Connect with us

Kisah

Cikgu Puan Gojes (CPG), Terkenal Dengan Sifat Yang Suka Membantu Pelajarnya Terpaksa Letak Jawatan Guru, Mendakwa Ada Pihak Yang Ingin Menjatuhkan Beliau

Avatar of kidin

Published

on

iyfkutd

Cikgu Puan Gojes (CPG), Terkenal Dengan Sifat Yang Suka Membantu Pelajarnya Terpaksa Letak Jawatan Guru, Mendakwa Ada Pihak Yang Ingin Menjatuhkan Beliau

Pesonaliti popular Ismaniza Fahida Ismail atau lebih dikenali sebagai Cik Puan Gojes (CPG) yang gemar menghulur bantuan kepada anak-anak murid yang kurang bernasib baik ini malangnya mendapat teguran daripada ramai pihak antaranya dikatakan akan mengaibkan murid, menyalahi akta dan tugas penjawat awam. Ismaniza Fahida Ismail, 40, menghadap pelbagai cabaran dan suka duka dalam perjalanan kerjayanya sebagai guru.

cpg6

Menerusi hantaran video yang dibuat oleh beliau di Facebook baru-baru ini seolah-olah menyatakan pendirian guru ini untuk meletak jawatan.

Turut dimuatkan di akhir klip video berdurasi lebih kurang 1 minit tersebut ialah tangkap layar dari surat rasmi bertajuk NOTIS PERLETAKAN JAWATAN SERTA MERTA dari beliau.

cpg
Tangkap layar video di FB C̾PG

Dalam hantaran itu juga CPG menyatakan beliau telah diberi amaran utnuk menghentikan semua muat naik gambar dan video yang berkaitan dengan usaha bantuan yang disalurkannya.

Selain itu, CPG turut mendakwa sering diperhatikan musuh-musuhnya yang menanti masa untuk bertindak menjatuhkan beliau.

Tidak hanya itu, beliau turut tidak dibenarkan memuat naik gambar bantuan yang diberi walau selepas waktu sekolah ataupun gambarnya sendiri di dalam perkarangan sekolah di media sosial.

Apa yang mengecewakan beliau adalah beliau kini sudah tidak diizinkan untuk membahasakan diri sebagai ‘cikgu’ di media sosial dan diminta membuka akaun baru Facebook berasingan untuk tujuan itu.

I cannot go lagi. Mungkin C̴PG tak sesuai jadi cikgu.. SEBAB CPG TAK BOLEH FAHAM AKTA DAN KEHENDAK ORANG”,

“Sebab tu ÇPG tekad nak berhenti dan buat semua gambar dan video di luar kawasan sekolah tanpa status penjawat awam”, tulisnya.

cpg3

Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah dan Ketua Jabatan. Beliau kesal kerana mereka turut terkena tempias atas perbuatan musuh yang baru dikenalinya itu.

Kurang dapat dipastikan surat perletakan jawatan itu sudah diserahkan atau tidak, kini C̶PG berkongsi video-video beliau berada di Turki bersama keluarga untuk menenangkan fikiran.

Semoga CPG terus kuat dan berjaya untuk membantu lebih ramai yang memerlukan di luar sana.

Sumber : [FB CPG]

 

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Trending

    MAJALAH ILMU