SEMASA
SeteIah 2 Tahun Naik Turun Mahkamah Atas Kes Saman Fitnah, Akhirnya Balu Allahyarhamn Abam Menang Kes, Ali Puteh Diperintahkan Membayar Ganti Rugi Sebanyak RM60,000
SeteIah 2 Tahun Naik Turun Mahkamah Atas Kes Saman Fitnah, Akhirnya Balu Allahyarhamn Abam Menang Kes, Ali Puteh Diperintahkan Membayar Ganti Rugi Sebanyak RM60,000
SeteIah Hampir dua tahun naik turun mahkamah atas sebab kes saman fitnah, akhirnya balu Allahyarhamn Abam, Nor Hidayah Mohd Ali menang kes yang difailkan terhadap pelawak yang juga merupakan adik iparnya iaitu Ali Puteh.
Oleh kerana gagal memenangi kes saman fitnah terbabit, Ali Puteh diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000. Difahamkan, keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat.
Menurut peguam yang mewakili Nor Hidayah iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad, ketika prosiding itu juga, hakim telah menolak tuntutan yang dibuat oleh keluarga Allahyarham Abam dengan kos.
Dalam pada itu beliau turut berkata keputusan hakim ini dipercayai untuk membersihkan semula nama Nor Hidayah dan mahkamah turut menjelaskan bahawa pihak yang teraniaya dalam hal ini adalah Nor Hidayah bukan Ali Puteh. RM60,000.
Peguam Mohamed Ibrahim ketika ditemui media selepas prosiding berakhir.
Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.
“Manakala tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos.
“Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami.
“Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiya,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu Nor Hidayah melahirkan rasa lega apabila proses undang-undang yang dilaluinya sejak dua tahun lalu berakhir dengan berpihak kepadanya.
“Alhamdulillah saya dan anak makin baik… doa yang terbaik untuk anak. Saya rasa lega dah,” katanya.
Sementara itu Ali Puteh ketika ditemui berkata dia menerima keputusan hakim Mahkamah Sesyen dengan hati terbuka.
“Saya akur dengan keputusan hari ini, saya tak marah atau rasa nak mengamuk “Saya hormati keputusan mahkamah,” katanya.
Pada Mei 2020, Nor Hidayah, 31, memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.
Saman dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000 itu difailkan Nor Hidayah kira-kira 15 hari selepas Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
Enggan berdiam diri, Ali Puteh memfailkan saman balas terhadap Nor Hidayah selain turut menamakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai defendan.
Sumber : beautifulnara
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah