Connect with us

Kisah

Seorang Ayah Sanggup Gadai Beca ‘Cari Makan’ Semata-mata Demi Membelikan Hadiah Ulang Tahun Untuk Anaknya

Published

on

Seorang Ayah Sanggup Gadai Beca ‘Cari Makan Semata mata Demi Membelikan Hadiah Ulang Tahun Untuk Anaknya

Seorang Ayah Sanggup Gadai Beca ‘Cari Makan’ Semata-mata Demi Membelikan Hadiah Ulang Tahun Untuk Anaknya

Seorang yang bergelar ayah adalah ketua untuk setiap sebuah keluarga. Pengorbanan seorang ayah sememangnya tiada dapat dipertikaikan lagi. Kasih dan sayangnya yang mereka curahkan untuk anak-anak jarang dilihat namun dapat dirasai walau mereka tidak tunjukkan secara jelas.

Sebuah pengorbanan seorang ayah

Ini dapat dilihat menerusi satu perkongsian yang telah dibuat oleh pengguna TikTok dari negara Indonesia dikenali sebagai @ilux.id yang telah memuat naik sebuah rakaman video seorang pengayuh beca yang telah mengiklankan satu-satunya hartanya iaitu beca yang dia ada untuk dijual semata-mata untuk membeli hadiah buat anaknya yang tercinta.

Video: https://www.tiktok.com/@ilux.id/video/6953504988626816258

Demi membeli hadiah ulang tahun anak

Menurut perbualan yang diambil menerusi video tersebut itu, seorang lelaki itu yang dikenali sebagai Pak Muji telah memberitahu untuk mahu menjual beca itu tersebut demi untuk membeli hadiah hari jadi anaknya itu.

Pada sebelum itu, anaknya pernah meminta untuk dibelikan sebuah telefon bimbit dan menjual beca kepunyaannya adalah satu-satunya perkara terakhir untuk mendapatkan wang untuk membelikan hadiah itu tersebut.

Screenshot 2021 04 22 at 6.26.18 PM

Sayu melihat video ini

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, semua rata-rata netizen berasa sayu dan sedih mendengar luahan seorang ayah dalam memberi hadiah untuk anak tersayangnya sehingga sanggup korbankan pengangkutan yang digunakan untuk mengaut keuntungan bagi menyara kehidupan.

IMG 6085 2

Menjadi seorang anak jangan terlalu sangat meminta

IMG 6084

Ternampak tulang rahang yang kian sudah menonjol

IMG 6083

Video yang telah dimuat naik itu sudah pun ditonton lebih dari 1 juta viewers di laman sosial TikTok dan telah mendapat ratusan ribu like disebabkan ramai yang mengakui terkesan melihat pengorbanan seorang ayah kepada anaknya itu.

Majalah ilmu: Pengorbanan seorang ayah itu jarang kita dapat lihat dengan jelas bagaimana kasih sayangnya dia kepada anak. Namun dalam senyap seorany ayah sanggup menggadai segalanya demi kepentingan seorang anak. Kita sebagai anak perlulah memahami keadaan ayah bagaimana. Kita jangan terlalu meminta luar dari kemampuannya. Oleh itu, Sayangi lah ayah sebagaimana dia menyayangi kita sewaktu kita masih kecil.

Sumber: ilux.id / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.