Connect with us

Kisah

Tolong Ibu Berniaga di Stesen Minyak, “Tak Nak Upah, Cuma Nak Pahala”

Published

on

tolong ibu berniaga

Tolong Ibu Berniaga di Stesen Minyak, “Tak Nak Upah, Cuma Nak Pahala”

Setiap orang yang Allah SWT ciptakan untuk hidup di dunia ini mempunyai pelbagai latar belakang, dan takdir jalan ceritanya. Yang miskin, sehinggalah yang kaya. Dari sihat sehinggalah menjadi sakit, dan tidak berupaya. Umur muda, sehinggalah menjadi tua. Kesemuanya adalah putaran hidup yang bakal dilalui oleh setiap manusia.

Di kala ramai remaja di luar sana sibuk mengeja nama-nama artis pujaan, menonton drama-drama cinta, dan bermimpikan penyanyi kegemaran hadir dalam mimpinya, masih ada insan lain yang sedang berjuang untuk terus hidup dengan menjadikan waktu malam sebagai masa mencari sesuap rezeki.

Tolong ibu berniaga cekodok, nasi, dan mi goreng

tolong ibu berniaga

Kisah ini dikongsikan oleh seorang Youtuber terkenal, FS Channel ketika beliau bersama seorang rakan lagi sedang mengisi minyak kereta di salah sebuah stesen minyak di Selangor pada hari raya lalu. Gemar disapa dengan panggilan Dayana, gadis ini ketika di datangi sedang duduk di hadapan stesen minyak tanpa beralaskan apa-apa.

“Assalamualaikum, dik.”

“Waalaikumusalam, abang.”

“Adik ada jual apa ni?”

“Saya ada jual cekodok, 1 RM 2. Lepastu ada nasi goreng cili api mak saya buat. Mi goreng pun mak saya buat. Satu RM3, beli 2 RM 5.”

Menurut gadis ini dia tidak bersekolah lagi kerana mahu membantu ibu di rumah. Mula berniaga pukul 10.30 malam sehinggalah habis jualan yang dijual. Tidak lokek berkongsi sedekah kepada orang lain, ibu gadis ini sering mengingatkannya agar sedekahkan sahaja makanan yang dijual itu kepada orang ramai sekiranya tidak habis dalam pukul 11 hingga 12 tengah malam.

“Mak saya kata tak apa, bungkus sedekah dekat orang. Nanti ada rezeki lagi,” katanya ketika ditanya.

Walaupun dia sendiri sedang dalam kesempitan, namun masih tidak lupa untuk bersedekah kepada orang lain.

Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan Nya melainkan kemuliaan, dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” – (Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

Petah berkata-kata, bicaranya penuh budi bahasa

Apa yang menarik, dan selesa di pandang pada gadis seumur 16 tahun ini adalah dari kefasihan dirinya melontarkan bait-bait ayat, dan bahasa yang amat sopan semasa berbicara dengan orang lain. Kagum melihat remaja seumurnya sanggup mengorbankan bangku sekolah dengan tolong ibu berniaga pada waktu malam, demi menyambung hidup keluarga yang ada di rumah.

Tanpa disangka, dari gaya, dan caranya berbicara sudah menggambarkan betapa kepayahan hidup sudah mematangkan caranya berfikir, dan berkomunikasi dengan orang yang lebih tua.

Rata-rata komen pengguna laman sosial lain memuji sikap Dayana sebagai seorang peniaga yang masih muda. Malah ada juga yang mendoakannya agar menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya suatu hari nanti.

tolong ibu berniaga

Pernah viral dua tahun dulu ketika meniaga di depan bank

Menolong tanpa mengharapkan upah dari seorang ibu, itulah rahsia yang sentiasa dipegang oleh gadis ini. Dan kini setelah dua tahun, pendiriannya masih tetap sama. Begitu teguh dia menjaga tanggungjawab itu, rela lakukan segalanya dengan ikhlas hati, dan hanya mengharapkan pahala dari Allah SWT.

Lafaz syukur, dan puji-pujian kepada Allah SWT tidak pernah lekang dari bibirnya. Apatah lagi, apabila diberikan sejumlah wang oleh FS Channel, ia benar-benar membantu meringankan beban Dayana, dan keluarganya.

tolong ibu berniaga

5 tips bagaimana Rasulullah berniaga, peniaga jom amalkan

Rasulullah SAW adalah seorang usahawan yang sangat berjaya dalam bidang perniagaan walaupun di usia masih muda. Asbab kerana bijak dalam meniaga itulah baginda SAW berjumpa jodoh dengan Saidatina Khatijah RA. Antara tips yang boleh diamalkan oleh para peniaga dalam berniaga adalah seperti:

1. Lazimkan diri sentiasa tersenyum

Senyum adalah satu sedekah. Rasulullah SAW ada bersabda maksudnya, “Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” – (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Pandangan pertama adalah sangat penting dalam menentukan sama ada pelanggan itu singgah atau tidak ke kedai kita. Jika kita dari jauh sudah menghadiahkan mereka dengan senyuman yang manis, dan wajah yang ceria, sudah tentu pelanggan akan tertarik untuk beli di kedai kita.

2. Jujur

Kejujuran amat penting dalam urusan perniagaan kerana ia melibatkan kepercayaan satu individu kepada individu yang lain. Sama ada jujur dalam urusan jual beli melibatkan duit, atau pun makanan yang dijual, ianya perlulah jelas, dan tidak meragukan.

Rasulullah SAW bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid.” – (Hadis Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

3. Lemah lembut

Sifat Rasulullah SAW salah satunya yang patut dicontohi adalah mengamalkan sikap baik hati, dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan.

Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”

4. Tidak hanya mengejar harta semata-mata

Konsep berniaga sambil bersedekah itu perlu diterapkan dalam diri setiap peniaga. Bersedekah bukan ertinya memberi banyak, tetapi sebaliknya memberi sesuatu kepada orang lain sama ada dia memerlukan atau tidak. Setiap hari manusia memerlukan makanan untuk terus hidup.

Apabila kita sedekah makanan yang dijual kepada orang lain, ia akan menjadi darah daging. Dan pahalanya juga mengalir pada amalan kita sendiri.

5. Petah dalam berkata-kata

Rasulullah SAW apabila menuturkan kata sangat fasih, lunak, mudah difahami oleh orang lain, dan antonasinya sedap didengar. Jadi tidak hairanlah kita bila melihat usahawan-usahawan di luar sana yang berjaya dalam bidang perniagaan mereka pasti mempunyai kemahiran komunikasi yang begitu memukau.

Dari kisah Dayana ini, kita dapat simpulkan bahawa kegembiraan seorang anak adalah apabila melihat perut ibu bapa, dan keluarganya mampu terisi dengan makanan untuk meneruskan kehidupan. Demi kasih sayangnya, semoga rezeki Allah SWT di turunkan tidak putus-putus untuk dia sekeluarga, dan orang lain yang memerlukan.

Sumber: FS Channel

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending