Connect with us

AGAMA

Sujud Yang Dilarang Tetapi Ramai Yang Tak Sedar

Published

on

bhgf

Sujud Yang Dilarang Tetapi Ramai Yang Tak Sedar

Salah satu rukun solat yang ramai lakukan kesilapan ialah ketika sujud. Perkara yang wajib, haram, sunat, harus dan makruh perlu jelas kerana ia penentu dosa dan pahala kita. Dalam soal mendirikan solat, kita diajar untuk patuh kepada rukun solat bagi memastikan solat kita itu sah dan seterusnya diterima Allah.

Bukan sahaja bacaan kena betul, pergerakan tubuh menjadi kayu pengukur kepada solat yang sah. Salah satu pergerakan yang kita perlu jaga ialah ketika sujud.

Sejauh mana kita yakin bahawasanya pergerakan kita itu tepat? Mungkin kedudukan dahi sudah betul, tetapi tangan pula tidak menepati cara. Pernah dengar istilah sujud anjing?

Bagaimana yang dikatakan sujud seperti anjing dalam solat?

Apakah hukumnya?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

larangan sujud seperti anjing2

SOALAN
Bagaimanakah yang dikatakan sebagai sembahyang sujud anjing itu?

JAWAPAN
Sujud seperti anjing dimaksudkan ialah seorang yang ketika ia sujud dirapatkan lengan dan sikunya ke atas lantai.

1.Telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. Nabi saw telah bersabda:
Hendaklah kamu sekelian sujud dengan betul dan jangan kamu hamparkan dua lengannya seperti kedudukan tangan anjing.”

(Hadith Syeikhain)
Maksudnya dimakruhkan meletak kedua siku ketika sujud di atas lantai tetapi hendaklah diangkat kedua siku.

1.Dari Barra’ bin ‘Azib r.a. Nabi saw bersabda:
Apabila kamu sujud maka letakkan dua tapak tanganmu dan angkatlah dua sikumu.”

(Hadith Imam Muslim)
Kesimpulannya dimakruhkan merapatkan kedua siku pada lantai ketika sedang sujud tetapi tidaklah ia membatalkan sembahyang bahkan sunat diangkat kedua sikunya.

Wallahua’lam

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.