Cara Mudah Bersihkan Sendiri Mesin Basuh Automatik Di Rumah.

Cara Mudah Bersihkan Sendiri Mesin Basuh Automatik Di Rumah.

Siapa sangka semudah ABC sahaja untuk mengetahui teknik servis mesin basuh automatik dengan mudah. Bukan sesukar mana pun. Kaum hawa pun boleh lakukan sendiri tanpa bantuan encik suami.

Jom Puan Ana Mariana ni tunjukkan langkah demi langkahnya. Cara mudah menyelengara mesin basuh automatik untuk dibersihkan dari kotoran. Lagi-lagi bila dikesan baju yang dibasuh tu masih kotor dan lekat sabun.

Katanya beliau pernah ternampak posting seseorang dalam facebook cara nak bersihkan mesih basuh. Memandangkan suaminya tiada di rumah, dia pun buat sendiri kerja-kerja membuka dan membersih mesin basuh.

“Senang je rupanya. Lama dah guna mesin basuh ni. Patut pun bila basuh baju macam tak berapa nak cuci je. Sabun pula duk lekat kat baju lagi.”

Nanti bila dah buka, akan nampak betapa kotor dalam mesin basuh tu. Selepas buka, kenalah cuci semua kotor-kotor dalamnya. Selesai cuci, akan rasa macam guna mesin basuh baru.

Rujuk Panduan Bergambar Untuk Buka Dan Cuci Bersih Mesin Basuh :

Ini sebelum buka. Model jenis TOSHIBA, korang yang ada model lain mungkin cara bukanya berbeza sedikit tp lebih kurang sama je semua.

Buka skru 4 biji ini. Dekat tudung atas ini pun boleh nampak kotoran bahagian ini ya.

Jangan lupa buka klip di bahagian tepi.

Cabut bahagian tengah ini ya. Klip gitu je.

Buka skru dalam ni.

Cabut plastik yang warna biru ini.

Cabut 4 biji skru ini pula. Nak cabut skru ini kena pakai kasih sayang sikit. Takut patah. Biasanya skru ini dah karah sebab kena air sokmo kan.

Kemudian baru boleh bawa keluar benda alah ini. Tengoklah betapa kotor dalamnya. Bertahun daki-daki ini duk kipung dalam ni. Nak bersih macam mana baju yang kita basuh tu.

jangan lupa bersihkan bahagian bawahnya.

Bersihkan juga bahagian ini.

Bersihkan pakai berus, Guna air sabun baru mudah nak tanggalkan kotoran.

Ini selepas dibersihkan.

Dah bersih pasang semula.

 

Alhamdulilah, kelihatan baru dan berkilat.

siapa kata perempuan tak boleh buat kerja-kerja baik pulih. apa lagi jom cuba !

Majalah ilmu : Maklum beliau lagi, ini cara yang digunakan untuk mesin basuh model di atas. Model lain mungkin cara bukanya berbeza.

Sumber/Foto : Ana Mariana

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

 

 

 

 

 

Artikal Popular

About kety 5 Articles
ketymerupakan seorang graduan ijazah pengurusan bank islam yang mempunyai minat mendalam dalam penulisan. penulisan beliau lebih cendrung kepada masakan, tips-tips ilmu pengetahuan umum.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*