Connect with us

Kisah

Seorang Lelaki Nekad Menikahi Tunangnya Walaupun Wajah Wanita Itu Belum Pulih Sepenuhnya Akibat Kema’langan

Avatar of kidin

Published

on

hbfnjt

Seorang Lelaki Nekad Menikahi Tunangnya Walaupun Wajah Wanita Itu Belum Pulih Sepenuhnya Akibat Kema’langan

Ahmad Fakhrullah Mat Zaki, 22, nekad menikahi tunangnya walaupun wajah wanita itu belum pulih sepenuhnya akibat kema’langan. “Saya tidak terfikir untuk tangguhkan, jauh sekali membatalkan majlis perkahwinan yang dirancang hanya kerana kemalangan itu,”

Perkongsian video tentang isterinya, Nur Alifah Mahirah Bukhari, 20, yang cede̶ra di muka selepas terbabit kemalangan 5 hari sebelum mereka diijabkabulkan, di aplikasi TikTok itu meraih perhatian warganet.

alifah

Menerusi ruangan komen rata-rata warga maya memuji Ahmad Fakhrullah yang setia di sisi Nur Alifah dan mendoakan pasangan itu bahagia hingga ke akhir hayat.

Sudah berjanji untuk bernikah dengan Nur Alifah pada 22 Februari, Ahmad Fakhrullah yang menetap di Kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu sama sekali tidak tergamak untuk memungkiri janjinya.

Menurutnya mereka sudah berkenalan sejak tamat persekolahan lagi kemudian mengikat tali pertunangan pada 30 Oktober tahun lepas.

Dengan restu keluarga tarikh pernikahan ditetapkan pada 22 Februari. Namun, dugaan yang datang tiada siapa yang dapat menjangka. 5 hari sebelum tarikh bernikah, Nur Alifah kemalangan ketika membonceng motosikal yang ditunggang adiknya.

“Hanya Allah saja tahu perasaan saya ketika itu dan mujurlah isteri selamat walaupun cede̶ra teruk..” ujarnya yang bersyukur dapat bernikah jua pada tarikh yang dirancang.

nikah2

Dia turut bersyukur majlis akad nikah dapat disempurnakan walau keadaan isteri yang belum pulih sepenuhnya.

Malahan kini beliaulah yang membantu menguruskan isterinya yang masih memerlukan bantuan walaupun beliau sendiri bekerja.

Berkongsi video di TikTok, Ahmad Fakhrullah cuma mengharapkan kata-kata semangat. Dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan mereka.

nikah

Tetap Bernikah, Bukti Ikhlas, Setia Suami Walau Di Kala Susah
Sementara itu, Nur Alifah terharu kerana suami tetap sudi menerima dan masih ada bersamanya walau apa yang telah berlaku.

Menurutnya, ia bukti keikhlasan, kesetiaan pasangan yang bukannya ada hanya ketika senang.

Bercerita tentang kemalangan, Nur Alifah pada ketika itu dalam perjalanan menghantar barang pesanan pelanggan dan terjatuh dari motosikal apabila kain jubahnya tersangkut pada rantai motosikal. Ada saksi turut memaklumkan Nur Alifah jatuh berguling di atas jalan raya.

Akibatnya, beliau cede̶ra di bahagian muka. Paling te̶ruk adalah di bahagian kening, tangan dan badan.

Nur Alifah menganggap apa yang berlaku adalah takdir yang sudah tertulis. Namun, masih bersyukur kerana nyawanya masih panjang serta diberi kesempatan bernikah dengan suami walau dalam keadaan belum sembuh sepenuhnya. Semoga pasangan terus bersabar dengan ujian-ujian perkahwinan yang bakal mendatang dan dikurniakan kebahagiaan.

Sumber : [Hmetro]

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU