Petua
Cara Sotong Kekal Pejal Dan Tidak Berair Cara Nelayan Dari Korea

Kebiasaanya bila kita masak menu berasaskan sotong, walaupun sudah ditapis airnya tetapi sotong tetap mengeluarkan air ketika dimasak. Malah hasil tumis menjadi tidak cantik kerana terlalu cair. Mungkin ada kena mengena dengan teknik membasuh sotong?
Tapi Noris Nora berkongsi cara lain sikit dan lebih mudah. Caranya, basuh sotong guna garam sampai berbuih sebelum masak.
Menurutnya teknik ini dilakukan oleh nelayan Korea untuk memastikan sotong tak berair dan pejal. Ia telah dipelajari dan dipraktikkan setelah menonton satu program dokumentari dan ternyata memang menjadi.
Teknik ini juga boleh anda lihat dari perkongsian vanillakismis, disitu juga mereka memberi perkongsian tentang teknik sotong kekal pejal dan tak berair cara nelayan korea.
Basuh guna garam, tip masak sotong tak berair dan kekal pejal
Berikut cara yang dikongsi oleh Noris:
1. Potong sotong ikut saiz yang dikehendaki.
2. Taburkan garam kasar dalam satu-dua dalam bekas berisi sotong (boleh juga guna garam halus tapi lebih baik garam kasar).
3. Gaul dan ramas sotong bersama garam kasar.
4. Ramas sampai keluar buih macam sabun. Ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong pejal.
5. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih sehingga hilang air buih air garam. Insya-Allah sotong tak masin jika basuh bersih.
6. Kemudian tos kan sotong dan bole masak seperti biasa. Insya-Allah sotong tak keluarkan banyak air dan pejal walaupun dah masak.
Hasil sambal sotong
Selamat mencuba.
Sumber: Noris Nora / vanillakismis
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.