Kisah
Bilal muda, walaupun nya’wa di hujung tanduk, masih mampu melaungkan azan
Bilal muda, walaupun nya’wa di hujung tanduk, masih mampu melaungkan azan
Kisah penuh inspirasi apabila ada individu yang begitu kuat pegangan agama ‘pergi’ dalam keadaan husnul khatimah. Rata-rata ahli keluarga serta kenalan terdekat mengakui golongan ini memang tak lekang melakukan ibadah sepanjang hidupnya.
Sedikit berlainan, namun kisah seorang pemuda ini juga turut menjentik hati. Disaat sudah di hujung tanduk, kau masih mampu melaungkan azan.
Menerusi satu rakaman di TikTok, kelihatan seorang pemuda sedang terlantar di sebuah pusat perubatan. Namun meskipun dalam keadaan yang cukup lemah, mulut lelaki berkenaan masih lagi kuat untuk melaungkan azan sepanjang masa.
Adik kami ni seorang bilal…Alhamdulillah berkat doa dah semakin membaik
Rupa-rupanya, pemuda yang menjadi perhatian ramai tersebut adalah seorang bilal.
Lelaki berkenaan terpaksa ditahan untuk menerima rawatan selepas mengalami bleeding di bahagian otak sehingga menyebabkan bengkak.
Walau bagaimanapun, kini keadaannya sudah pun semakin baik dan boleh dimasukkan ke ruangan biasa.
Berikanlah abang ini kesembuhan dan angkatlah masalah kesihatannya…Mudahkan urusan dan limpahkan rezeki untuknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup sebak menyaksikan rakaman tersebut. Dalam pada itu, ramai juga mengambil kesempatan untuk mendoakan kesembuhan pemuda tersebut supaya dapat bertugas menjadi bilal seperti biasa.
Kredit: TikTok Iwan ndower
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah