Connect with us

SEMASA

Chef CZN Burak mengejutkan ramai peminatnya apabila dia dikhabarkan menghidap tumor otak, berat badan Burak semakin susut dan wajahnya tidak ceria seperti selalu

Published

on

sdv

Chef CZN Burak mengejutkan ramai peminatnya apabila dia dikhabarkan menghidap tumor otak, berat badan Burak semakin susut dan wajahnya tidak ceria seperti selalu

Siapa yang tidak kenal Chef Burak Özdemir atau lebih dikenali sebagai CZN Burak yang gemar memasak hidangan bersaiz besar sambil tersenyum di hadapan kamera, chef selebriti berasal dari Turkey, yang popular di media sosial.

Chef CZN Burak hidap tumor otak

Baru-baru ini, Chef CZN Burak telah mengejutkan ramai peminatnya apabila dia dikhabarkan menghidap tumor otak. Dalam pada itu, chef terkenal ini juga memuat naik video yang memperlihatkan dirinya sedang baring sambil menggunakan alat bantuan pernafasan.

chefburakhidaptumorotak scaled 1

Di dalam video berkenaan turut kelihatan berat badan Burak semakin susut dan wajahnya tidak ceria seperti selalu. Namun apa yang lebih merisaukan peminat adalah kapsyen yang tulis olehnya itu seolah-olah dia menitipkan pesanan terakhir.

Andai anda kehilangan saya suatu hati nanti, ingat lah saya dengan melihat semua kebaikan, kerja kebajikan serta video-video memasak yang pernah saya buat sebelum ini.

Screenshot 2022 05 10 at 3

Susulan daripada itu, dia meminta orang ramai mendoakan agar pembedahannya berjalan dengan lancar. Malah di Facebook, komuniti Muslim turut memuatkan naik hantaran ‘Tolong doakan untuk saudara kami Burak Özdemir yang menghidap tumor otak’.

‘Andai anda kehilangan saya suatu hari nanti’

Klik untuk video tiktok

Klik untuk video tiktok

Walau bagaimanapun, chef berusia 26 tahun itu dilihat sudah keluar daripada hospital dan melakukan semula aktiviti memasak di media sosial seperti biasa.

Sumber : Qatar Day, cznburak

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.