Kisah
3 Bayi Yang Dilahirkan 20 Tahun Lepas Dipercayai Tertukar Akibat Kecuaian Kakitangan Sebuah Pusat Perubatan
3 Bayi Yang Dilahirkan 20 Tahun Lepas Dipercayai Tertukar Akibat Kecuaian Kakitangan Sebuah Pusat Perubatan
2 buah keluarga terpaksa lalui kisah tragis apabila 3 bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas dipercayai tertukar akibat kecuaian kakitangan sebuah pusat perubatan di Kota Bharu, Kelantan. Kisah mereka mula terbongkar apabila ada pelajar dari sekolah lain mendakwa wajah Adryani Iwani seiras dengan rakan mereka iaitu Noratirah sewaktu mengikuti kem motivasi Tingkatan 4.
Terpana masa kali pertama semuka dan tengok wajah masing-masing
Ibarat takdir yang tertulis, kedua-dua mereka akhirnya terpana melihat persamaan ketara dari segi wajah dan tubuh masing-masing apabila kali pertama bersemuka di Karnival ‘Jom Masuk U’ pada Mac 2019. Noratirah kemudian nekad hubungi Adryani Iwani dan bertitik tolak dari situlah banyak perkara dibincangkan. Gara-gara terlalu banyak persamaan yang mustahil disifatkan ‘kebetulan’, kedua-dua buah keluarga akhirnya sepakat untuk jalani ujian DNA.
Dari kiri: Adryani, Adryana & Noratirah
Semua terkejut dan menangis lepas keputusan ujian DNA keluar
Selepas ujian DNA mendedahkan 99.99% kedua-duanya merupakan anak sah kepada pasangan Ibeni Yanin dan Siti Aminah, seluruh ahli keluarga amat terkejut dan menangis. Dalam pada itu, Adryana Iwani pula merupakan anak kandung kepada pasangan Husin Omar dan Rahmah Isa yang sebelum itu telah membesarkan Noratirah. Paling menyayat hati, Husin Omar dijemput ajal susulan mengalami heart attack selepas 2 bulan keputusan DNA mengesahkan Atirah bukan anak kandungnya.
Kembar yang tertukar lega…dapat ubah nama penuh dalam IC
Hari ini, ketiga-tiga gadis tersebut bersama Puan Siti Aminah menghadiri Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri susulan pertukaran nama penuh ‘kembar yang tertukar’ dalam kad pengenalan kepada pendaftaran nama yang betul. Kini nama penuh Atirah adalah Atirah Iwani Ibeni Yanin, manakala Adryana pula Adryana Iwani Husin.
Kredit foto: Bernama Dari kiri: Adryana Iwani Husin, Adryani Iwani Ibeni Yanin & Atirah Iwani Ibeni Yanin
Sumber: Bernama dan IG yni.iwnis
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah