Connect with us

Kisah

Sanggup jalan kaki balik kg ziarah keluarga sa kit, Tiada wang tapi tak mahu susahkan orang lain.

Avatar of majalahilmu

Published

on

Sanggup jalan kaki balik kg ziarah keluarga sa kit Tiada wang tapi tak mahu susahkan orang lain.1

Sanggup jalan kaki balik kg ziarah keluarga sa kit, Tiada wang tapi tak mahu susahkan orang lain.

Jalan kaki dari KL ke Kelantan, lelaki ‘tak nak susahkan orang lain… KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Seorang lelaki dirakam berjalan kaki di Lebuh raya Gua Musang petang semalam, dipercayai berbuat demikian dari sini ke Kelantan. Dimuat naik pengguna Twit ter Niniey Ishak, lelaki itu dicam sebagai rakan sekolah pengguna akaun lain atas nama Tok Muzaffar selepas beliau bertanya kepada Niniey dengan mengepil satu foto lelaki berbaju biru.

“Ada nampak tak muka lelaki berjalan tu? Ada macam muka lelaki berbaju biru tak?” kata Tok Muzaffar.

Disahkan Niniey, Tok Muzaffar mengakui lelaki tersebut rakan sekolahnya dan beliau menge syaki individu berkenaan berjalan kaki dari sini untuk balik ke rumahnya di Pasir Mas, Kelantan. Member sekolah tu dia ni memang hidup susah. Tiga empat kali juga dia jalan kaki dari KL ke Kelantan. Duit dia tak ada, banyak kali dah kami tolong.

“Dia nak balik Pasir Mas sebab family (keluarga) dia ada yang sa kit. Duit dia memang tak cukup habis buat anak yang belajar dan belanja dapur. Rasanya memang dari KL dia jalan kaki,” katanya.

Menantikan khabar berita lelaki tersebut, Tok Muzaffar berharap mana-mana individu yang terserempak rakannya supaya menghulurkan bantuan.

“Ramai yang tak tau k3s dia dan dia tak nak menyusahkan orang lain. Lagipun dia menetap di Kuala Lumpur. Dia balik Kelantan pun tak bagitau kawan-kawan,” kata Tok Muzaffar.

ProjekMM masih menunggu maklum balas ahli keluarga lelaki berkenaan dan pengguna akaun tersebut. Semakan juga mendapati lelaki sama pernah melakukan perkara sama Januari lalu kerana individu itu hanya ada RM2 dalam poketnya.

Diulang siar lebih 8,600 kali, hantaran tersebut mengundang simpati warga maya, tidak kurang yang mahu menyalurkan bantuan bagi meringankan beban lelaki tersebut. Irfan Asyraf: Tolong sesiapa yang ada nombor telefon dia/waris dia. Rasa bersalah kalau tak bantu. Tak sampai hati biarkan dia berjalan jauh macam tu, KL-Kelantan dengan berjalan kaki satu perkara yang langsung takkan terdetik nak buat.

Kredit: Projek MM via Kelantan State

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.