Kisah
4 Tahun Penantian Dan Pernah Mengalami Keguguran Sebanyak Dua Kali, Akhirnya Wanita Muda Lahirkan Kembar 4 Selepas Menjalani IVF (VIDEO)
4 Tahun Penantian Dan Pernah Mengalami Keguguran Sebanyak Dua Kali, Akhirnya Wanita Muda Lahirkan Kembar 4 Selepas Menjalani IVF (VIDEO)
Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata. Namun tidak semua pasangan bertuah dalam memiliki anak dalam tempoh yang singkat.
Ada yang bertahun-tahun menantikan cahaya mata sampai ada yang sanggup melakukan pelbagai jenis rawatan dan berhabisan ribuan ringgit melakukan prosedur demi memiliki cahaya mata yang diidamkan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pakar Obstetrician & Gynaecologist iaitu Dr.Thokha Muhammad di Instagram memaparkan persediaan yang dilakukan oleh beberapa orang petugas kesihatan di dalam bilik pembedahan untuk menyambut kelahiran empat bayi kembar.
Menurut Dr.Thokha, wanita berusia 29 tahun ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali dan selepas itu, dia nekad untuk menjalani rawatan IVF atau in vitro fertilization.
4 Tahun Penantian Akhirnya Berakhir
Jelas Dr.Thokha, ibu muda yang mengalami mild premature contraction ini melahirkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki secara pembedahan.
Difahamkan, tiga daripada empat bayi itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja memandangkan berat mereka adalah lebih daripada 2kg.
Manakala seorang lagi bayi yang memiliki berat 1.3kg terpaksa diasingkan buat sementara waktu untuk rawatan lanjut.
Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan pasangan itu apabila penantian dan doa mereka selama empat tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya termakbul.
Perkongsian Dr. Thokha di akaun Instagramnya itu sungguh sayu namun mengembirakan hati netizen oleh kerana alunan zikir yang tidak pernah putus sepanjang dia mejalani pembedahan tersebut sehingga selesai.
“After 4 years of waiting, this young couple is blessed with three girls and a boy.”
Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi kegembiraan tersebut dengan mengucapkan tahniah buat kedua ibu bapa kembar tersebut.
“Subhanallah bestnya.. sebak tgk tumpang gembira..doakn sy jugak merasa dpt zuriat sendiri nanty.. ttc 6 tahun .”
“Alhamdulillah MasyaAllah 4 years of penantian yg sangat luar biasa di kurniakan 4 sekali… Amazing.. tq Dr for sharing..”
“Allahuakbar..tahniah pada ayah ibu baby ni..tahniah juga pada team @drtahaofficial .. xmampu nak buat ivf, semoga saya dan suami juga dikurniakan keajaiban oleh Allah untuk mengandung dan mempunyai zuriat sendiri.amin #ttc 7years”
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.