Keluarga
Kepada Suami Isteri, Nakal Dengan Pasangan Perlu Untuk Menjadikan Hubungan Lebih Mesra Dan Rawak
Kepada Suami Isteri, Nakal Dengan Pasangan Perlu Untuk Menjadikan Hubungan Lebih Mesra Dan Rawak
Untuk mengekalkan keluarga yang baik perlu adanya mindset yang baik. sebagai suami isteri perlu lah saling sayang menyayangi untuk lebih mengeratkan lagi hubungan rumah tangga. Ada beza antara nakal dan romantik. Jika romantik ni, pasangan akan belai, bagi ayat-ayat manis bagi bunga ke apa ke. Tapi nakal ni lain sikit.
Sebagai contoh, bila isteri tengah masak, datang dari belakang dan peluk. Mungkin tambah sikit ciuman di tengkuk atau bisik rapat di telinga “masak apa tu?” Tapi jangan pula buat terkejut, karang tengah pegang pisau, melompat pulak pisau tu.
Sebelum pergi kerja pun kalau nak peluk dan cuit-cuit sikit pun tak salah. Saya jamin bila pintu rumah tu ditutup, suami dan isteri akan tersenyum. Kesan dia akan berpanjangan sehingga ke petang kerana keseronokan dan senyuman pada awal pagi bakal meletakkan mood di tempat yang tertinggi.
Sekali-sekala, bila pasangan tengah mandi, masuk sekali join. Bukan haram pun. Tolong cuci belakang ke, syampukan rambut ke, sabunkan badan ke. Jangan pula serbu masa dia tengah buang air besar. Potonggg.. Hahaha..
Bila bertembung di rumah tu, jangan segan nak bergesel lengan atau cubit pasangan. Nak cuit pun boleh biar dia melompat sikit. Tak salah langsung.
Masa tengah tengok tv ke, pegang la tangan pasangan, peha dia pun boleh atau nak lagi bagus, baring kat ketiak atau dada dia.
Amalkan sentiasa cari peluang untuk pegang tangan pasangan. Tak kira la masa baring ke, masa berselisih ke, masa jalan-jalan ke. Bila pegang tangan tu gesel-gesel sikit. Jangan pegang keras macam batu je.
Nak nakal lagi, belikan pasangan baju tidur yang seksi. Biar dia pilih sendiri pun takpe. Yang lelaki pun boleh. Ade je untuk lelaki jugak.
Bila keadaan tenang, tiada gangguan anak-anak, jadilah lebih nakal lagi. Jangan malu. Semuanya halal. Kacau je.
Masa bawa kereta pun boleh je letak tangan atas peha pasangan. Jangan sampai tak keruan sudahlah. Bahaya nanti.
Bukan hanya di rumah atau semasa ada di depan mata sahaja tau. Dalam Whatsapp pun boleh menakal. Sekali sekala kacau apa salahnya. Tersenyum tergelak sendiri pasangan kat tempat kerja bila kena kacau.
Benda-benda nakal sebegini yang membuatkan perhubungan sentiasa kekal hangat dan tidak membosankan.
Jangan terlalu memaksa, ada orang jenisnya nak serius je. Mungkin dia tak biasa. Cuit-cuit je dulu. Esok lusa, cubit pula. Minggu depan cuba gigit. Yang penting biasakan diri dengan benda sebegini.
Tak semua orang buat tau. Mungkin anda yang biasa nakal dengan pasangan ni rasa ini benda semua orang tahu dan tak perlu ajar. Tapi percayalah. Ada pasangan, nama je berkahwin, tapi tak reti nak menakal dengan pasangan.
Ambillah ini sebagai idea untuk menambah kemanisan dalam kehidupan suami isteri. Biar nakal dengan pasangan, jangan nakal dengan orang lain.
Ada yang masa belum kahwin nakal sungguh, bila dah kahwin macam tak tahu nak menakal. Jangan begitu, jadilah lebih nakal. Haha..
Kongsikan supaya lebih ramai yang dapat manfaat.
Majalah ilmu: Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepa anda semua terutama kepada yang sudah berkahwin.
Jemput juga untuk follow telegram mereka BroOhsem Fans http://t.me/broohsemfans
Mereka selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Sumber: Akhtar Syamir
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.