Kisah
Sepasang Suami Isteri Terpaksa Tinggal Di Bawah Jambatan LRT Kerana Tidak Mampu Membayar Sewa Rumah Selepas Diberhentikan Kerja
Sepasang Suami Isteri Terpaksa Tinggal Di Bawah Jambatan LRT Kerana Tidak Mampu Membayar Sewa Rumah Selepas Diberhentikan Kerja
Sepasang suami isteri yang menjadikan kawasan landasan transit aliran ringan (LRT) sebagai tempat berteduh mendapat perhatian kerajaan apabila akan dipindahkan ke lokasi yang lebih selesa.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, pihaknya telah menggerakkan satu pasukan untuk menemui pasangan itu semalam sejurus mendapat maklumat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Setelah dapat maklumat daripada PM semalam, saya kerahkan pasukan wilayah pergi mencari kawan yang tidur bawah jambatan. Rupanya pasukan lain pun ramai ke sana termasuk Baitulmal dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada menawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta peluang berniaga di sekitar ibu negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook tadi.
Bagaimanapun, katanya, keluarga terbabit memilih untuk menyewa di Kapar dan kos sewaan itu diuruskan oleh pihak Baitulmal.
Terdahulu, seorang pengguna Facebook berkongsi mengenai kehidupan seorang lelaki dikenali sebagai Kasturi yang tinggal di bawah jambatan LRT di Taman Aman, Petaling Jaya kerana dia tidak mampu membayar sewa selepas diberhentikan kerja.
Lebih menyedikan, isterinya yang s4kit juga tidak dapat meneruskan rawatan di hospital kerana mengalami masalah kewangan.
Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!
Sumber: –K! ONLINE
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.