INFO
Teknik Semburan Air Bunga Cengkih Mampu Pulihkan Sayuran Terkena Serangga Perosak

Teknik Semburan Air Bunga Cengkih Mampu Pulihkan Sayuran Terkena Serangga Perosak
Penggunaan racun makhluk perosak merupakan racun berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar. Racun makhluk perosak menjejaskan kesihatan manusia melalui kesan akut, kronik atau kedua-duanya sekali. Kesan kronik boleh merupakan kesan yang lambat daripada pendedahan individu, atau hasil daripada pendedahan paras rendah yang berulangan yang mana kesannya akan memakan masa.
Oleh itu,majalah ilmu nak kongsikan sedikit ilmu baharu untuk di kongsikan kepada para pembaca. Bagaimana tanpa menggunakan racun kimia bahaya, Semburan Air Bunga Cengkih mampu memulihkan sayuran hijau anda dari terkena serangan serangga perosak.
Penat menanam, malah sayur juga sudah bercambah tiba-tiba kena serangan serangan perosak. Memang frust dibuatnya.
Tapi jangan susah hati ada cara mudah nak pulihkan tanam sayur yang terkena serangga perosak atau kutu daun.
Tahukah anda bahawa bunga cengkih boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengawal serangga perosak di laman anda? Bagi anda yang memilih tanaman secara organik, bunga cengkih antara pilihan racun serangga yang paling mudah untuk disediakan.
Boleh cuba cara yang dikongsi oleh Nor Anna yang berjaya pulihkan bayam Brazil yang rosak akibat diserang serangan perosak.
Pada awalnya tanaman hidup subur tapi dalam masa 2 hari daunnya habis dimakan oleh serangga kecil itu.
Tapi daun bayam yang rosak itu kembali pulih selepas mengamalkan air semburan bunga cengkih.
BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu kecil bunga cengkih
- 1 liter air
Cara buat air semburan bunga cengkih
- Ambil satu sudu besar cengkih. Rebus dalam seliter air paip. Saya guna air tapis.
- Selepas sejuk masukkan dalam botol spray. Spray setiap hari pagi dan petang.
- Sembur saja tak perlu cabut daun-daun yang rosak, supaya nanti kita akan dapat lihat perbezaannya.
Gambar 1- daun bayam Brazil sedang ‘dikendurikan’ serangga perosak
Gambar 2 – Dah nampak sedikit perbezaan selepas disembur air cengkih
Gambar 3 – Bayam Brazil dah kembali pulih
Untuk pengetahuan pembaca Sudu plastik tu untuk elak kucing duduk atas tanaman. Ada jugak letak garfu atau chopstick.
Selamat mencuba.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu
-
AGAMA1 year ago
Ilmu Pagar Rumah Dengan Surah Yassin Ayat 9
-
Petua1 year ago
Air Nanas Panas boleh menyelamatkan Anda seumur hidup
-
Resepi Viral10 months ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
Keluarga1 year ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
AGAMA2 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
-
Keluarga1 year ago
Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami, Rugi Tak Amalkan.
-
AGAMA2 years ago
Jgn lupa amalkan Doa Nabi Yunus, Semoga dipermudahkan keluar dari kesul1 tan hidup.
-
Keluarga3 months ago
Caranya ‘Packing’ Duit Baki Beli Lauk Ikut Tarikh, Elak Boros Berbelanja.