SEMASA
Selepas 5 Jam Bertarung Nyawa, Ibu Mening’gal Bersama Bayi Lelakinya Yang Terkeluar Dari Kandungan, Kakak Ipar Sebak Anak Arwah Asyik Tanya Dimana Ibunya

Selepas 5 Jam Bertarung Nyawa, Ibu Mening’gal Bersama Bayi Lelakinya Yang Terkeluar Dari Kandungan, Kakak Ipar Sebak Anak Arwah Asyik Tanya Dimana Ibunya
Nor Hasliza Abdul Yazaib, 25, yang maut bersama anak keempat dalam kemalangan membabitkan pertembungan dua motosikal di Kampung Lumpur di Pasir Mas, Kelantan, Jumaat malam.
“Mana abu (ibu)?” Demikian s0al seorang anak kecil yang bertanyakan ibunya. Pertanyaan itu ternyata mengvndang sebak kakak ipar arwah iaitu Mastura Mahadi yang masih bers3dih dengan pemergian Allahyarham.
Wanita berusia 37 tahun itu berkata, anak saudara lelakinya yang lebih mesra disapa Haziq baru berusia tiga tahun dan tidak memahami kejadian yang berlaku.
“Haziq pelat, jadi dia pang gil ibu dia dengan panggilan abu. Semalam Haziq cakap abu dah ‘mati’, dia sempat tunjuk ke arah l0kasi kejadian seperti tahu ibunya telah meningg4l dunia.
“Hari ni dia tanya pula mana abu. Selepas jenazah dikebumikan masih lagi dia tanya. Dia tak menangis sebab tak faham apa sebenar nya berlaku,” katanya.
Mastura berkata, anak sulung arwah yang berusia lapan tahun dan lebih mesra dipanggil Irdina kelihatan lebih tenang.
“Kakaknya Alhamdulillah boleh menerima. Tapi tidak mengerti apa itu kematian dan kehilangan.
“Si kecil saja bertanyakan tentang ibunya. Saya sendiri ada anak-anak sedih mengenang anak-anak arwah tanpa ibu,” tambahnya yang merupa kan ibu kepada dua cahaya mata.
Menurut pem bantu pengurusan murid di sebuah sekolah itu, adik iparnya disifatkan sebagai seorang yang penyayang bukan saja pada anak-anak kandung, malah bagi anak-anak saudara.
“Arwah seorang yang happy-go-lucky dan cukup baik dengan anak-anak saudara. Kadang-kadang dia selalu jumpa anak-anak saya dan bawa jalan-jalan.
“Saya dengan arwah juga se kepala, mudah untuk dibawa berbincang. Kali terakhir kami berjumpa pada awal bulan ini,” ujarnya yang menetap di Pasir Mas.
Mastura berkata, jenazah adik ipar ber sama anak saudaranya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Stol di Pasir Mas, kira-kira pukul 11 pagi Sabtu.
Dia turut berharap seorang lagi anak saudaranya yang juga anak kedua arwah, Nurul Iman Maisara Mohd Khairi, 6 yang kini mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) segera pulih.
“Saya mohon semua mendoakan anak saudara saya supaya kembali pulih,” katanya sambil menambah anak kedua arwah membonceng bersama ibunya ketika kejadian dan cedera parah di kepala, muka dan tangan.
Nor Hasliza meninggal di tempat kejadian di Kampung Lumpur, manakala bayi lelakinya yang terkeluar dari kandungan, meninggal dunia pada pukul 12.30 malam di Hospital Pasir Mas, selepas lima jam bertarung nyawa.
Dalam nahas pada Jumaat malam, tiga maut termasuk seorang remaja lelaki, Muhamad Shakim Muhamad Zaki, 18, penunggang motosikal yang bertembung dengan Nur Hasliza yang sarat mengandung sembilan bulan.
SUMBER: MST4RONLINE
SEMASA
“Pernah Terpalit Kontroversi, Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato’ Aliff”

“Pernah Terpalit Kontroversi, Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato’ Aliff”
Malam ini, ramai netizen mengaku mereka tidak mampu menahan air mata selepas menonton live melibatkan Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida dan pelakon Azar Azmi.
Pada awalnya, ramai menyangka Azar hanya dijemput untuk membantu packing barang dan memeriahkan live jualan seperti biasa.
Namun siapa sangka, di sebalik live tersebut, Dato’ Aliff sebenarnya sudah merancang sesuatu yang jauh lebih besar.
Dalam siaran itu, Dato’ Aliff dan Datin memaklumkan bahawa setiap barang yang terjual, sebanyak RM5 akan diberikan khas kepada Azar.
Apa yang membuatkan ramai lebih tersentuh, Azar kini dilihat sedang melalui fasa sukar dalam hidup selepas namanya terpalit dengan kontroversi dan kes polis sebelum ini.
Sebab itu, apabila melihat dirinya duduk menahan sebak sambil mendengar pengumuman tersebut, ramai netizen mengaku mereka sendiri turut menangis.
Baru beberapa minit live berlangsung, jumlah jualan sudah mencecah puluhan ribu ringgit.
Malah, ada yang mendakwa jumlah yang berjaya dikumpulkan untuk Azar melebihi RM20,000 dalam tempoh singkat.
Bagi ramai orang, bantuan itu bukan sekadar tentang wang.
Tetapi ia seolah-olah memberi peluang kepada Azar untuk bangkit semula selepas melalui pelbagai ujian dan kecaman.
Ruangan komen pula dipenuhi dengan kata-kata sebak daripada netizen.
“Menangis tengok Azar tahan air mata. Dia nampak terlalu penat.”
“Kadang-kadang orang cuma perlukan seseorang untuk hulur tangan bila dia jatuh.”
“Patutlah rezeki Dato’ Aliff dan Datin tak pernah putus. Mereka suka bantu orang.”
“Apa pun yang jadi sebelum ini, semua orang layak diberi peluang kedua.”
Ramai juga menyifatkan tindakan Dato’ Aliff dan Datin itu sebagai satu bentuk bantuan yang sangat bermaruah.
Bukan sekadar memberi wang, tetapi membuka ruang rezeki untuk seseorang berdiri semula dengan cara yang baik.
Di saat ramai sibuk menghukum dan bercakap tentang kesilapan orang lain, masih ada insan yang memilih untuk membantu tanpa mengungkit masa lalu.
Mungkin sebab itulah live malam ini membuatkan ramai sebak.
Kerana kadang-kadang, satu peluang kecil dan satu tangan yang ikhlas dihulur mampu mengubah hidup seseorang untuk selamanya.
Video Penuh :
SEMASA
“Baru Nak Mulakan Langkah Sebagai Guru” – Guru Pelatih Maut Dalam Perjalanan Pulang Dari Sekolah

“Baru Nak Mulakan Langkah Sebagai Guru” – Guru Pelatih Maut Dalam Perjalanan Pulang Dari Sekolah
Hasrat seorang guru pelatih wanita untuk meneruskan perjalanan hidup dan kerjaya sebagai pendidik berakhir dengan tragedi apabila dia dilaporkan maut dalam kemalangan di Jalan Bandar Sri Indah, Tawau pada Jumaat.
Mangsa dikenali sebagai Amierah Aqeelah Arbin, 25, yang juga merupakan penuntut tahun akhir di sebuah universiti.
Difahamkan, Amierah ketika itu sedang menjalani latihan praktikum sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah sebelum kereta jenis Perodua Kenari yang dipandunya terbabas ke tepi jalan.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.26 tengah hari.
Seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau.
“Menurut laporan, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang telah terbabas sendiri ke tepi jalan.
“Terdapat seorang mangsa dikeluarkan oleh pasukan perubatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian. Mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi,” katanya.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Perkongsian berita itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib menimpa mangsa.
Ramai menyifatkan pemergian Amierah sangat menyedihkan kerana dia baru sahaja memulakan langkah untuk menjadi seorang guru.
Lebih menyentuh hati, mangsa dikatakan sedang menjalani latihan praktikum dan berada di fasa akhir pengajian sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Ramai turut menitipkan doa agar roh Amierah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan yang berat ini.
Kadang-kadang, ada insan yang pergi terlalu awal ketika mereka baru sahaja mahu memulakan perjalanan hidup yang sebenar.
SEMASA
Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April, Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik

Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April, Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik
PUTRAJAYA – Bermula 1 April ini, penggunaan kad kredit dan kad debit asing di pam petrol RON95 akan disekat secara berperingkat di seluruh negara.
Langkah baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu dilihat sebagai usaha memperketat kawalan subsidi bahan api serta mengelakkan ketirisan yang berlaku selama ini.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, sistem baharu tersebut akan menghubungkan pam minyak dengan pangkalan data identiti seperti MyKad serta sistem perbankan bagi menapis transaksi secara automatik.
Menurut beliau, pendekatan itu membolehkan transaksi menggunakan kad asing terus dikesan tanpa memerlukan pekerja stesen minyak memantau setiap pam secara manual.
“Selepas 1 April ini, sistem secara automatik akan menapis transaksi. Ini juga dapat mengurangkan beban pekerja stesen untuk ‘menjaga’ pam secara fizikal,” katanya.
Beliau menjelaskan, beberapa stesen minyak sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan mekanisme berkenaan dan pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat di seluruh negara.
Walaupun penggunaan kad asing masih dibenarkan, ia hanya boleh digunakan di kaunter dan bukan lagi secara terus di pam minyak.
Ini bermakna pelancong asing atau pengguna yang menggunakan kad luar negara masih boleh membeli petrol, namun perlu berurusan di kaunter stesen minyak bagi tujuan pengesahan dan pemantauan.
KPDN menegaskan bahawa langkah ini bukan bertujuan menyusahkan pengguna asing, sebaliknya bagi memastikan subsidi RON95 benar-benar dinikmati oleh rakyat tempatan yang layak.
Pada masa sama, sistem baharu itu dijangka membantu pihak penguat kuasa membanteras penyalahgunaan subsidi petrol, termasuk kes melibatkan kenderaan asing yang cuba mendapatkan petrol bersubsidi secara tidak sah.
Perubahan ini dijangka memberi kesan besar terutama di kawasan sempadan dan lokasi tumpuan pelancong asing, di mana isu penyalahgunaan RON95 sering menjadi perhatian.
Bagi rakyat Malaysia, penggunaan kad tempatan dan MyKad dijangka menjadi elemen penting dalam sistem baharu ini bagi memastikan transaksi di pam berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah












