Kisah
Setelah 8 Tahun, Pus4ra Ahmad Ammar Masih Dipenuhi Dengan Bunga Yang Tumbuh Mekar

Setelah 8 Tahun, Pus4ra Ahmad Ammar Masih Dipenuhi Dengan Bunga Yang Tumbuh Mekar
Kenali sebuah nama yang telah membuka mata semua orang khususnya para syabab, sungguh pemergi4nnya masih menyentap jiwa setiap insan. Siapa yang tidak kenal dengan Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam yang suatu masa dulu sangat terkenal dengan gelaran, sy4hid yang tertangguh. 8 tahun lebih telah berlalu, namun rasanya baru sekejap beliau meningg4lkan kita semua.
Bagaimana seorang pemuda berumur 20 tahun ini dapat mentarbiah jiwa-jiwa manusia yang gersang mendapatkan siraman hidayah hanya dari kisah kem4tiannya? Bahkan bukan di Malaysia sahaja berita itu hang4t membasihi bibir-bibir manusia tetapi juga mereka yang ada di Turki.
Pemuda dengan misi ummati yang teguh, syahid yang tertangguh
Anak lelaki satu-satunya kepada pasangan, Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz ini lahir pada bulan Februari 2013. Kehidupan remaja beliau sama sahaja seperti remaja-remaja lain.
Tetapi kehidupan Ahmad Ammar telah terbiasa dididik tentang ilmu agama sejak kecil, dan dibentuk akhlak peribadinya untuk diinfakkan kepada umat suatu hari nanti.
Beliau sudah faham visi wawasan hidupnya yang diterapkan oleh ayahnya iaitu menerapkan wawasan ummati (membebaskan umat Islam daripada cengkaman kuasa besar/barat).
Berlatar belakangkan keluarga yang mementingkan ilmu agama, ibadah, dakwah, dan pengorbanan, beliau adalah seorang pelajar yang sangat cemerlang sejak di bangku tadika lagi. Kecemerlangannya terserlah selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM di Maktab Tentera Diraja (RMC).
Dalam banyak-banyak jurusan yang popular, beliau sebaliknya hanya memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sejarah di negara Turki untuk misi seterusnya.
Berakhir perjalanan Ahmad Ammar di bumi Turki
Di Turki, Ahmad Ammar semakin giat mempelajari bahasa Turki, dan risalah an-Nur hasil karangan Said Nursi Badiuzzaman. Dalam masa yang sama juga banyak melibatkan diri sebagai seorang aktivis kem4nusiaan seperti menyertai misi bantuan di Syiria, dan negara-negara lain.
Semasa di Syiria, beliau sudah terdetik untuk syahid di sana. Namun Allah SWT berkehendak yang lain.
Pada pagi 2 hari sebelum awal Muharram, beliau keluar dari rumah awal pagi dengan membawa misi yang berkobar-kobar untuk mengajarkan risalah an-Nur di sebuah madrasah. Walaupun beliau tidak pernah maklumkan pada ibu bapanya bahawa beliau telah berjaya talaqqi kitab tersebut. Hatta, kisahnya bertemu bidadari syurga ketika di Syiria juga hanya dimaklumkan pada ibunya.
Sikap rendah yang ada padanya memang sangat layak dicontohi. Waktu pagi yang tenang, dan tidak terasa akan berlaku sesuatu yang buruk di jalan raya. Ahmad Ammar, berhati-hati menuruni bas yang dinaiki dari madrasahnya di Mobilyacilar sambil mendengar alunan muzik seruling Ney, alat muzik khas Turki.
Ketika cuba melintas di satu persimpangan jalan, langkahnya terhenti secara tiba-tiba. Tubuhnya seakan-akan hilang imbangan lalu dia terj4tuh. Pada saat itu jugalah sebuah van ambulans yang datang dari arah belakang merempuh tubuhnya. Dia terkul4i di tepi jalan, namun digagahkan juga berdiri meminta bantuan daripada pemandu van ambulans yang melanggarnya.
Namun, sudah tertulis di Luh Mahfuz, hayat Ahmad Ammar bin Ahmad Azam mahasiswa, Universiti Marmara Turki itu diambil kembali pada 2 November 2013. Dengan wajah yang masih berpeluh seakan-akan sedang tidur, dan kuntum senyuman di bibirnya, beliau meninggalkan semua dalam keadaan yang sangat indah.
Kubur dipenuhi bunga yang tumbuh segar, dan subur
Bukan perjalanan hidupnya sahaja yang indah, malah pemergiaannya juga telah diangkat setinggi pemimpin agung Islam di dunia ini. Buktinya, pus4ranya telah diletakkan berdekatan dengan sahabat-sahabat nabi di Eyub Sultan, Turki.
Di pinggir Konstantinople itu letaknya makam Saidina Abu Ayub al-Ansari iaitu sahabat rapat Rasulullah SAW. Sudahlah menjadi tetamu di bumi Turki ini, sekarang beliau boleh berjiran pula dengan Saidina Abu Ayub al-Ansari.
Sehingga ribuan rakyat Turki yang mensolatkan jen4zah beliau tertanya-tanya siapakah gerangan pemuda ini, dan apa kebaikannya sehingga mampu ditempatkan dalam pusara yang penuh hormat. Nikmat yang tidak mungkin ramai orang mampu.
Beliau hanya pemuda biasa yang penuh berwawasan. Bukannya ustaz, ulama’, atau ahli politik yang disegani ramai, tetapi pus4ranya terus mekar ditumbuhi bunga-bungaan sehingga hari ini.
7 formula didikan Sultan Muhammad Al-Fateh yang diterapkan pada Ahmad Ammar
- Membina wawasan ummati
- Berdasarkan nama (Ammar maksudnya mengajak/memerintah. Fatih pula pembuka)
- Menjaga adab kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, dan ibu bapa
- Memahami isi kandungan Al-Quran (melalui risalah an-Nur. Menghafal, dan menghayatai Al-Quran)
- Mendirikan, dan menjaga solat lima waktu, dan solat tahajjud
- Mempelajari ilmu strategik (seperti membina jati diri melalui sejarah tamadun Islam)
- Menguasai pelbagai bahasa (lebih dari dua bahasa)
Pengajaran dari kematian dicemburui seluruh syabab Islam
Jika kita telusuri dengan begitu mendalam, penghijrahan Ahmad Ammar dari bumi Malaysia ke Turki seakan-akan peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Lalu apabila baginda ke Turki, baginda telah berhenti seketika di sana, dan menjadi tetamu Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari.
Takdir Allah SWT telah menentukan bahawa Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari menjadi insan terpilih untuk dimuliakan oleh Rasulullah SAW di rumahnya. Ini sama juga kepada Ahmad Ammar yang telah menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di perkuburan Eyub Sultan, Turki.
Banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dari kisah beliau ini antaranya seperti:
- Mentaati perintah Allah SWT, Rasulullah SAW, dan ibu bapa
- Rajin, dan gigih menimba ilmu agama, dan ilmu pengetahuan
- Membentuk diri dengan akhlak-akhlak mulia
- Membina misi, dan visi dalam kehidupan
- Bersahabat dengan Al-Quran
Hari ini, nama Ahmad Ahmmar terus dikenali, dan diingati di dalam hati umat Islam khusunya remaja Malaysia yang menjadikan beliau sebagai idola. Kematian beliau benar-benar kematian yang menghidupkan ramai hati manusia yang sedang mencari petunjuk ke arah redha Allah SWT.
Sumber: Kashoorga
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah












