, sahabat handai, serta ahli masyarakat setempat yang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham dari masjid hingga ke liang lahad mencerminkan keperibadian Allahyarham yang amat disenangi ramai sepanjang hayatnya.

​Pemergian pada usia yang masih muda ini pastinya meninggalkan kenangan yang amat mendalam buat seluruh ahli keluarga dan rakan perjuangan. Semoga urusan pengebumian yang berjalan lancar ini menjadi tanda kasih sayang insan-insan di sekeliling Allahyarham.

​Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian yang berat ini.

​Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya, dicemburui kebaikannya, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

​Al-Fatihah. 🤲🏻

Kredit & Sumber Informasi: Bernama Radio, Harian Metro, chefhafizzam_offshore, afeq_dds

Continue Reading

INFO

Ketibaan Jenazah Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah di Masjid Al-Karomah, Pengkalan Chepa

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260913 155146 0000

Ketibaan Jenazah Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah di Masjid Al-Karomah, Pengkalan Chepa

(more…)

Continue Reading

Trending