Connect with us

Kisah

Seorang Petani Di India Terkejut Selepas Seekor Daripada Kambingnya Melahirkan Anak Luar Biasa Yang berwajah ‘Manusia’

Published

on

Seorang Petani Di India Terkejut Selepas Seekor Daripada Kambingnya Melahirkan Anak Luar Biasa Yang berwajah ‘Manusia’

Seorang petani di India terkejut selepas kambingnya melahirkan anak yang berwajah manusia. Kelahiran anak kambing berwajah ‘manusia’ itu dikatakan mengejutkan penduduk tempatan di kampung Gangapur di Dholai Vidhan Sabha di timur laut negeri Assam, India.

Ia ditemui selepas seekor kambing milik shankar Das, 46, melahirkan anak.

Penduduk tempatan terkejut kerana mereka mengesahkan ia menyerupai wajah bayi manusia.

“Jiran-jiran bergegas ke rumah kami dan semua orang terkejut dengan penampilannya yang menyerupai bayi manusia,” kata Shankar.

Jelasnya, anak kambing itu hidup ketika dilahirkan tetapi malangnya meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Anak kambing itu dipercayai mati akibat penampilan luar biasa yang menunjukkan ia belum berkembang sepenuhnya.

Penduduk tempatan mengatakan di India, kelahiran haiwan yang cacat dianggap sebagai petanda buruk atau nasib malang dan juga dianggap sebagai amaran yang dikatakan adalah tanda daripada tuhan

Sumber : suaramerdeka

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!