SEMASA
Ebit Lew didakwa, 11 pertuduhan tidak berasas dan melampau selain bertujuan mahu menjatuhkan kreadibiliti beliau
Ebit Lew didakwa, 11 pertuduhan tidak berasas dan melampau selain bertujuan mahu menjatuhkan kreadibiliti beliau
Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37. Tidak berasas dan melampau. Itulah yang disifatkan pendakwah terkenal Ebit Lew terhadap kesemua pertuduhan termasuk gangguan seksual yang dihadapinya apabila dihadapkan ke Mahkamah Litar Tenom, di sini, hari ini.
Menurutnya, walaupun terkejut dengan tuduhan tidak berasas dan melampau itu, beliau tetap reda dengan segala ujian ini. Ebit Lew menganggap ia adalah sebahagian daripada ujian Allah SWT terhadap dirinya.
Katanya, beliau menganggap ujian yang diterimanya akan mengampunkan dosa, memberi pahala dan menaikkan darjat dirinya.
“Saya tidak rasa apa-apa, saya tahu saya tidak bersalah dan yakin ini perancangan ramai orang dari dulu lagi yang cuba mengganggu kerja-kerja amal kita.
“Memang setiap kali terkena ujian… kita rasa berat, tapi saya dari dulu belajar, kita kena berdoa dan jangan bersedih kerana ujian yang datang itu adalah satu sunnahtullah,” katanya ketika ditemui, di sini.
Katanya, pertuduhan-pertuduhan itu juga disifatkan sudah dirancang oleh kumpulan tertentu sejak sekian lama.
“Saya melihat pertuduhan ini satu pertuduhan yang tidak berasas, melampau dan memang tujuan utamanya saya nampak untuk menjatuhkan kredibiliti saya, supaya nampak saya dihina, direndahkan dan supaya saya akan menghentikan kerja-kerja membantu (amal).
“Saya percaya ia dilakukan oleh satu kumpulan yang merancang bukan satu, dua hari untuk mengenakan saya,” katanya.
Katanya, beliau terkejut apabila mengetahui akan berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah ketika sedang melakukan kerja amal di negeri ini.
“Saya reda dan anggap ini ujian daripada Allah untuk saya. Saya rasa tenang melaluinya… kena pula kita tengah buat kerja amal,” katanya.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.