Kisah
Sebelum Ini Wanita OKU Ini Dipandang Rendah Kerana Cacat Penglihatan, Namun Kehidupan Wanita Ini Berubah Selepas Memberanikan Diri Berniaga Di TikTok
Sebelum Ini Wanita OKU Ini Dipandang Rendah Kerana Cacat Penglihatan, Namun Kehidupan Wanita Ini Berubah Selepas Memberanikan Diri Berniaga Di TikTok
Khairul Anissa Mat Samsuddin, wanita cekal berusia 32 tahun ini dilahirkan dengan masalah penglihatan. Enggan menjadi beban kepada orang lain dan mahu membuktikan. Di sebalik kekurangan dan kelemahan diri, tidak pernah menjadi penghalang untuk melakar kejayaan seperti insan sempurna lain.
Mesra disapa Anissa, ibu kepada dua cahaya mata ini sangat meminati dunia perniagaan malah pernah melakukan pelbagai pekerjaan seperti mengedar pelbagai jenama produk daripada rangkaian makanan kesihatan sehinggalah kecantikan.
Namun perjalanan itu katanya bukanlah mudah malah penuh dengan cabaran dan liku yang terpaksa ditempuhi apatah lagi ada yang memandang serong dengan kebolehannya.
“Lumrah di sebalik kekurangan diri ada masih memberi pandangan skeptikal. Ada yang meragui kebolehan saya untuk menjual itu ini. Pernah satu tahap rasa nak menangis dan tinggalkan terus dunia berniaga.
Niat Anissa hanya satu, ingin membantu ekonomi keluarga
“Tapi saya tak akan dapat apa pun jika terus menyerah dan mengeluh. Pilihan yang ada ialah untuk jadi kuat dan menepis ego. Saya fikir, jika tak cari rezeki, bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup.
“Saya tidak mahu berpeluk tubuh mengharapkan simpati dan belas kasihan, saya nak buktikan biarpun tidak nampak, InsyaAllah dengan usaha berterusan pasti ada kejayaan,” katanya kepada mStar.
Baru-baru ini Anissa mencuri perhatian di aplikasi TikTok apabila gigih mempromosikan produk jualannya sehingga mendapat perhatian netizen yang kagum dengan kesungguhannya.
Ingin bantu ekonomi keluarga, suara sumbang pemangkin semangat!
Bercerita lanjut mengenai sejarah hidupnya, Anissa memberitahu dia sebenarnya dilahirkan normal namun ketika usianya mencecah 10 bulan dia diserang kanser mata sehingga hilang deria penglihatan.
Meskipun sudah terbiasa dengan keadaannya itu, Anissa bagaimanapun mengakui ketika membesar dia sering menjadi mangsa usikan dan ejekan yang membuatkan dia lebih suka menyendiri.
Saya sabar dan sentiasa meminta kepada Allah agar memudahkan semua urusan saya dan memberi petunjuk kepada orang-orang yang menghina saya.
KHAIRUL ANISSA MAT SAMSUDDIN
PENIAGA ONLINE
Malah perkara itu masih terbawa-bawa sehingga ke hari ini yang adakalanya mengguris perasaannya sebagai seorang manusia biasa.
“Saya tidak minta dilahirkan begini… sudah tentu hati saya berasa pedih dan sedih apabila ada suara-suara sumbang yang mengejek dan menghina saya.
“Pernah ketika saya menjual produk, ada komen kasar menghina keadaan diri saya malah ada juga mempertikaikan kebersihan dan kualiti produk yang saya jual.
“Tetapi saya sabar dan sentiasa meminta kepada Allah agar memudahkan semua urusan saya dan memberi petunjuk kepada orang-orang yang menghina saya,” ujarnya.
Sementara itu, Anissa memberitahu antara pemangkin semangatnya untuk terus melangkah adalah demi membantu meringankan beban suami, Muhamad Mazwan Shakir selain ingin membahagiakan kedua-dua anaknya yang masing-masing berusia sembilan dan 14 tahun.
“Cabaran utama saya dan suami adalah aspek kewangan terutamanya pada awal perkahwinan kami apatah lagi ketika itu suami hanya bekerja sebagai tukang urut dengan gaji sebanyak RM350 sahaja sebulan.
Anissa mahu berjaya seperti orang lain
“Ketika itu kami menetap di Port Dickson namun mengambil keputusan berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dan pernah membuat persembahan jalanan untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak,” katanya.
Bagaimanapun kata Anissa, pandemik Covid-19 yang melanda negara dua tahun lalu telah menyebabkan mereka terpaksa menghentikan kerja busking ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika itu.
Jualan hampir RM2,000 dalam tempoh dua minggu!
Ketika dia dan suami buntu mencari jalan keluar untuk menyara keluarga, Anissa memberitahu pelbagai pekerjaan cuba dilakukan termasuk kembali bergelar pengedar produk kecantikan iaitu Nurraysa dan tanpa diduga ia membuka pintu rezekinya.
Enggan terburu-buru menjual produk sembarangan, Anissa mencuba terlebih dahulu selama beberapa bulan sebelum mengambil keputusan menjualnya.
“Dipendekkan cerita, salah seorang kawan saya mengajak saya jadi pengedar jenama itu, saya cuba terlebih dahulu dan berpuas hati dengan hasilnya.
Wanita cekal ini telah mengharungi pelbagai dugaan
“Bagi merancakkan jualan saya berjinak-jinak dengan aplikasi TikTok untuk menjual produk dan tidak menyangka ia mendapat sambutan luar biasa sehingga tular,” ujarnya.
Tanpa berselindung, Anissa mengakui berasa malu apabila namanya tular di TikTok namun menganggap ia sebagai rezeki dan menggunakan medium itu sebaik mungkin untuk mencari rezeki yang halal.
Dedah Anissa, dalam tempoh dua minggu dia berjaya meraih jualan hampir RM2,000 menerusi tempahan di media sosial itu dan menyifatkan ia pengalaman menyeronokkan.
“Rasa macam selebriti tetapi kadang-kadang itu segan juga… Alhamdulillah sambutan sangat baik dan ini juga peluang saya untuk buktikan diri dan berjaya seperti orang normal lain.
“Memang tak menang tangan mencatit tempahan dan membuat pesanan sejak tular di TikTok,” katanya.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah