Connect with us

Kisah

Sanggup Masuk Hutan Cari Barang Terpakai, Kerana Ibu Tak Mampu Beli Mainan Untuk Anak

Avatar of kidin

Published

on

aa

Sanggup Masuk Hutan Cari Barang Terpakai, Kerana Ibu Tak Mampu Beli Mainan Untuk Anak

 

Setiap yang bergelar ibu atau ayah pasti ingin memberikan yang terbaik demi kebahagiaan anak-anak. Namun tidak semua ibu ayah mampu membeli Mainan untuk anak sehingga ada yang sanggup mendapatkan barangan terpakai.

Kekangan hidup yang dihadapi membuatkan ramai tidak dapat memenuhi keinginan keluarga, lebih-lebih lagi bila ingin belikan mainan untuk anak. Ramai keluarga terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang menghalang mereka untuk keluar mencari rezeki.

Wanita masuk hutan carikan mainan untuk anak

mainan anak

Perkongsian sebuah video pendek yang dimuat naik menerusi TikTok @YoonaChiee telah menjadi tular beberapa hari lalu.

Disebabkan oleh tidak mampu untuk membeli mainan untuk anak, dia membuat keputusan untuk masuk ke kawasan hutan berhampiran rumah bagi mengumpul barangan plastik terpakai agar dapat dijadikan mainan masak-masak.

Cerita hari ini, anak nak sangat ada mainan. Sebab PKP, jadi sis hanya cari barang terpakai dekat kawasan rumah.

Alhamdulillah banyak juga sis jumpa mainan. Tak sabar bagi anak kejutan walaupun mainan tidak mewah.

Dalam video berkenaan jelas kelihatan senyuman pada raut wajah wanita berkenaan apabila dia dapat mengumpul begitu banyak barang-barang plastik yang dijumpainya.

Malah tidak sabar untuk pulang ke rumah dan memberi kejutan buat anak tercinta dengan pelbagai ‘mainan’ ini.

Ibu minta maaf tidak dapat beli mainan untuk anak

Sebaik sahaja sampai di rumah, dia segera membersihkan barangan yang dikumpul menggunakan sabun dan air panas bagi memastikan ia selamat digunakan untuk anak yang masih kecil.

Sebelum tu mainan ni kena bersihkan dahulu, baru anak dapat main-main.

Gigih ni siram mainan dengan air panas. Macam siram pokok bunga pulak.

2 7

Dah start dah bab masak-masak. Layan karenah anak dekat rumah. Maaf anak mama, nanti lepas PKP ni mama belikan mainan yang baru ya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan berasa sebak apabila melihat pengorbanan dan keikhlasan seorang ibu bagi membahagiakan anak. Meskipun hidup serba kekurangan, tetapi dia masih ada masa untuk melayan karenah anak di rumah.

Part anak dia cium mak dia paling sedih. Setiap ibu akan sanggup buat apa sahaja demi anak.

Ya Allah walaupun dia serba kekurangan, tetapi masih ada masa untuk bermain dengan anak. Kami di bandar walaupun PKP, sibuk dengan gajet dan jauh dari anak.

Boleh tak jangan buat saya sebak. Penat hari-hari tanggung sebak sebab saya memang tak boleh tengok kanak-kanak yang susah. Semoga Allah limpahkan rezeki yang luas buat awak sekeluarga.

Kekuatan seorang ibu. Sanggup buat apa sahaja demi anak, walaupun terpaksa menggadaikan nyawa. Allah mulia sungguh kerja sebagai seorang ibu.

Ganjaran pengorbanan seorang isteri dan ibu

pengorbanan ibu

#1. Pahala bagi wanita mengandung

Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan serta menghapuskan 1,000 kejahatan.

#2. Pahala wanita bersalin

Apabila seorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalanNya.

#3. Kelebihan bagi wanita melahirkan anak

Apabila seorang wanita melahirkan anak, maka keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

#4. Kelebihan menyusukan anak

Apabila anak yang lahir diberikan susu, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberikan satu kebajikan.

#5. Ganjaran menjaga anak

Apabila ibu semalaman tidak dapat tidur dan memelihara anak yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

#6. Ganjaran mentaati dan menolong suami

Setiap wanita yang menolong suami dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkannya ke dalam syurga terlebih dahulu daripada pasangannya.

Manakala wanita yang taat kepada suami akan tertutup pintu neraka dan terbuka pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendaki dengan tidak berhisab.

Semua ganjaran oleh Allah ini diberikan kepada mereka yang ikhlas dalam melaksanakan amanah dengan hati terbuka.

Sumber : theAsianparent Malaysia

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.