Connect with us

Kisah

Saya nekad, walau apa cara sekalipun saya tetap mahu mencium Hajarul Aswad. Saya tidak kira, saya mesti redah juga. Saya mesti mencium juga Hajarul Aswad, Saya mahu jadikannya kenangan yang terindah dalam hidup

Published

on

sdgerh 2

Saya nekad, walau apa cara sekalipun saya tetap mahu mencium Hajarul Aswad. Saya tidak kira, saya mesti redah juga. Saya mesti mencium juga Hajarul Aswad, Saya mahu jadikannya kenangan yang terindah dalam hidup

Jika anda ke Tanah Suci, anda akan dapat melihat sepanjang masa Hajarul Aswad dikerumuni oleh para jemaah yang mahu mengucupnya. Mereka tolak -menolak antara satu sama lain dan bukan beratur seperti yang menjadi amalan biasa seperti kita di sini.

Sebahagian daripada mereka agak kasar. Tambahan pula kalau yang berbadan besar dan sudah terbiasa dengan persekitaran hidup yang lasak.

WhatsApp Image 2022 03 16 at 05.11.18 3

Melihat keadaan itu, kita akan rasakan bahawa memang tidak ada peluang untuk kita menghampiri Hajarul Aswad, apatah lagi mengucupnya . Manakan tidak, badan kita kecil dan kita tidak biasa dengan kehidupan yang bersesak-sesak t dan bertolak-tolak. Kalau kita terjatuh, memang bahaya dan boleh membawa maut.

Bagaimanapun, hasrat untuk mengucup Hajarul Aswad pasti menjadi cita-cita utama setiap jemaah. Sejak hari pertama menjejakkan kaki ke Mekah, saya memang sudah berniat mahu mengucupnya.

Sebelum ke tanah suci, banyak cerita yang saya dengar dan mengatakan walaupun mereka ke Mekah, mereka tidak dapat mengucup Hajarul Aswad. Ini kerana sepanjang masa sudut yang menempatkan Hajarul Aswad dikerumuni oleh beratus-ratus jemaah. Tidak ada ruang kita hendak menyelitkan diri.

Cerita-cerita itu membuatkan saya bimbang. Tetapi saya nekad, walau apa cara sekalipun saya tetap mahu mencium Hajarul Aswad.

Berbekalkan tekad itu, selesai melakukan tawaf sunat, iaitu selepas menyudahkan ibadah umrah pada hari pertama sampai ke Mekah, saya pergi ke penjuru Kaabah. Saya lihat kawasan disitu sangat sesak.

Tidak sampai lima minit berada di situ, saya lihat makin ramai yang beratur. Mereka tolak-menolak dan berebut-rebut antara satu sama lain. Saya juga lihat pengawal yang menjaga Hajarul Aswad memvkul jemaah yang tolak-menolak antara satu sama lain. Berderau darah saya menyaksikan keadaan itu.

Saya batalkan hasrat untuk mencium Hajarul Aswad kerana orang terlalu ramai. Jika saya beratur sekalipun, saya tidak pasti berapa lama perlu saya tunggu untuk sampai ke penjuru yang menempatkan Hajarul Aswad.

WhatsApp Image 2022 03 16 at 06.36.33

Semasa dalam perjalanan pulang ke hotel, hati saya berasa tidak senang kerana hajat saya terbantut. Saya cuba memujuk hati. Kata saya, tidak mengapa, masih ada empat hari lagi. Nanti tercapailah hajat saya itu.

Keesokannya, saya turun dari hotel sebelum Subuh lagi. Pasti pagi ini saya dapat mencium Hajarul Aswad, saya berkata di dalam hati. Mungkin waktu pagi sebegini tidak ramai orang kerana masih nyenyak tidur.

Tetapi sangkaan saya salah, sewaktu melangkah masuk ke dalam masjid, dari jauh lagi saya sudah dapat melihat jemaah berpusu-pusu di sekeliling Baitullah. Barulah saya tahu, bahawa Mekah adalah bandar yang tidak pernah sunyi. Tidak kira siang atau malam, setiap masa akan dipenuhi dengan manusia.

Saya cuba menyelit, tetapi gagal untuk merapati hajarul Aswad. Jemaah sentiasa penuh dan berebut-rebut hendak menciumnya.
Saya tidak kira, saya mesti redah juga. Saya mesti mencium juga Hajarul Aswad. Saya mahu jadikannya kenangan yang terindah dalam hidup. Kalau tidak kali ini, saya tidak tahu bila lagi Allah SWT akan menjemput saya ke sini lagi.

Saya cuba menyelit untuk merapati Hajarul Aswad. Saya masuk dalam celahan ratusan manusia tadi. Tetapi apabila saya sudah makin ke depan dan ke depan, tiba-tiba ada tangan menarik saya. Saya ditarik dan ditolak-tolak ke belakang. Akhirnya saya kembali ke belakang semula.

Saya tidak puas hati, sekali lagi saya cuba masuk. Tapi baru sahaja saya mahu mencelah, terdengar suara azan subuh berkumandang. Pada mulanya saya tunggu lagi di situ. Manalah tahu apabila terdengar azan semua jemaah meninggalkan Hajarul Aswad, dapatlah saya mengucupnya seketika.

Tetapi walaupun azan sudah selesai, tidak ada tanda-tanda mereka akan beredar. Hampa betul saya dan saya selesaikan solat subuh dahulu dan kembali lagi selepas itu.

Sekembalinya saya di situ, keadaan makin sesak. Ramai jemaah berkulit hitam mengerumuni kawasan itu. Melihat kepada susuk tubuh mereka yang tinggi dan sasa membuatkan saya ket4kutan. Saya tahu, sekiranya saya redah sekalipun, pasti saya tidak dapat melepasi mereka.

Waktu Zuhur, Asar, Maghrib, hingga ke Isyak saya menanti, namun tetap gagal. Bukan setakat hendak mengucup, malah mendekatinya pun saya tidak mampu.

Jika anda berada di tempat saya, anda akan merasa sepert saya kecewa. Saya sudah bertekad, walau apa cara sekali pun, saya mesti mengucup Hajarul Aswad, barulah `sempurna’ umrah yang saya kerjakan.

Masuk hari ketiga, saya tetap tidak dapat mengucup batu hitam itu biar pun sudah mencuba berkali-kali dengan sedaya upaya saya. Semangat saya mulai lemah. Kata saya, tidak mengapalah, mungkin kali ini bukan rezeki saya. Saya pendamkan hasrat itu walaupun sebenarnya saya memang teringin sangat mahu menciumnya.

Masuk hari keempat, saya pendamkan niat saya itu. Selesai sahaja sembahyang, saya terus pulang ke hotel. Saya tidak mahu lagi menaruh harapan. Saya mula rasa kecewa. Mungkin lain masa Allah SWT izinkan saya.

Lagi pun usia saya masih lagi muda, berumur 27 tahun. Jika diizinkan dan diberikan rezeki oleh Allah SWT, lain masa saya akan kembali lagi ke sini.

Jika sesiapa pun kalau sudah berusaha bersungguh-sungguh, tetapi tetap juga gagal, pasti akan terbit rasa kecewa. Saya pun begitu. Memandangkan hanya berbaki sehari sahaja lagi saya mahu pulang ke Malaysia, saya rasa impian untuk mengucup Hajarul Aswad hanya tinggal impian.

Waktu sudah suntuk, sedangkan jemaah sentiasa berpusu-pusu mahu menciumnya.

Saya benar-benar ingin menciumnya. Tidak putus saya berdoa kepada Allah SWT, tetapi setiap kali mencuba, tetap gagal.

Saya terus mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah SWT semoga menjemput lagi saya ke sini. “Ya Allah! Janganlah kau jadikan kedatangan ku sini buat kali pertama dan terakhir. Jemputlah aku ke sini lagi Ya Allah…!”. Air mata saya terus gugur.

WhatsApp Image 2022 03 16 at 05.11.18 4

Walaupun masih berbaki beberapa belas jam lagi sebelum berangkat pulang ke Malaysia, saya mula merasa sebak. Saya tidak pasti bila akan dapat ke sini lagi dan kedatangan saya pada kali ini bersama keluarga.

Tiba-tiba saya teringat kata-kata seorang Ustaz semasa saya menyertai khusus Umrah dahulu, di Tanah Suci nanti mintalah apa sekalipun, pasti Allah SWT makbulkan.

Serta-merta terfikir di minda saya, kenapa saya tidak minta dengan Allah SWT mahu mencium Hajarul Aswad? Kenapa saya hanya berusaha saja tetapi tidak memohon pertolongan dari Allah SWT?

Saya sekali lagi menadah tangan dan memohon doa kepada-Nya. “Ya Allah! Berilah aku kesempatan untuk mencium Hajarul Aswad. Aku teringin sangat ya-Allah. Kau makbulkanlah doa hamba-Mu ini.”

Selepas mengaminkan doa, saya terus bangun dan menuju ke tempat Hajarul Aswad. Sekali lagi saya cuba redah masuk, saya menyelit-nyelit di dalam kumpulan jemaah yang bersesak-sesak-sesak itu, tetapi tetap tidak juga berjaya.

Saya masuk kali kedua, juga gagal. Saya berasa macam lemas. Dada mula menjadi sesak.

Akhirnya saya terus pulang ke hotel. Sepanjang kaki melangkah ke hotel, hati saya merintih kecewa, saya bertambah sedih kerana esoknya kami akan bertolak balik ke tanah air.

Keinginan untuk mencium Hajarul Aswad terbawa-bawa ke dalam mimpi. Apabila terjaga dari tidur, saya terhidu sesuatu yang sungguh harum…

Malam itu sebelum tidur, saya berangan-angan keadaan di mana saya dapat mencium Hajarul Aswad. Angan-angan itu terbawa hingga ke dalam mimpi. Dalam mimpi itu saya lihat saya telah diizinkan oleh Allah SWT dapat mencium Hajarul Aswad. Baunya sangat wangi sehingga menusuk-nusuk ke dalam hidung.

Lena saya pagi itu terjaga apabila terdengar bunyi azan subuh. Sebaik tersedar, tiba-tiba saya terhidu sesuatu yang sungguh wangi. Saya tercari-cari di mana datangnya bau itu.

Mungkinkah ini bau Hajarul Aswad? Saya berkata-kata dalam hati. Selesai mengambil wuduk, saya terus turun ke Masjidilharam untuk solat dan kemudian melakukan tawaf widak. Bau itu masih lagi melekat di hidung saya dan sungguh harum.

Sewaktu berjalan menuju ke masjid, tiba-tiba saya telah ditahan oleh dua orang lelaki warga Afrika. Berderau d4rah saya dan saya tidak mengenali mereka. Apa yang mereka mahu lakukan?

Saya terus memegang kocek baju saya dan berjalan secepat mungkin menuju ke masjid. Apabila berpaling ke belakang, saya nampak mereka mengejar saya dan saya segera mempercepatkan langkahan masuk ke dalam masjid.

Saya bertambah t4kut kerana sejurus melangkah masuk ke dalam masjid, dua lelaki itu terus terus memegang tangan saya, saya cuba meronta melepaskan diri namun tidak berjaya. Mereka hendak bawa saya ke mana? Mereka hendak tangkap saya, kah? Saya betul-betul ketakutan.

Saya cuba melepaskan diri, namun tidak berhasil. Akhirnya saya terpaksa mengikut arah kaki dua lelaki Afrika berkenaan melangkah. Tiba-tiba saya perasan, mereka berdua membawa saya ke Baitullah dan kemudian terus ke penjuru tempat letaknya Hajarul Aswad!

Ya-Allah, apa yang sedang berlaku ini? Persoalan itu terus bermain di fikiran saya. Hati saya berdebar-debar.

Dua lelaki Afrika itu terus mengawal saya dan membawa saya ke depan. Sekejap sahaja menyelit, saya nampak Hajarul Aswad berada di depan mata. Dan akhirnya, dalam waktu yang cukup singkat itu, saya sudah berada di hadapan sekali dan hanya tinggal menciumnya sahaja.

Saya berpaling ke arah dua lelaki Afrika itu. Mereka menganggukkan kepala. Tanpa berlengah lagi, saya terus menyuakan muka. Saat itu juga air mata saya serta-merta gugur. Inilah saat yang paling indah dan nikmat dalam hidup saya. Tidak dapat dibayangkan perasaan betapa gembira dan bersyukurnya saya pada ketika itu.

Saya mencium Hajarul Aswad sepuas-puasnya tanpa diganggu oleh jemaah lain. Sebaik sahaja saya mengangkat muka, dua lelaki berkulit Afrika tadi sudah tidak kelihatan. Saya tercari-cari mereka untuk mengucapkan terima kasih, tetapi tidak juga jumpa.

Saya tidak tahu dari mana datangnya mereka dan tidak mengenali siapa mereka. Ke mana mereka menghilang, saya juga tidak tahu. Bermacam-macam andaian bermain di kepada, tetapi saya tidak mahu menyatakannya.

Saya rasa sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana menunaikan hajat saya. Sewaktu melakukan tawaf widak, air mata saya tidak henti-henti mengalir. Walaupun kaki masih lagi menjejak tanah haram, namun saya sudah merinduinya.

WhatsApp Image 2022 03 16 at 05.11.18 7

Selesai menunaikan solat Sunat, tanpa berpaling lagi ke belakang, saya terus berlari menaiki bas. Pandangan terakhir sebelum meninggalkan Mekah mejadi satu perkara yang amat menyedihkan dalam hidup saya. Apa yang berlaku memang tidak dapat saya lupakan sampai ke hari ini.

Sumber Zuid Ikh Ral.

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending