Connect with us

Kisah

Siapa Sangka Pelajar Kelas Belakang Yang Sering Mendapat Keputusan Yang Mengecewakan Kini Ikuti Program Master di UKM

Published

on

fehserh

Siapa Sangka Pelajar Kelas Belakang Yang Sering Mendapat Keputusan Yang Mengecewakan Kini Ikuti Program Master di UKM

‘Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan’ Siapa sangka seorang pelajar kelas belakang yang sering mendapat keputusan yang mengecewakan Kini Ikuti Program Master di UKM, Pemuda ini mampu buktikan pelajar kelas belakang, cemerlang dalam pelajaran.

Anak muda yang berusia 24 tahun itu memberitahu, dia gagal mengikuti program Diploma kerana tidak mendapat keputusan yang baik dalam SPM 2015. Kerana dia sangat menyukai mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, dia berhasrat untuk mengikuti Program Diploma Seni Lukis di UiTM. Dia membuat keputusan untuk memasuki tingkatan 6 di sekolah yang sama iaitu SMK Seri Perpatih, Gemas Negeri Sembilan. Semasa berada di Tingkatan 6 dia mendapat keputusan yang kurang memuaskan pada STPM 2017.

12 1 678x381 1
Muhammad Affizy bin Shaari

Usaha tidak mengkhianati hasil, pemuda tersebut berjaya ditawarkan program Ijazah Sarjana Muda di UiTM dalam program Sarjana Muda Seni Persembahan Teater (Kepujian) Sinografi, UiTM Puncak Perdana Shah Alam pada Ogos 2018 dan tampat pada Julai 2021 yang lepas. Pada September 2021 beliau mendapat tawaran program Pascasiswazah di UKM, Bangi dalam program ‘Masters of Philosophy Performing Arts Management’ Fakulti Sains Sosial dan Kamanusiaan (FSSK)

Pemuda berkenaan, Muhammad Affizy bin Shaari, berkata “Saya juga tidak terfikir apabila perjalanan menuntut ilmu saya sampai ke peringkat ‘Masters’, saya akui saya bukan pelajar yang pandai dalam akademik, nama saya juga tidak pernah dalam senarai pelajar yang cemerlang ketika saya bersekolah, saya mendapat keputasan 1A, 3B+,2B, 1E, dan 1G dalam SPM 2015.

“Pada Tahun 2017 pihak pengurusan Tingkatan 6 SMK Seri Perpatih membuat lawatan Sambil belajar di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Bangi disitulah saya berazam saya akan buktikan pelajar kelas belakang mampu menyambung pelajaran di Universiti. Saya tidak menyangka dahulu pada tahun 2017 saya datang ke UKM sebagai Pelawat, pada tahun 2021 pula sebagai seorang pelajar.

Untitled 678x381 1
Gambar sewaktu lawatan sambal belajar di UKM, 2017 dan Gambar bawah sewaktu pendaftaran pelajar baharu di UKM, 2021

“Walaupun satu ketika dahulu saya gagal mengambung pelajaran di peringkat Diploma, kini saya bersyukur kerana berjaya sehingga ke tahap ini.Saya percaya Kegagalan adalah proses kejayaan, jika hendak sesuatu kita harus yakin terhadap diri sendiri untuk mendapatkannya, kini saya berjaya buktikan pelajar kelas belakang mampu menyambung pelajaran ke peringkat Masters, anda juga mampu buktikan”.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.