Connect with us

Kisah

Saya Anak Setinggan, Rumah Betul-betul Tepi Sungai Klang, Banyak Kali D1hina Oleh Mereka Yang Berjawatan Tinggi, Kini Anak Setingg4n Ini Berjaya Menjadi Seorang Doktor

Published

on

dufhbvfd

Saya Anak Setinggan, Rumah Betul-betul Tepi Sungai Klang, Banyak Kali D1hina Oleh Mereka Yang Berjawatan Tinggi, Kini Anak Setingg4n Ini Berjaya Menjadi Seorang Doktor

Baru-baru ini tular di media sosial di salah sebuah universiti negara ini berkenaan kata-kata pengh1naan yang dil0ntarkan oleh seorang pensyarah kepada pelajarnya. Ramai di kalangan netizen meluahkan rasa k3cewa atas cara teguran yang diberikan kerana melanggar sens1tiviti dan kurang beretika. khabarnya pelajar lelaki tersebut telah berjaya tamat belajar dan bekerja.

Situasi pelajar tersebut, lebih kurang sama juga dengan kisah seorang individu ini yang dikenali sebagai Doktor Shaza, di mana beliau pernah dih1na oleh pensyarah ketika zaman belajarnya. Ini kisah beliau yang kita boleh jadikan iktibar dan sumber inspirasi.

Saya anak setinggan, rumah betul betul tepi Sungai Klang, banyak kali d1hina. Oleh mereka yang berjawatan tinggi. Tuhan je tau betapa terluk4nya hati saya.

Tapi saya tidaklah berdnd4m malah tidak juga memviralkan. Cukup saya mendoakan. Hari hari saya doa masa tu moga dia dilembutkan hati, supaya orang lain tidak ters4kiti seperti saya.

DIHlNA HANYA KERANA LAMBAT CHECK EMAIL?

Dulu mana ada wifi laju laju kan? Mana kita dapat check emel terus macam sekarang. Kena pergi ke tempat ada internet baru boleh buka emel. Tapi saya telah dimarah dengan ayat lebih kurang begini.

“Haa inilah, mak ayah misk1n, tak tahu ajar anak ad4b untuk reply emel!”

First, apa kena mengena mak ayah m1skin dengan ajar anak ad4b? Second, apa kena mengena mak ayah misk1n dengan ajar anak untuk reply emel.

Tapi mungkin di dalam fikiran mereka mereka yang kaya, dan berjawatan tinggi, sebab kita nampak tak setaraf dengan mereka, mereka nampak seolah olah kem1skinan itu adalah satu d0sa.

Saya men4ngis di depan beliau dan berkata, mak ayah saya tak pernah ajar saya untuk kurang ajar dengan orang. Mak ayah saya sentiasa ajar untuk hormat orang. Lambat reply emel bukan salah mak ayah saya. Saya pun baru je sampai ni dan nak check emel. Di bilik saya tiada internet. Lepas tu saya terus keluar dan n4ngis teresak esak.

Tapi saya sikit pun tak berdnd4m. Saya cuba memahami di pihak beliau. Beliau tidak memahami kesus4han kita. Beliau tak sengaja berem0si.

Cuma saya jadikan satu pengaj4ran, apa jua alasan saya kena buat. Sejak dari tu saya sentiasa beringat untuk semak emel. Apa pun, kejadian itu tetap meluk4kan hati saya. Terlalu luk4. Cuma tidaklah berdndam.

DIHINA TIADA MASA DEPAN BUAT D0KTOR FALSAFAH?

Pernah kejadian lain, masa saya buat PhD, saya dipanggil ke bilik seorang Profesor. Saya ingat dipanggil untuk diberi tips atau nasihat. Rupanya dipanggil untuk dih1na.

Beliau kata yang saya tiada masa depan buat PhD par4sit0logi kerana saya bukan degree perub4tan. Saya dari bidang sains. Orang sains takkan boleh berjaya dalam bidang perub4tan. Terlalu banyak perkara yang saya tak tahu.

BELIAU BERJAYA PATENKAN KAJIAN & UBAH FAKTA PERUB4TAN!

Lagipun k4jian yang saya buat tak pnting katanya (tak lama tu hasil k4jian saya sebenarnya dah ubah fakta dalam buku perub4tan, sebab saya yang pertama jumpa bukti par4sit tu masuk dalam d4rah, ikutkan buku perub4tan dari dulu kata hanya dalam usus dan kajian tu juga dah berjaya dipatenkan).

Bibir saya bergetar menahan m4rah dan sed1h. Tapi saya diam sahaja memikirkan saya hanyalah seorang pelajar. Ikutkan l0gik, sains dan perub4tan kena menyokong satu sama lain. Tiada k4jian dari s4intis, tiadalah penemuan ub4tan, penemuan peny4kit, penemuan cara nak di4gn0sis. Entahlah.

Saya keluar dengan kaki yang lem4h longlai bersama t4ngisan yang penuh es4kan sedu sedan. Sed1hnya tuhan je yang tahu.

BELIAU BERSEMANGAT KU4T & BANYAK DIPANGGIL BEKERJA WALAUPUN BELUM KONVO

Sejak dari tu saya berazam untuk berjaya, tidak sesekali putus asa walaupun kaji4n saya cukup suk4r. Akhirnya saya tetap bergraduasi. Belum konvo tapi beberapa kali dipanggil bekerja.

Kini saya kerja memang di bidang yang saya belajar. Memang saya belajar di fakulti perub4tan sebelum ni, tapi saya fokus lebih kepada pencarian protein untuk penghasilan r4pid t3st kit.

Dan memang akhirnya saya dapat kerja yang memang bidang saya belajar. Kerja ni pun jarang ada di luar. Biasanya hanya kerja di universiti. Sebab tu nampak macam must4hil nak dapat kerja bidang ni. Di Malaysia pun bukan ada kerja ni sangat.

BERHENTI MENORMALISASIKAN SIKAP MENGH1NA APATAH LAGI DARIPADA PENDIDIK

Jadi saya tak faham kenapa wujud manusia yang suka sangat nak hin4 kita. Saya sendiri tak tahu masa depan saya, kenapa dia lebih tahu samada saya akan berjaya atau tak.

Bagi yang pernah mengh1na saya, semoga terus bahagia dalam mengh1na orang lain. Tapi kita yang dih1na ni, teruslah melangkah untuk mencapai kejayaan. Luk4 memang luk4. Tapi jangan dend4m.

Jadi saya sama sekali tidak menyokong apa-apa pengh1naan dari sesiapa pun apatah lagi seorang bergelar pendidik.

Tulisan saya ini saya nak f0kuskan 1su seorang berpangkat tinggi yang lupa bahawa dalam dunia ni setiap cerita kita adalah berbeza. Dunia kita lain, dunia orang kaya lain.

Ketahuilah yang ianya sangat ped1h bila dih4mburkan kata-kata tidak molek. Ped1h dia kekal, terngiang-ngiang.

Bukanlah kami ini lem4h. Bukanlah yang menghin4 itu tidak baik kerana banyak lagi kebaikannya. Tapi just nak semua tahu yang satu sikap ini terlalu meluk4kan.

Berhentilah men0rmalisasikan sikap ini atas alasan apa pun. Anda berjiwa kent4l, tidak bermakna orang lain pun kental. Kata kata yang tajam boleh membunuh jiwa-jiwa kecil ini.

Saya rel4 kekal m1skin jika menjadi kaya menyebabkan saya hilang ad4b dalam berbicara.

Ps: penulisan ini saya edit dari menyebut tentang sesiapa. (Ramai penyokong tegar manusia yang menjadikan h1naan sebagai satu cara mendidik, so malas nak g4duh dengan penyokong beliau). Tapi ia general dan untuk dijadikan ikt1bar.

Jawatan tinggi bukan bermaksud boleh mengh1na yang bawah. Pendidik yang baik tidak sepatutnya mengh1na. Biarlah orang nak cakap memang itu sifatnyalah, kononnya dia tetap baik, banyak lagi kebaikannya.

Tetap, sikap mengh1na itu adalah sesuatu yang tidak perlu dibanggakan dan dipertahankan.

Ikhlas dari Dr. Shaza,

Anak setinggan.

Dan benar kata pepatah Melayu; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata bu’ruk padahnya. Disebabkan itu berhati-hatilah ketika mengeluarkan kata-kata, lebih baik diam daripada mengeluarkan pis4u yang t4jam. Tahniah kepada Dr. Shaza kerana menjadi insan yang ku4t dan t4bah.

Sumber:SatkobaViral

 

Advertisement
1 Comment

1 Comment

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Kisah

    Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

    Published

    on

    Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

    Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

    Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

    “Saya Cuma Jual Sedikit…”

    Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

    Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

    Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

    Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

    “Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

    Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

    sayur

    Rayuan Yang Menjadi Tindakan

    Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

    Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

    Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

    sayuran

    Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

    Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

    • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

    • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

    • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

    “Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

    jual

    Lebih Daripada Sekadar Denda

    Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

    Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

    Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

    Continue Reading

    Kisah

    “Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

    Published

    on

    Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

    “Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

    Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

    Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

     Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

    Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

    Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

    Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

    “Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

    @ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

    Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

    Antara komen yang mencuri tumpuan:

    komen

    • Bukan main garang bini kau, bang…

    • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

    • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

    • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

    Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

    Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

    Sumber: TikTok @ashraffkamal_

    Continue Reading

    Kisah

    “87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

    Published

    on

    Rumah Warga Emas

    “87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

    Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

    “Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

    Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

    “Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

    Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

    Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

    “Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

    Rumah Warga Emas

    Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

    Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

    Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

    “Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

    @mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

    Pengajaran buat semua

    Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

    Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

    “Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

    Continue Reading

    Trending