Connect with us

SEMASA

Seorang pelajar Tingkatan Empat di SMK Pengkalan Berangan meningg4l dunia ketika menjalani latihan merentas desa

Published

on

jycg

Seorang pelajar Tingkatan Empat di SMK Pengkalan Berangan meningg4l dunia ketika menjalani latihan merentas desa

Pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan yang dikenali dengan nama Aman Basri Muhd Rohaizi berusia 16 tahun meningg4l dunia ketika menjalani latihan merentas desa pagi tadi di persimpangan Kampung Asing.

Sebelum kejadian, pelajar terbabit sedang menjalani latihan penyesuaian ‘track’ merentas desa pada jam 8.34 pagi sebelum disedari pengsan oleh guru bertugas.

mayat2 1595234128

Menurut Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, mangsa segera dibawa ke klinik Pengkalan Berangan untuk menerima rawatan namun doktor bertugas mengesahkan pelajar berkenaan telah meninggal dunia pada jam 9.05 pagi.

Berdasarkan temu bual bersama beberapa saksi pelajar sekolah yang sama, mereka cuba memberi bantuan pernafasan namun keadaan mangsa semakin lemah.

Hasil daripada pemeriksaan fizikal mendapati terdapat luka di bahagian atas kening sebelah kanan, calar di bawah dagu sebelah kiri dan calar di belakang tangan sebelah kiri yang dipercayai berlaku semasa mangsa terjatuh.

Bapa mangsa membuat laporan polis dan menolak proses bedah siasat dilakukan kerana berpuas hati atas sebab kematian.

Beliau juga menyatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya terjadi perkara berbangkit pada masa akan datang.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut hasil pemeriksaan pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.