Connect with us

AGAMA

Sulit melembutkan hati anak-anak de gil? Cuba amal ayat dan zikir ini, Insha-Allah

Avatar of majalahilmu

Published

on

Sulit melembutkan hati anak anak de gil Cuba amal ayat dan zikir ini Insha Allah

Sulit melembutkan hati anak-anak de gil dan masalah2 keluarga? Cuba amal ayat dan zikir ini, Insha-Allah

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Dalam mengharungi kehidupan sesama insan di dunia ini terutama sekali pasa ngan yang sudah berkahwin, tidak dapat dinafikan pelbagai ujian kehidupan melanda, tanda kasih sayang Allah SWT menguji dan mengingatkan kita bahawa Allah SWT sahaja penawar duka dan bahagia dalam kehidupan ini.

Adakalanya permasalahan ini berlanjutan sehingga bertahun dan ada pihak yang akan mula tawar hati dan sudah tidak mampu di pujuk lagi.

Namun bagi mereka yang betul-betul ingin berusaha menjernihkan keadaan yang sedang keruh dan berniat untuk memperbetulkan keadaan tidak salah untuk mengamalkan ayat ini.

Sahabat yang di rahmati Allah …

Bacalah ayat ini yang pernah dibaca oleh Rasulullah S.A.W. kepada Saidina Umar Al-Khattab untuk memeluk agama Islam.

Baca sebanyak 19 kali dan sebut nama orang tersebut, Insha-Allah dengan izinnya, lembut hati orang itu.

Ini ayatnya …

Surah As-Syura, Ayat 19

32 35

Allahu lateefun bi ibadihi, yarzuqu may yashaa wahuwaal qawiyyul azeez …
(Sebaiknya membaca yang jawi)

Terjemahan:

Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Baca bersama zikir ‘Ya Latif ‘ …

Cara dan manfaatnya …

#1 : Cara pertama

Dibaca 19 kali dan niatkan agar Allah lembutkan hati mereka yang degil dalam menunaikan suruhan Allah, jadi hamba yang soleh dan berbaik-baik sesama muslim.

#2 : Cara kedua

Dibacakan zikir al lathiif 19 kali pada air dan beri minum pada anak agar lembut hati mendengar kata dan mudah/terang hati menunaikan ibadah.

Manfaat lainnya …

Oleh kerana si polan dan sipolan itu jauh, amalkan zikir dan ayat tersebut sambil dengan yakin berdoa agar Allah makbulkan doa kita itu.

Diharap perkongsian tentang doa dan zikir melembutkan hati seseorang dari jauh di atas dapat memberikan kita kehidupan yang lebih tenang dan bahagia.

Sekadar perkongsian buat pengajaran diri sy sendiri dan para pembaca.

Wallahualam …

Sumber : mukminsolution.com via myinfomaya

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU